Permohonan BKM 2023 Online Bantuan Keluarga Malaysia & Kemaskini

Berita baik buat rakyat Malaysia khususnya mereka yang terdiri dalam golongan rentan. Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM dengan peruntukan sebanyak RM8.2 biion yang dijangka memanfaatkan 9.6 juta penerima. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak tahun 2020. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan Permohonan BKM 2022 meliputi kemaskini permohonan, jumlah bantuan dan syarat kelayakan yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang ke 9 telah menyatakan bahawa Bajet 2022 dirangka untuk memberikan faedah kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia bagi menjamin kejayaan agenda pemulihan negara. Semoga dengan bantuan ini, semua golongan dapat meneruskan kelangsungan hidup dan menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah.

permohonan bkm cara mohon

Bantuan Keluarga Malaysia (Permohonan BKM) 2023

TERKINI : Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai rakyat bagi tahun 2023 akan diawalkan ke bulan Januari 2023. Pengumuman tersebut yang dibentangkan di sidang Parlimen pada 20 Disember 2022 akan menyusul dengan maklumat lebih lanjut serta dikemaskini dari semasa ke semasa.

Makluman Bajet 2023 : Menteri kewangan yang membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022 mengumumkan penambah baikan kepada Bantuan Keluarga Malaysia untuk tahun 2023:

-Isi rumah berpendapatan bulanan kurang 2,500 ringgit dan menanggung lima orang anak atau lebih, layak menerima BKM sebanyak 2,500 ringgit. Ini ialah kategori baharu sebagai usaha Kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak.

-Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula, akan layak menerima BKM antara 1,000 hingga 2,000 ringgit

-Kepada isi rumah berpendapatan 2,500 hingga 5,000 ringgit, BKM yang disediakan adalah antara 500 hingga 1,250 ringgit bergantung kepada bilangan anak.

-Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang pula, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak 600 dan 350 ringgit bergantung kepada had pendapatan tertentu.

-Tahun 2023, bantuan tambahan 500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga 3,000 ringgit. Kadar BKM maksimum ini meningkat berbanding 2,500 ringgit pada tahun 2022.

MAKLUMAN : Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia Tambahan susulan kenaikan harga barang yang bakal berlaku bermula 1 Julai 2022. Oleh itu, golongan isi rumah dan bujang yang berada dalam kategori B40 akan menerima BKM Tambahan sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 untuk penerima bujang. Bantuan tambahan tunai ini akan dimasukkan sekali bersama bayaran BKM Fasa 2 ke dalam akaun bank penerima bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat.

Ucapan Bajet 2022

Tahun hadapan, tumpuan kita semestinya adalah untuk memulih semula setiap segmen sosioekonomi negara. Usaha untuk membina daya tahan turut digerakkan bagi mengukuh keupayaan perniagaan dan sistem kesihatan dalam
mendepani cabaran mendatang. Akhirnya, melangkah ke hadapan, instrumen pembaharuan akan mula dilaksana supaya seiring dengan landskap dunia teknologi tanpa sempadan serta agenda kelestarian.

Fokus pertama Bajet ini ialah Rakyat Yang Sejahtera. Bagi mendakap erat makna sejahtera, iltizam Keluarga Malaysia atas ilham Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memasang impian, agar setiap daripada kita tersemai nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Strategi pertama di bawah fokus ini ialah Memulih Kehidupan dan Mata Pencarian. Tumpuan Kerajaan di bawah strategi ini adalah untuk meneruskan pemberian bantuan tunai langsung secara bersasar, memperkasa aspek
pendidikan dan kesihatan awam serta terus menjana peluang-peluang pekerjaan

Inisiatif 1: Bantuan Tunai Langsung dan Kebajikan

Pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, Bantuan akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah BPR sebelum ini.

Selanjutnya, maklum balas lain yang diterima turut menyentuh soal cabaran yang perlu ditanggung oleh ibu tunggal dalam menyara anak-anaknya; selain warga emas B40 yang kekurangan simpanan persaraan dan tiada sumber pendapatan tetap. Sebagai pembaharuan untuk tahun hadapan, Kerajaan juga akan memberi bantuan tambahan sebanyak 500 ringgit lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit. Selain itu, bantuan tambahan sebanyak 300 ringgit lagi turut diberikan kepada isi rumah warga emas. Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak 2,500 ringgit.

Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan 8.2 bilion ringgit iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan 7 bilion ringgit di bawah BPR.

Di bawah dikongsikan informasi berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia. Ia merangkumi tarikh-tarikh penting, cara memohon dan maklumat lanjut.

