Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2024 Online, Borang Darul Quran JAKIM tahun 2024 serta semakan keputusan permohonan calon yang layak,

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2024 Online

Pengambilan Pelajar Untuk Program Diploma Tahfiz Al-Quran Sesi 2024/ 2027 Online. Berita baik buat lepasan SPM dan yang berkelayakan. Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk membuat permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2024-2027 secara online. Program Diploma yang mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) ini dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun ( 6 semester ).

Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Bidang pengkhususan yang ditawarkan ialah Qiraat, Syariah, Dakwah, Hadis, Muamalat dan Pengurusan Halal.

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2020 online

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran 2024 Online

Berikut dikongsikan panduan Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran yang dipetik dari Laman Web Rasmi Darul Quran Tahun 2024. Maklumat yang dipaparkan termasuk tarikh permohonan, syarat am dan syarat kelayakan akademik, borang permohonan online, biasiswa dan cara hubungi.

Maklumat Pengajian

Pelajar diwajibkan untuk menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping mempelajari subjek-subjek kursus elektif yang lain mengikut syukbah:-

  1. Qiraat.
  2. Dakwah
  3. Syariah
  4. Hadith
  5. Muamalat
  6. Pengurusan Halal

Tarikh Penting 2024

TERKINI: Permohonan secara atas talian boleh mula diakses mulai 5 Mac 2024

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2024
  • Calon yang telah ditemu duga perlu menghantar keputusan SPM dalam masa 3 hari selepas keputusan SPM diumumkan di kemasukandq@gmail.com

Syarat Kelayakan Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2024

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan :-

  • i. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin
  • ii. Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ‘C’ dalam mata pelajaran berikut :-
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Arab
    • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah; dan
  • LULUS Bahasa Inggeris, dan
  • LULUS Temuduga.
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik.

ATAU

  • Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Sijil Asas Tahfiz di Darul Quran adalah seperti berikut:
    1. Lulus matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ‘C’ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan
    2. Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran.

Cara Memohon

Permohonan Diploma Darul Al-Quran boleh dibuat secara atas talian (Online) melalui pautan berikut :-

Pendaftaran Pengguna Baru (Permohonan Pelajar)

Jika anda belum berdaftar, sila daftar terlebih dahulu bagi kemudahan permohonan dan semakan permohonan.

Untuk tujuan pendaftaran, sila pastikan:-

  • Anda mempunyai e-mail yang sah
  • Sila masukkan No. Kad Pengenalan anda yang sah (Ini kerana No Kad Pengenalan anda akan menjadi ID pengguna anda)
  • Sila masukkan butiran nama dan alamat yang betul
  • Katalaluan bagi kegunaan anda masuk ke dalam sistem akan dihantar melalui e-mail anda

Calon-calon yang sedang mengikuti pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran di mana-mana Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri, adalah tidak layak memohon. Biasiswa akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

Keputusan Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran

Untuk makluman, hanya calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

2024

  • Iklan Kemasukan Pelajar Baharu : 5 Mac 2024
  • Permohonan Dibuka : 5 Mac 2024
  • Permohonan Ditutup : 31 Mac 2024
  • Semakan Layak Temuduga Online : 25 April 2024
  • Proses Temuduga : 6 Mei hingga 9 Mei 2024
  • Proses Temu Duga (LTDQ) : 26 Mei hingga 28 Mei 2024
  • Kemaskini Keputusan SPM : Dalam Tempoh 3 hari selepas keputusan SPM 2023 diumumkan
  • Semakan Keputusan Temuduga dan Surat Tawaran Dikeluarkan (secara online) : 10 Jun 2024*
  • Permohonan Rayuan : bermula 10 Jun 2024*
  • Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran : 12 Jun 2024
  • Keputusan Rayuan Online : 14 Jun 2024*
  • Pendaftaran Pelajar Baru : 24 Jun 2024*
  • *Tertakluk kepada pindaan
  • Sila semak senarai nama atas talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa proses temuduga.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 30 Jun 2024 adalah dianggap tidak berjaya

2023

  • Iklan Kemasukan Pelajar Baharu : 13 Februari 2023
  • Permohonan Dibuka : 13 Februari 2023
  • Permohonan Ditutup : 31 Mac 2023
  • Semakan Layak Temuduga Online : 2 Mei 2023
  • Proses Temuduga : 15 Mei hingga 19 Mei 2023
  • Proses Temu Duga (LTDQ) : 22 Mei hingga 24 Mei 2023
  • Kemaskini Keputusan SPM : Dalam Tempoh 3 hari selepas keputusan SPM 2022 diumumkan
  • Semakan Keputusan Temuduga dan Surat Tawaran Dikeluarkan (secara online) : 20 Jun 2023*
  • Permohonan Rayuan : bermula 20 Jun 2023*
  • Tarikh Akhir Pengesahan Penerimaan Tawaran : 22 Jun 2023
  • Keputusan Rayuan Online : 27 Jun 2023*
  • Pendaftaran Pelajar Baru : 10 Julai 2023*
  • *Tertakluk kepada pindaan
  • Sila semak senarai nama atas talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa proses temuduga.
  • Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 10 Julai 2023 adalah dianggap tidak berjaya.

2022

  • Iklan Kemasukan Pelajar Baharu : 28 Februari 2022
  • Permohonan Dibuka : 25 Mac 2022
  • Permohonan Ditutup : 14 April 2022
  • Semakan Layak Temuduga Online : 16 Mei 2022
  • Proses Temuduga : 30 Mei hingga 3 Jun 2022
  • Penghantaran keputusan SPM 2021 : 2 hari selepas keputusan SPM 2021 diumumkan
  • Semakan Keputusan Temuduga dan Surat Tawaran Dikeluarkan (secara online) : 20 Jun 2022
  • Permohonan Rayuan : 20 Jun 2022
  • Keputusan Rayuan Online : 24 Jun 2022
  • Pendaftaran Pelajar Baru : 28 Jun 2022
  • Sila semak senarai nama atas talian dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa proses temuduga.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan program Darul Al-Quran, sila hubungi :-

Telefon : 03-6063 5333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-6064 5497 / 03- 6064 2936

Selamat membuat Permohonan Program Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2024-2027 Online. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *