in

Permohonan DPAKK 2020 Online (Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Permohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UM 2020 Online. Panduan buat indidvidu yang bekerja dan lepasan SPM. Terutamanya bagi pendidik dan pengusaha tadika dan Taska. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan DPAKK UM 2020 iaitu cara memohon atau pendaftaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) di Universiti Malaya (UM) secara online.

Program DPAKK ini memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang MEWAJIBKAN guru-guru Tadika untuk memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebelum tahun 2020.

Permohonan DPAKK Online

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) UM

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Permohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UM ambilan Januari – Februari tahun 2020 yang meliputi kelebihan DPAKK UM, syarat kelayakan, cara memohon dan cara hubungi.

KELEBIHAN DPAKK UM

Antara kelebihan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) UM adalah seperti berikut:
No 1 Yuran pengajian adalah di bawah tanggungan industri
No 2 Asrama ditanggung oleh industri
No 3 Industri menanggung makanan dan minuman
No 4 Memperoleh elaun sara diri secara bulanan
No 5 Menyediakan tenaga pensyarah yang berkualiti
No 6 Sebagai peluang untuk menimba pengalaman bekerja
No 7 Memperoleh Sijil Diploma UM, Sijil Permata (JKM) dan Sijil Industri
No 8 Peluang pekerjaan terjamin
No 9 Tidak dibebani hutang pinjaman pendidikan setelah menamatkan pembelajaran

Syarat Kelayakan Permohonan DPAKK

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan DPAKK untuk UPSI.

Untuk memohon, calon perlulah melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut :-

1.1 Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • 1.1.1 Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • 1.1.2 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai; dan
  • 1.1.3 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Sejarah bagi calon (SPM) bermula tahun 2013.

1.2 Calon Bekerja

  • 1.2.1 Lulus Tiga(3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atu Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai; dan
  • 1.2.2 Mempunyai pengalaman melebihi Tiga(3) tahun dalam bidang pendidikan.
  • Sekiranya kredit tidak mencukupi, calon pelajar perlu mengambil Ujian Pengkreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL)
    Permohonan boleh dibuat ke Laman Web Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan menghantar portfolio calon dan bayaran sebanyak RM155.00
    Keputusan yang diperolehi perlu disertakan sekali untu tujuan dokumentasi dan tapisan

Permohonan DPAKK UM Ambilan 2020

Maklumat permohonan adalah seperti berikut :-

  • Tarikh Permohonan : Januari hingga Februari 2020
  • Nama Program : Diploma Eksekutif Pendidikan Awal Kanak-Kanak (MQA/SWA0633) Universiti Malaya
  • Yuran Permohonan : RM100
  • Yuran Pendaftaran : RM3,500

Untuk memohon, hubungi pegawai pengurusan menerusi nombor telefon berikut :-

Iklan Permohonan Program DPAKK UM

Berikut dikongsikan iklan permohonan DPAKK UM 2020 buat rujukan:

permohonan dpakk um

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi DPAKK UM akan dikemaskini. Maklumat berkaitan program DPAKK UPSI adalah seperti di bawah.

Program DPAKK UPSI dijalankan secara konvesional dimana pelajar perlu menghadiri kuliah bersemuka pada setiap hujung minggu selama 14 mingu di pusat pembelajaran yang di tetapkan seperti berikut:

Senarai Kod pusat seperti berikut:

  • 01 – Johor
  • 02 – Kuala Lumpur
  • 03 – Perak
  • 04 – Kedah

Pusat di negeri lain akan dibuka sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Senat UPSI iaitu 40 orang pelajar satu pusat dan Sabah dan Sarawak 60 orang pelajar.

Selamat membuat Permohonan DPAKK UM 2020 Online. Moga hasrat anda untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) akan berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan IPU Online Indeks Pencemaran Udara Jerebu Terkini

Senarai Aliran Sekolah Menengah Tingkatan 4

Senarai Aliran Sekolah Menengah Tingkatan 4 Beserta Mata Pelajaran