Tarikh – Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh-tarikh berkenaan permohonan BKM 2022 untuk panduan semua :-

-1 Januari 2022 : Tarikh Buka Permohonan Baharu/ Kemaskini Maklumat

-31 Januari 2022 : Tarikh Tutup Permohonan Baharu/ Kemaskini bantuan keluarga malaysia

-Bermula 28 Mac 2022 : Pembayaran Fasa 1

-2 Mei hingga 2 Jun 2022 : Permohonan Rayuan

-27 Jun 2022 secara berperingkat: Pembayaran Fasa 2 dan Bantuan Tunai Tambahan

-20 September 2022 : Pembayaran Fasa 3

-November/ Disember 2022 : Pembayaran Fasa 4

Nota : Menurut Kenyataan Media Menteri Kewangan pada 24 November 2021, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran pertama pada bulan Mac 2022.

Jumlah Bantuan BKM & Syarat Kelayakan

Khusus bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan :-

-RM2,100 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak

-RM1,600 : Bagi keluarga seorang sehingga 2 anak

-RM1,100 : Tiada anak

-Tambahan RM500 : Ibu/bapa tunggal

-Tambahan RM300 : Warga Emas

Bagi pendapatan isi rumah daripada RM2,501 – RM5,000 sebulan :-

-RM900 : Bagi keluarga yang mempunyai lebih dari 3 orang anak

-RM700 : Bagi keluarga seorang sehingga 2 anak

-RM500 : Tiada anak

-Tambahan RM500 : Ibu/bapa tunggal

-Tambahan RM300 : Warga Emas

Manakala bagi golongan bujang yang berpendapatan RM2,500 sebulan :-

-RM650

Tidak dilupakan juga bagi warga emas bujang atau tiada pasangan yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan :-

-RM400

Infografik bagi bantuan tambahan Ibu Bapa Tunggal (IBT) dan warga emas yang mempunyai tanggungan dan menepati syarat boleh dirujuk seperti berikut :-

Syarat Kelayakan

Berdasarkan kategori yang ditetapkan di atas, berikut adalah perincian syarat-syarat untuk layak menerima bantuan ini :-

1) Isi Rumah

-Kahwin; atau

-Ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

-Pendapatan isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

2) Warga emas bujang atau tiada pasangan

-Bujang atau ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

-Had umur adalah 60 tahun dan ke atas ; dan

-Pendapatan RM5,000 ke bawah

3) Bujang

-bujang atau ibu atau bapa tunggal/ balu/ janda/ duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

-Had umur adalah 21-59 tahun; dan

-Pendapatan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Cara Permohonan BKM 2022 Dan Kemaskini Maklumat BKM

Untuk makluman, sekiranya anda penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas Covid (BKC) tiada permohonan baharu perlu dilakukan. LHDNM akan menggunakan maklumat dan data sedia ada untuk menapis kelayakan penerima.

Oleh itu, pengemaskini maklumat diperlukan sekiranya status atau kategori anda berubah untuk layak mendapat bantuan yang diberikan. Tarikh kemaskini BKM adalah pada 1 hingga 31 Januari 2022. Permohonan bantuan keluarga malaysia baharu juga akan dibuka pada tarikh yang sama iaitu bermula 1 hingga 31 Januari 2022. Tarikh tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Secara Online

1.Buka laman web Portal Rasmi

2. Klik Permohonan Baharu bagi mereka yang ingin membuat permohonan baharu

3. Klik Log Masuk bagi pemohon yang ingin mengemas kini maklumat permohonan

-Log masuk menggunakan ID Pengguna (Kad Pengenalan) dan kata laluan MyBPR

4. Kemudian Klik Kemaskini Permohonan

5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon (MyKad) dan klik Semak

6. Lengkapkan semua maklumat pemohon dengan tepat khususnya pada ruangan yang bertanda (*)-mandatori

7. Klik Teruskan dan isi Kod Captcha yang dipaparkan kemudian klik Sahkan Captcha

8. Paparan perakuan pemohon akan dipaparkandan tandakan pada kotak Perakuan Permohonan berkenaan dan klik Hantar

Sekiranya permohonan/kemaskini berjaya, satu paparan akan dikeluarkan dan pemohon boleh mencetak paparan tersebut.

