Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2024 Online, Cara mohon kemasukan program Diploma Jururawat di Universiti Sains Malaysia.

Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2024 Online

Permohonan Online Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia Sesi 2024-2025. Perhatian buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk menyambung pengajian Peringkat Diploma dalam bidang kejururawatan di Universiti Sains Malaysia (USM). Adalah dimaklumkan yang permohonan Diploma Kejururawatan USM ambilan sesi 2024-2025 boleh dibuat secara online bermula pada 14 Februari 2024.

Permohonan secara dalam talian (online application) adalah melalui laman web Pohon@USM sehingga tarikh tutup permohonan. Tempoh Pengajian adalah selama 3 Tahun.

Permohonan Diploma Kejururawatan USM online

Permohonan Diploma Kejururawatan USM Sesi 2024-2025 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting dan panduan dalam membuat Permohonan Diploma Kejururawatan USM (Jururawat) 2024 meliputi aplikasi pautan permohonan, tarikh penting, syarat kelayakan dan maklumat lanjut.

Tarikh Penting Permohonan Diploma Jururawat USM 2024

  • Tarikh Buka : 14 Februari 2024
  • Tarikh Tutup : 19 April 2024

Tatacara Permohonan

Calon perlu membeli No. PIN USM JURURAWAT berharga RM 60 (Warga negara) dari Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara online melalui ePayment USM. Sila pastikan No PIN USM yang betul mengikut Saluran. Permohonan secara online adalah melalui laman web :

Pohon@USM

Calon hendaklah membuat Pendaftaran terlebih dahulu sebelum LOGIN dengan mengklik butang ‘DAFTAR’

Dapatkan No. Rujukan

1. Login Borang Permohonan

No. Rujukan

Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)

2. Maklumat Peribadi

Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sebagainya

Tekan butang SETERUSNYA

3. Maklumat Ko‐Kurikulum

Mengisi maklumat ko-kurikulum seperti badan beruniform / sukan

Jika berkaitan

4. Maklumat Kelayakan

Kursus, latihan, peperiksaan atau sijil / kelayakan profesional

Jika berkaitan

5. Maklumat Pengalaman

Pekerjaan, tempoh pengalaman

Jika berkaitan

6. Maklumat Sosio‐Ekonomi

Maklumat ibu bapa / penjaga

Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain

7. Pilihan Program Pengajian

Pilihan program

Jika berkaitan

8. Pengesahan

Tekan butang HANTAR

Cetak maklumat permohonan untuk rujukan

Syarat Kemasukan Program Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM sesi 2024-2025 :-

Syarat Am

1. Lulus SPM/Setaraf

2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai

3. Lulus mata pelajaran Sejarah

Syarat Khas Program

Lulus SPM dengan dengan lima (5) kepujian

1. Mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics / Additional Mathematics

2. Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-

Science

Biology

Chemistry

Physics

Applied Science

3. Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran yang lain DAN

Cemerlang dalam penilaian temu duga

*Calon adalah tidak dibenarkan mengikuti program ini sekiranya mempunyai masalah kesihatan berikut:

i) Masalah kesihatan mental

ii) HIV / AIDS

iii) Hepatitis B

iv) Hepatitis C

v) Epilepsi

vi) Buta warna

Calon tidak memiliki sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang mampu menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.

Maklumat Lanjut

Sesi temu duga akan dijalankan sekitar bulan Jun manakala keputusan permohonan akan dihebahkan pada sekitar bulan Ogos di laman web pohon.usm.my. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk iklan permohonan Diploma Kejururawatan di pautan berikut :-

Iklan Permohonan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Aras 2, Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang

No Telefon

1 300 888 876 / 04-653 3196

Fax : 04 653 3328

Waktu : Isnin – Jumaat : (8:10 pagi hingga 5:10 petang)

Laman Web/ emel/ Laman Sosial

emel : admissions@usm.my

FB Student Admissions USM

FB Rasmi USM

Twitter Rasmi USM

Youtube Rasmi USM

Selamat membuat Permohonan Online Diploma Kejururawatan USM 2024. Diucapkan semoga calon berjaya dalam permohonan program Diploma untuk sesi ambilan 2024-2025.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *