in

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

Permohonan Baru Dan Kemaskini Maklumat BRIM. Bagaimana cara mohon/ daftar dan kemaskini BR1M? Berita baik buat penerima sediada bantuan serta mereka yang ingin membuat permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  tahun 2018. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, 24 November 2017 memaklumkan yang Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini boleh dibuat bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Terdapat 2 kaedah dalam membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 iaitu secara Online/ atas talian atau manual. Pasangan penerima BR1M tahun 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Untuk penerima BRIM sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi seperti alamat, no telefon dan sebagainya. Dan kemaskini perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini Online

Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini secara Online buat panduan semua. Anda dinasihatkan untuk melayari Bantuan Rakyat 1Malaysia (e-BR1M) dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini dan tepat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 telah mengumumkan pemberian BR1M pada tahun 2018 akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.

Borang Permohonan BR1M 2018 Dan Cara Kemaskini Secara Online/ Manual

Terdapat 2 kaedah dalam membuat Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini secara Online iaitu secara online dan manual.

Permohonan dan kemaskini brim 2018

1. Manual

Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BR1M serta borang berkaitan di

2. Secara Online

Untuk permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/

A. Permohonan Baru

  1. Pilih menu PERMOHONAN BARU
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang HANTAR

Kategori permohonan baru adalah hanya untuk :-

  1. Mereka yang belum pernah memohon
  2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang telah meninggal dunia/ bercerai
  3. Pemohon yang gagal/ tidak layak dalam permohonan BR1M sebelum ini

B. Kemaskini BRIM

Pengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakan permohonan ditolak

  1. Pilih menu MyBR1M
  2. Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
  3. Klik butang Log Masuk

Permohonan dan kemskini BR1M 2018 online

Maklumat penting yang perlu dikemaskini

  1. Status perkahwinan : status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian/ kematian pasangan)
  2. Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan : Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Passport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
  6. Waris : Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Bagi memblehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M

Nota

A. Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
B. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.

  • No Kad Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan

C. Jika data telah wujud, kotak mesej berikut akan dipaparkan. Pemohon perlu mengambil tindakan lanjut di menu KEMAS KINI PERMOHONAN di Laman MyBR1M

  • Permohonan telah wujud dengan No MyKad : …… Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan di Menu MyBR1M

Proses Verifikasi BR1M 2018

Hanya pemohon yang melepasi tapisan sahaja yang layak menerima BR1M. Senarai nama agensi yang terlibat dalam proses semakan dan verifikasi adalah seperti berikut :-

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
  3. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM
  4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Kumpulan Wang Persaraan
  7. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  8. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  9. Kementerian Luar Negeri
  10. Jabatan Agama Islam Negeri
  11. Kementerian Pendidikan Tinggi
  12. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Maklumat lanjut dan panduan sila klik

  1. Panduan Pengguna Permohonan BARU
  2. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M
  3. Panduan semakan klik Manual pengguna MyBR1M
  4. Pamplet BR1M 2018

Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2018

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 yang perlu diteliti oleh para pemohon sebelum membuat permohonan.

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

Kemukakan Salinan

Pemohon perlu mengemukakan senarai dokumen seperti berikut semasa memohon :-

  1. MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  2. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  3. Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  4. Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.
  5. Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Senarai Kategori BR1M 2018

Terdapat 3 kategori penerima BR1M 2018 seperti berikut :-

Permohonan BR1M 2018  Dan Kemaskini Online

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 Di Cawangan LHDNM 

Waktu operasi bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017 adalah seperti berikut :-

A. Hari Bekerja

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

B. Cuti Hujung Minggu

  • 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang

Nota

  • 1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
  • 2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan  01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
  • 3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
  • Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM

Permohonan dan kemaskini br1m 2019 waktu operasi kaunter brim LHDN

Cara Hubungi BR1M

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan BR1M, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

  • https://ebr1m.hasil.gov.my/

Selamat membuat Permohonan BR1M 2018 Dan Kemaskini secara online dan manual. Adalah diingatkan sekali lagi yang pemohon adalah disarankan untuk merujuk kepada Portal Rasmi eBR1M dalam mendapatkan maklumat yang terkini berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2017

Analisis Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 2017

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Cara Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN