in

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik 2019 BNM

Berita baik buat golongan berpendapatan rendah yang ingin mendapatkan pembiayaan pembelian rumah pertama mereka. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) yang boleh dipohon bermula 2 Januari 2019. Pada pembentangan Bajet 2019, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi.

Namun begitu, kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, akan menyebabkan bekalan rumah mampu milik tidak dapat dijual walaupun mendapat permintaan yang tinggi. Untuk membantu golongan berpendapatan tidak lebih daripada RM2,300 sebulan memiliki rumah buat kali pertama. Dana berjumlah RM1 bilion akan ditubuhkan oleh Bank Negara untuk pembelian rumah mampu milik berharga sehingga RM150,000.

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik bank negara malaysia 2019

Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM)

Di bawah Dana Rumah Mampu Milik BNM. Pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Pengenalan dana ini akan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan pembiayaan oleh peminjam dalam memiliki rumah. Ianya sekaligus memudahkan pemohon untuk mendapatkan pembiayaan.

Berikut adalah Kriteria dan ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik buat panduan bakal pemohon:-

KRITERIA/ CIRI-CIRI DANA BNM RUMAH MAMPU MILIK

No 1 Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300
No 2 Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000
No 3 Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; 
No 4 Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
No 5 Peminjam tunggal atau peminjam bersama
No 6 Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran untuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh / caruman takaful
No 7 Tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu

LAIN-LAIN KRITERIA DANA

No 1 Jenis Harta Tanah : Harta tanah kediaman di pasaran utama sahaja
No 2 Tempoh pembiayaan adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah
No 3 Moratorium penjualan harta tanah adalah 5 tahun
No 4 Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank

PENDIDIKAN KEWANGAN

No 1 Modul pendidikan kewangan mandatori dalam talian disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan membantu bakal peminjam memahami komitmen kewangan mereka sebelum membeli rumah
No 2 Modul itu boleh diakses daripada portal Rumahku AKPK di learn.akpk.org.my mulai 3 November 2018

Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara, sila hubungi Pusat Hubungi Institusi Kewangan yang mengambil bahagian seperti berikut :-

PUSAT HUBUNGI INSTITUSI KEWANGAN

BANKNO TEL
AmBank (M) Berhad (AmBank)03-2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN)1-300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB)03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank)1-300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB)03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)
Orang ramai juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465
Maklumat Lanjut Ciri Utama Dana BNM untuk rumah Mampu Milik

Insentif Lain Untuk Pembeli Rumah Berpendapatan Rendah Dalam Bajet 2019

Untuk pembeli rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. Kerajaan akan memberi pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas surat cara pindah milik. Dan perjanjian pinjaman bagi tempoh dua tahun sehingga Disember 2020.

Bagi pembeli rumah pertama dengan pendapatan isi rumah sehingga RM5,000, Kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta kepada Cagamas Berhad. Untuk menyediakan jaminan pajak gadai bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit. Langkah ini dijangka memberi penjimatan kos di antara 7% sehingga 11% kepada pembeli rumah selain daripada apa-apa potongan diskaun yang ditawarkan oleh pemaju.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Maksud B40 M40 Dan T20 Takrif Isi Rumah Mengikut Pendapatan

Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays

Kalendar Cuti Umum 2019 Malaysia Public Holidays