in

Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017

Borang Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017. Berita baik pelajar pengajian tinggi yang memerlukan bantuan pengajian atau biasiswa. Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd. ada menawarkan biasiswa kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam. Pelajar yang kini dalam tahun kedua dan ketiga pengajian adalah layak untuk membuat Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017.

Sony merupakan tempat kepada bakat-bakat baru untuk membawa kreativiti dan kemahiran teknologi mereka kepada tahap potensi yang tertinggi. Pelajar yang berminat boleh merujuk kepada cara memohon dan syarat kelayakan permohonan yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017

Cara Mohon Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tawaran Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) tahun 2017 yang memaparkan tarikh permohonan, jumlah bantuan, syarat kelayakan dan borang permohonan.

  • Tarikh Tutup Permohonan : 22 September 2017
  • Jumlah Biasiswa : RM9,000 setahun

Nota : Pelajar akan terikat dan mesti bersedia untuk berkhidmat dengan Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. untuk tempoh masa yang ditetapkan setelah tamat pengajian (Terma & Syarat dikenakan)

Syarat Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia)

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia).

  1. Warganegara Malaysia dengan umur di bawah 25 tahun
  2. Pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda di IPTA / Universiti Awam dan kini dalam tahun kedua atau ketiga
  3. Pencapaian akademik cemerlang di sekolah (Tahap SPM / O), Pra-universiti (STPM / A Level / Matriculations)
  4. Diploma dan kelayakan ijazah semasa (untuk tahun / semester yang lengkap) dengan PNGK minimum 3.0
  5. Mahir dalam bahasa Inggeris, rajin, mempunyai pencapaian akademik cemerlang yang dipadankan dengan ciri keperibadian yang positif dan mempunyai aktiviti tambahan kokurikulum.

Bidang Jurusan Pengajian

Senarai pengajian yang layak adalah :-

  1. Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik & Elektronik, Mekanikal atau Perisian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Sumber Manusia, Ekonomi, Perakaunan dan Kewangan atau Pentadbiran)
  3. Sarjana Muda Teknologi Maklumat atau Komputer
  4. Bidang lain yang berkaitan dengan disiplin di atas

Cara Membuat Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017

Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat permohonan :-

Muat turun borang permohonan melaui pautan URL yang disediakan dibawah.

Borang permohonan yang sudah lengkap diisi perlu dihantar ke alamat berikut :

Human Resource Division
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.
Lot 5, Jalan Kemajuan, Bangi Industrial Estate,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Attention to : MR. KHUSAIRI / MS. ALIAA

Maklumat Lanjut Permohonan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai biasiswa SONY inii, pemohon boleh terus berhubung melalui Tel : 03-8913 7212/7214 atau Email : KLScholarship.SOEM@ap.sony.com

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Sony EMCS (Malaysia) 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa yang ditawarkan dalam membantu kos pengajian anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

Permohonan GIATMARA 2020 Online

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2018 Di Malaysia

Tarikh Hari Raya Aidiladha 2019 Di Malaysia