Permohonan Dana Didik Johor 2023 & Syarat Kelayakan. Cara mohon Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor percuma caruman RM100.

Permohonan Dana Didik Johor 2023 & Syarat Kelayakan

Berita baik buat rakyat negeri Johor Darul Takzim khususnya kepada golongan ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023. Adakah anda berhasrat untuk membuat tabung simpanan demi pendidikan anak pada masa hadapan? Sekiranya begitu, Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor bagi anak kelahiran negeri Johor pada tahun 2023. Berikut dikongsikan cara melakukan permohonan Dana Didik Johor 2023 dengan memuat turun borang di pautan yang dinyatakan di bawah ini.

Melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Kerajaan Negeri Johor telah bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan beberapa agensi yang berkaitan untuk melaksanakan program ini yang antara lain memberikan caruman percuma RM100 bagi setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i. Ia bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan kanak-kanak di negeri Johor terutamanya bagi tujuan pendidikan. Program Dana Didik Harapan Johor ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2021. Inisiatif ini akan diteruskan bagi tahun 2023.

borang permohonan dana didik harapan johor

Permohonan Dana Didik Johor Tahun 2023 & Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan maklumat penting seperti borang permohonan, syarat-syarat, cara permohonan dan tarikh berkaitan Dana Didik Harapan Johor 2023.

Syarat Kelayakan Mohon Dana Didik Johor

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda mematuhi syarat-syarat berikut:

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Terdapat beberapa syarat am kelayakan permohonan Dana Didik Johor seperti berikut:
No 1 Ibu DAN bapa adalah warganegara Malaysia. Keutamaan akan diberikan kepada ibu DAN bapa yang lahir di Negeri Johor (Kod Kad Pengenalan : 01, 21, 22, 23 & 24)
No 2 Bayi dilahirkan di Johor bermula 1 Januari 2023
No 3Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain
No 4Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat (bayi) berusia 18 tahun 
*Nota: Ibu DAN bapa merujuk kepada ibu DAN bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tarikh Permohonan

Berikut adalah tarikh penting berkaitan permohonan Dana Didik Johor 2023:

TEMPOH PERMOHONAN

TARIKH BUKA/ TUTUP
 1 Januari 2023/ 31 Disember 2023
Tempoh permohonan adalah dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi.

Langkah Membuat Permohonan Dana Didik Johor

Berikut dikongsikan carta alir permohonan dalam memudahkan ibu bapa melengkapkan dan menghantar borang permohonan mereka :-

Permohonan Dana Didik Harapan Johor

Borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1 Januari 2022.

Berikut adalah contoh borang permohonan yang dikongsikan di laman YPJ :-

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN (Dana Didik Harapan Johor)
  2. Salinan Sijil Kelahiran bayi
  3. a) Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu DAN bapa,-Slip penyata pendapatan gaji ibu DAN bapa pada bulan bayi tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya.
    • ATAU
  4. b) Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu DAN bapa yang tiada slip pendapatan gaji/tidak bekerja)
  5. Salinan dokumen  di atas, hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) / Penjawat Awam Gred 41 dan ke atas/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Penggawa/ Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya.

Lokasi Penghantaran Borang

Terkini, anda juga boleh menghantar borang permohonan secara online melalui emel ke danadidikjohor@ypj.gov.my. Permohonan secara manual hendaklah dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi di Negeri Johor seperti berikut:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
  2. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
  3. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
  4. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
  5. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
  6. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
  7. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
  8. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
  9. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
  10. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
  11. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
  12. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
  13. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
  14. Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
  15. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
  16. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
  17. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
  18. Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
  19. Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
  20. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
  21. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
  22. Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
  23. Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
  24. Pejabat PTPTN Cawangan kluang
  25. Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
  26. Pejabat PTPTN Cawangan Muar
  27. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
  28. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
  29. Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)

Dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100.00 kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dana ini, berikut disediakan pautan kepada laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor beserta emel dan no telefon/ fax untuk rujukan:

Semoga perkongsian mengenai Bantuan ini dapat membantu ibu bapa yang berhasrat untuk membuat permohonan. Semoga permohonan yang dilakukan berjaya dan diluluskan.

iklan-permohonan-dana-didik-johor-ypj-2023

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *