in

Permohonan Dana Raya Terengganu 2019 Online Dan Semakan

Borang Permohonan Dana Hari Raya Aidilfitri Terengganu 2019 Online. Berita baik buat rakyat Negeri Terengganu Darul Iman yang berkelayakan menerima bantuan. Permohonan Dana Raya Terengganu 2019 (Hari Raya Aidilfitri) akan mula dibuka pada satu tarikh yang akan dimaklumkan menerusi Portal Rasmi iDANA (Permohonan online Dana Negeri Terengganu).

Bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri akan diberikan kepada golongan yang layak di bawah kategori ibu tunggal, OKU, Warga Emas dan Orang Miskin. Permohonan adalah dibuka secara online kepada rakyat Negeri Terengganu samada pemohon baru atau lama di laman web iDANA. Pengagihan bantuan duit raya dijangka di buat bermula awal Ramadhan.

PERMOHONAN dana raya terengganu 2019 online

Permohonan Dana Raya Terengganu (Hari Raya Aidilfitri) 2019 Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat Permohonan Dana Raya Terengganu 2019 buat panduan para pemohon Rakyat Negeri Terengganu. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh permohonan, cara mendaftar, proses dan syarat kelayakan permohonan mengikut kategori penerima.

TERKINI Mei 2019 : Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (MMKN) kali ke 14 tahun 2019 pada 8 Mei 2019 telah bersetuju untuk meluluskan bantuan Perayaan Aidilfitri sebanyak RM500,000 bagi setiap Dewan Undangan Negei (DUN) dengan syarat pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) tidak melebihi RM1,100 sebulan.

  1. Kadar Bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM200 untuk semua kategori
  2. Kaedah bayaran pula adalah secara bank ini ke akaun penerima melalui BSN
  3. Sehubungan dengan itu, senarai penerima dana yang layak pada tahun lepas boleh dicetak oleh Pihak Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), DUN melalui sistem iDANA
  4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu akan mengedar borang permohonan Bantuan Perayaan Aidilfitri 2019 ke Pusat-Pusat Khidmat DUN bermula 15 Mei 2019 untuk diisi oleh penama yang telah dikenalpasti melalui senarai yang telah dicetak dalam sistem iDANA dan pemohon baharu.
  5. Penerima dana yang layak akan diputuskan oleh YB DUN masing-masing
  6. Manakala bagi DUN uang berada di kawasan pembangkang, ianya diputuskan oleh YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mewakili DUN berkenaan

Untuk makluman, pendaftaran dilakukan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung – MPKK. Senarai yang layak harus dikemukakan beserta butiran atau dokumen berikut:

  1. Nama Penuh
  2. Nombor Kad Pengenalan
  3. Alamat
  4. Nombor Telefon
  5. Bank
  6. Nombor Akaun Bank

TAHUN 2019

  • 15 Mei 2019 : Tarikh Buka

Nota : Bayaran secara bank in ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) akan bermula pada 29 Mei 2019 (Rabu). Bayaran secara IBG (selain BSN) pula akan disalurkan ke akaun penerima bermula 30 Mei 2019 (Khamis).

TAHUN 2018

Tarikh Permohonan Dana Raya Terengganu

  • 1 April 2018 sehingga 30 April 2018 : Tarikh Buka/ Tutup

Kategori Permohonan

Terdapat 4 kategori untuk permohonan Dana Raya Terengganu seperti berikut :-

  1. Orang – Golongan dengan pendapatan Ketua Isi Rumah kurang dari RM1,100
  2. Orang Kelainan Upaya (OKU)
  3. Ibu/ Bapa Tunggal
  4. Warga Emas

Syarat Am Permohonan Dana Raya Terengganu 

  1. Pemohon mestilah Rakyat Negeri Terengganu SAHAJA (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
  2. Bagi pemohon yang tidak mempunyai Slip Gaji, perlu mengemukakan Surat Pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim
  3. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Negeri Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun).
  4. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  5. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis

Syarat Kelayakan Permohonan Dana Raya Terengganu (Mengikut Kategori)

Sebelum memohon, sila rujuk kepada syarat kelayak permohonan setiap kategori seperti berikut :-

i) Duda/ Ibu Tunggal

  1. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,100.00 sebulan
  2. Borang Permohonan perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama salinan dokumen berikut:-
    • i. Kad Pengenalan
    • ii. Surat Cerai
    • iii. Surat Mati Suami / Isteri
    • iv. Slip Gaji

ii) OKU Berdaftar

  1. Borang permohonan hendaklah dicetak & diserahkan kepada Pengerusi JKKK bersama-sama salinan dokumen berikut:-
    • i. Kad Pengenalan
    • ii. Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Jabatan Kebajikan Masyarakat atau;
    • iii. Surat Pengesahan Rawatan Doktor (dalam kes mental) atau;
    • iv. Surat Pengesahan Pengerusi JKKK (sekiranya tidak berdaftar sebagai OKU)

iii) Warga Emas

  1. Pemohon hendaklah berusia 65 tahun dan ke atas
  2. Bagi pasangan yang juga berusia 65 tahun dan ke atas, perlu memohon secara berasingan.
  3. Borang permohonan hendaklah dicetak & diserahkan ke Pengerusi JKKK bersama
    • Salinan kad pengenalan

iv) Orang Miskin

  1. Pemohon adalah dibuka kepada golongan yang berpendapatan bulanan Ketua Isi Rumah (Pemohon) tidak melebihi RM1,100.00 sebulan.
  2. Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon.
  3. Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi JKKK berserta salinan dokumen berikut:-
    • i. Kad Pengenalan Pemohon dan Kad Pengenalan/ Surat Beranak Tanggungan
    • ii. Slip Gaji atau Slip Pencen terkini
    • iii. Salinan Surat Nikah
  4. Bagi pemohonan yang telah berkahwin WAJIB mengisi maklumat Isi Rumah (Tanggungan termasuk maklumat pasangan)

Cara Membuat Permohonan Online Dana Hari Raya Aidilfitri 2019 Terengganu

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan yang telah diedarkan ke Pusat-pusat Khidmat DUN bermula dari 15 Mei 2019. Borang ini boleh diisi oleh pemohon baharu dan penama yang telah dikenalpasti melalui senarai yang telah dicetak dalam sistem iDAANA

Borang permohonan yang telah lengkap disi hendaklah dicetak dan diserahkan ke Pengerusi JKKK berserta salinan dokumen yang diperlukan sebagaimana berikut :

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Slip gaji atau
  3. Bagi mereka yang tiada slip gaji, perlu mengemukan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.

Proses Permohonan Dana Raya Terengganu Secara Online

Terdapat 6 langkah yang perlu dilalui semasa membuat permohonan seperti berikut :

Permohonan iDanattb terengganu online
Langkah 1 : Semakan

  • Semakan dibuat dengan menggunakan No. Kad Pengenalan pemohon.

2 : Pilihan Bantuan

  • Semua bantuan yang dibuka untuk permohonan akan disenaraikan dan pemohon boleh memilih bantuan yang dibenarkan sahaja.

Langkah 3 : Syarat Kelayakan

  • Semua syarat-syarat kelayakan akan disenaraikan dan pemohon hendaklah mempersetujui syarat-syarat tersebut bagi meneruskan permohonan.

4 : Mohon

  • Semua maklumat permohonan yang wajib diisi bertanda * . Sebahagian maklumat adalah pilihan (tidak wajib disisi).

Langkah 5 : Pengesahan

  • Pemohon hendaklah mengesahkan dan bertanggungjawab ke atas semua maklumat permohonan yang telah dibuat.

Langkah 6 : Cetak Permohonan

  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan dan menyerahkannya kepada JKKK untuk dibuat pengesahan. JKKK berhak menerima atau tidak menerima permohonan tersebut. JKKK akan membuat pengesahan Akuan Terima permohonan dan menyerahkan slip Akuan Terima tersebut kepada pemohon sebagai bukti Borang Permohonan telah diterima dan disahkan

Maklumat Lanjut

Selamat membuat Permohonan Dana Raya Terengganu 2019 (Hari Raya Aidilfitri) secara online pada tarikh yang telah ditetapkan. Semoga permohonan anda berjaya agar bantuan sebanyak RM200 dapat digunakan untuk perbelanjaan harian anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M Online

Semakan BPPT Kad Debit Pelajar 2019 Online

Semakan Keputusan PraSekolah 2018 Online

Semakan Keputusan PraSekolah 2020 Online