Secara Manual

Muat turun borang-borang yang berkaitan secara online melalui pautan berikut:

Borang Permohonan Baru (BK-01)

Borang Kemaskini Maklumat Permohonan (BK-02)

Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok (BK-03)

Borang Serahan Dokumen (BK-04)

Borang Pembatalan Permohonan (BK-05)

Atau dapatkan borang-borang di atas melalui cawangan LHDNM /Pusat Satelit (PS) /Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM /Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Hantarkan borang yang lengkap beserta dokumen sokongan di:

-Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau

-Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau

-Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau

-Pejabat Daerah / Pejabat Residen

-Atau penghantaran secara pos ke alamat:

Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor

NOTA: Penghantaran melalui faks dan emel adalah tidak diterima.

Senarai Dokumen Sokongan

Pemohon yang membuat permohonan baharu atau kemaskini permohonan, boleh menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:

Dokumen Pemohon:

1.Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri /
JPN; atau

2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau

3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri / JPN; atau

4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Dokumen Pasangan:

1.Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau

2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

Dokumen Anak:

1.Anak Kandung

-Salinan MyKad / MyKid; dan

-Salinan Sijil Lahir

2. Anak Angkat

-Salinan MyKad / MyKid; dan

-Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

NOTA: Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian

Maklumat Check BKM 2022 (Status Permohonan)

Untuk membuat check status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

1.Buka Portal Rasmi BKM

2. Log masuk menggunakan ID pengguna (Nombor MyKad) dan kata laluan yang telah didaftarkan

3. Jika log masuk berjaya, klik pada Check Status untuk menyemak status permohonan masing-masing

4. Paparan status permohonan pemohon akan dipaparkan beserta nama dan nombor IC

Permohonan Rayuan BKM 2022

Kepada pemohon BKM 2022 yang berstatus Tidak lulus BKM 2022 atau pemohon yang berstatus lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan boleh memohon rayuan pada tarikh berikut :

-Secara dalam talian : 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022

-Secara manual melalui borang : 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022

Kaedah permohonan rayuan boleh dibuat secara online di Portal Rasmi BKM atau mendapatkan borang Rayuan BKM 2022 secara manual di Cawangan LHDNM/ Pejabat Satelit (PS)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)/ Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran. Untuk makluman yang lebih lanjut, sila rujuk soalan lazim Rayuan BKM 2022 di bawah.

Kenyataan Media Menteri Kewangan (Proses Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia)

Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.

Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima. Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi mengurangkan exclusion error.

Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM pula, tempoh pendaftaran akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon. Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada bulan Mac 2022. Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM.

Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
24 November 2021

SUMBER : MoF

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, sila layari:

Soalan Lazim Bantuan Keluarga Malaysia

Soalan Lazim Permohonan Baharu Dan Kemaskini Maklumat BKM

Soalan Lazim Wakil BKM

Soalan Lazim Pembayaran BKM Fasa 1

Soalan Lazim Pembayaran BKM Fasa 2

Soalan Lazim Bantuan Tunai Tambahan BKM

Soalan Lazim Rayuan BKM 2022

Jadual Pembukaan Kaunter BKM 2022

Panduan Pengguna Portal BKM 

Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia

Hotline LHDNM : 1-800-88-2747

Related : diumumkan melalui bajet 2022, categories bantuan keluarga malaysia, ramai penerima yang layak, menteri kewangan, rm8.2 bilion, merangkumi lebih ramai penerima, daftar login, menerima bantuan, on your, bantuan khas, ditambahbaik berbanding, bantuan kewangan one off, mendapat bantuan kehilangan pendapatan, jabatan kebajikan masyarakat jkm, cara mohon, penerima kategori isi rumah, cara daftar, bujang atau bapa tunggal balu janda duda yang mempunyai anak, pendapatan isi rumah ibu bapa tunggal, dikreditkan ke sistem bkm 2022 hingga 2 jun 2022, semasa permohonan baharu bkm https bkm.hasil.gov.my,

permohonan bantuan keluarga malaysia

bantuan kerajaan, perlu membuat permohonan, kategori isi rumah berstatus, menerusi bantuan keluarga malaysia, lembaga hasil dalam negeri, dilaksanakan empat kali setahun, timbalan menteri kewangan, selepas merasmikan, lembaga hasil dalam negeri lhdn katanya, shahar abdullah berkata, penutupan karnival usahawan dan koperasi, menerima gkp, pemohon bpr 2021, permohonan baharu bkm, https bkm.hasil.gov.my, perlu membuat kemas, perlu membuat permohonan baharu, rekod dalam sistem bkm, mempunyai sebarang perubahan maklumat, klik butang, layak untuk, baru bkm, borang kemas kini maklumat berikut, tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa, syarat kelayakan permohonan bkm 2022, lembaga hasil pkh pusat transformasi bandar utc lhdnm yang berhampiran,

Tinggalkan Komen