in

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online

Cara Mohon Dana Bakti Remaja Terengganu TOM 2018 Online. Berita baik buat golongan muda Terengganu. Jabatan Belia, Sukan dan Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu  telah memaklumkan Permohonan Dana Bakti Remaja (BK) tahun 2018 kini dibuka. Bantuan Dana BK ini juga dikenali sebagai Dana Transformasi Orang Muda (TOM) dan diberikan kepada golongan muda yang berusia 21 tahun sehingga 40 tahun serta berstatus bujang.

Permohonan adalah dibuka secara online kepada rakyat Negeri Terengganu samada pemohon baru atau lama dan dibuka selama sebulan. Iaitu bermula dari 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018.di laman web http://danattb.terengganu.gov.

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online

Permohonan Dana Transformasi Orang Muda (TOM) Terengganu 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online buat panduan para pemohon. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh permohonan, cara mendaftar, proses dan syarat permohonan.

Tarikh Permohonan

  • 4 Disember 2017 : Tarikh Buka
  • 4 Januari 2018 : Tarikh Tutup
  • Penyerahan bantuan akan diagihkan kepada penerima mulai 27 Januari sehingga 18 Oktober 2018

Cara Membuat Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online

Pemohon perlu mengisi kembali borang secara atas talian atau online melalui bermula dari 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018.

Borang permohonan yang telah siap disi hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen sebagaimana berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Slip gaji atau
  3. Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

Proses Permohonan Dana Bakti Remaja Secara Online

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut :

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online
Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon.

2 : Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda * . Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib disisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Sila rujuk Manual Permohonan untuk maklumat lanjut

Kategori Permohonan TOM

Terdapat 4 kategori akan dibuka untuk pilihan kepada pemohon-pemohon rakyat Negeri Terengganu iaitu seperti berikut :-

  1. Saf Orang Muda (SOM)
  2. Komuniti Orang Muda (KOM)
  3. Sukan Orang Muda (SuKOM)
  4. Perantau Orang Muda (PrOM)

Syarat Permohonan Dana Bakti Remaja 2018

Sebelum memohon, sila pastikan anda :-

  1. Pemohon mestilah Rakyat Negeri Terengganu SAHAJA (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
  2. Berumur di antara 21 hingga 40 tahun
  3. Belum berkahwin (bujang) pada tarikh permohonan dibuat.
  4. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).
  5. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. Pengiraan gaji adalah berdasarkan kepada gaji pokok
  6. Pemohon mesti mendapatkan pengesahan dari J3K setempat SAHAJA dan tidak dibenarkan mendapat pengesahan dari J3K lain kecuali YB DUN atau Pegawai Penyelaras DUN sahaja.
  7. Pemohon terlibat dalam salah satu badan sukarela di Negeri Terengganu. Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
  8. Peserta yang tidak memenuhi atau tidak cukup syarat perlu ditolak permohonannya.
  9. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

Selamat membuat Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 secara online pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga permohonan anda berjaya agar bantuan sebanyak RM200 dapat digunakan untuk perbelanjaan harian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018

Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018