Permohonan Diploma PPUM 2024 Online, Maklumat Cara mohon dan semak keputusan program Diploma Pusat perubatan universiti malaya 2024.

Permohonan Diploma PPUM 2024 Online

Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Berita baik buat lepasan SPM yang berminat untuk menceburi bidang kejururawatan dan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Permohonan Diploma PPUM 2024 akan dibuka untuk permohonan pada satu tarikh yang akan diumumkan dari Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya. Mereka yang berminat boleh memohon salah satu dari 3 program Diploma yang ditawarkan.

Permohonan kemasukan ke PPUM adalah melibatkan program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan. Untuk makluman, hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan Diploma PPUM 2021 online

Permohonan Program Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) 2024 Online

Buat pelajar yang berminat, berikut dikongsikan maklumat penting permohonan PPUM 2024 secara online meliputi tarikh penting permohonan, aplikasi borang, syarat kelayakan dan panduan permohonan.

Tarikh Penting Permohonan 

  • 11 Mac 2024 : Pembelian No. Pin ID PPUM di BSN dibuka
  • 11 Mac 2024 : Tarikh Buka
  • 16 Jun 2024 : Tarikh Tutup
  • 1 September 2024 : Tarikh pendaftaran

Program Diploma Yang Ditawarkan Di PPUM

Program pengajian diploma yang ditawarkan untuk sesi ambilan tahun 2024 adalah seperti berikut :-

  • Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya
  • Tempoh Program : 3 tahun (sepenuh masa)
  • Senarai Program
    • Diploma Kejururawatan
    • Diploma Radiografi
    • Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Syarat Am Permohonan

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur : Berumur 18 hingga 25 tahun
  3. Jantina : Lelaki dan Perempuan
  4. Taraf Perkahwinan : Bujang
  5. Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Syarat Kelayakan Akademik

Pelajar yang ingin memohon perlu memnuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut :-

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  • (a) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, dan Lulus mata pelajaran Sejarah, SERTA
  • (b) Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains atau Biologi
  • (c) Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi gred C dan ke atas dalam 2 mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan di dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  • (d) Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi gred C dan ke atas dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan di dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Penajaan Pengajian

Calon-calon yang terpilih mengikuti pengajian Diploma perlu memohon pinjaman/ pembiayaan daripada badan-badan yang memberikan pinjaman pengajian seperti pinjaman PTPTN.

  • Ikatan perjanjian : Calon-calon yang berjaya menamatkan program Diploma Kejururawatan dikehendaki berkhidmat dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya selama 5 tahun.

Cara/ Panduan Permohonan Program Diploma PPUM 2024 Online

Pemohon perlu membuat pembilan No. Pin ID PPUM yang berharga RM10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 11 Mac 2024.

Berikut adalah cara membuat permohonan secara online melalui Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan pada pautan di bawah

  1. Layari spp@ummc.edu.my
  2. Langkah seterusnya akan dikemaskini sebaik sahaja sistem dibuka untuk permohonan

Maklumat lanjut berkenaan Program Diploma yang ditawarkan boleh didapati di ummc.edu.my/cohes

NOTA: Pemohon yang memenuhi kelayakan akademik akan dihubungi oleh Pentadbiran Kolej Sains Kesihatan. Hanya calon Diploma Kejururawatan yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Iklan Permohonan Program Diploma PPUM Tahun 2024 Online

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah iklan permohonan buat panduan pemohon.

Klik UMMC atau FB KSKPPUM

Semakan Keputusan Diploma PPUM 2024 Online

Maklumat semakan bagi tahun 2024 akan dikemaskini, di bawah adalah tarikh bagi tahun 2023 sebagai rujukan. Semakan status permohonan dan pemohon yang berjaya disenarai pendek bagi sesi temuduga boleh disemak seperti tarikh dan kaedah berikut :-

i) Panggilan Temuduga (Diploma Kejururawatan)

  • 23 Jun 2023 hingga 6 Julai 2023

Keputusan Permohonan/Temu duga PPUM

  • 25 Ogos 2023 hingga 29 Ogos 2023

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

  • Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010 Dari jam 08:30 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am)
    atau E-mel : kewpelajarksk@ummc.edu.my
  • Facebook : Kolej Sains Kesihatan PPUM

Selamat membuat Permohonan secara online. Diucapkan semoga permohonan anda untuk memasuki Pusat Perubatan Universiti Malaya dalam bidang pengajian Diploma yang dihajati berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *