in

Permohonan BSN Micro i kredit Prihatin (PKS & Usahawan Mikro)

Berita baik buat pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro yang tejejas kerana wabak COVID-19. Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas buat PKS iaitu pemansuhan kadar faedah 2% kepada 0% bagi Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika ucapan Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Berikut adalah cara bagaimana untuk membuat Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin buat rujukan mereka yang berminat mendapatkan pembiayaan..

BSN Micro i Kredit Prihatin adalah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang mana perniagaan yang mereka jalankan terjejas akibat wabak COVID-19. Ini kerana kerajaan sedar PKS adalah tunjang utama ekonomi negara dengan menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di Malaysia dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Melalui skim ini, sebanyak RM75,000 jumlah pembiayaan maksimum disediakan dengan tempoh pinjaman atau pembiayaan antara satu hingga 5.5 tahun

Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin bank simpanan nasional

Permohonan Skim Pembiayaan Pinjaman BSN Micro i Kredit Prihatin (Bank Simpanan Nasional)

Berikut disediakan cara untuk membuat permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin. Ini termasuklah tarikh permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan serta maklumat lain berkaitan.

Tarikh Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin

Inisiatif ini telah diumumkan ketika pengumuman Langkah Tambahan bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). Berikut adalah tempoh permohonan bagi BSN Micro i Kredit Prihatin:

  • Sehingga 31 Disember 2020
  • Keistimewaan : BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan

Cara Membuat Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin

Seperti dimaklumkan oleh Bank Simpanan Nasional, mereka yang berminat untuk membuat permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin hendaklah:

NOTA: Kelulusan permohonan akan mengambil masa selama 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima

Dokumen Sokongan yang Diperlukan

  1. Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  2. Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi /
  3. Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
  4. Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Syarat Kelayakan Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin

Program BSN Micro i Kredit Prihatin ini disediakan bagi setiap usahawan mikro dalam pelbagai segmen dan semua sektor perniagaan. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan yang perlu dipenuhi oleh usahawan mikro yang berminat untuk memohon:

MEREKA YANG LAYAK MEMOHON BSN MICRO i KREDIT PRIHATIN

No 1 Usahawan mikro yang perniagaan dijalankan terjejas akibat wabak COVID-19 (Terbuka kepada semua sektor perniagaan)
No 2 Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
No 3 Perniagaan dimiliki oleh Warganegara Malaysia
No 4 Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
No 5 Perniagaan telah beroperasi selama tidak kurang daripada 6 bulan

Kadar Pembiayaan BSN Micro i Kredit Prihatin

Menurut Bank Simpanan Nasional, amaun pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro i Kredit Prihatin adalah :

  • Amaun: Maksimum sehingga RM75,000
  • Tempoh: Antara 1 hingga 5.5 tahun
  • Kadar Keuntungan / Faedah : 0% (Sebelum ini 2%)

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai BSN Micro i Kredit Prihatin, sila hubungi talian BSN atau rujuk pautan soalan lazim yang disediakan berikut:

Semoga perkongsian mengenai Permohonan BSN Micro i Kredit Prihatin ini dapat membantu memudahkan para usahawan mikro PKS untuk membuat permohonan. Diucapkan selamat maju jaya bagi yang membuat permohonan dan semoga dapat membantu meringankan beban.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Bantuan Musaadah Khaira PPZ RM300 Dan Semakan

Senarai Aplikasi KPM (Murid, Guru, Sekolah, Peperiksaan)