in

Permohonan DPAKK UPSI 2017 Online

Permohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI Holdings 2017 Online. Panduan buat indidvidu yang bekerja dan lepasan SPM. Terutamanya bagi pendidik dan pengusaha tadika dan Taska. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan DPAKK UPSI 2017 iaitu cara memohon atau pendaftaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara online.

Program DPAKK ini memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang MEWAJIBKAN guru-guru Tadika untuk memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebelum tahun 2020.

Permohonan DPAKK UPSI 2017 Online

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) UPSI

Berikut dikongsikan informasi penting berkaitan Permohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI tahun 2017 yang meliputi kelebihan DPAKK UPSI, syarat kelayakan, cara memohon dan cara hubungi.

Kelebihan DPAKK UPSI

Kenapa anda perlu memilih DPAKK UPSI?

1. Pensyarah UPSI sebagai tenaga pengajar

  • Pensyarah UPSI merupakan pakar akademik dan penyelidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak merentasi Malaysia dan Antarabangsa

2. Pembelajaran Teradun-Kuliah Secara Atas Talian dan Bersemuka

  • 14 minggu pengajian atas talian

3. Akreditasi MQA (11841) Akta MQA Sejak Tahun 2008

4. Pembiayaan Pengajian PTPTN

  • Jumlah pembiayaan maksimum PTPTN sebanyak RM9,500 dan Pengeluaran KWSP

5. Pusat Pembelajaran Di Seluruh Malaysia

  • Dibuka di setiap negeri yang terpilih dan memenuhi syarat yang memudahkan pelajar untuk menghadiri kuliah

6. Tempoh Pengajian 2 Tahun

  • Pengajian sepanjang 6 semseter merangkumi pelbagai kursus yang berkulaiti dan diperlukan industri

Syarat Kelayakan Permohonan DPAKK UPSI

Untuk memohon, calon perlulah melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut :-

1.1 Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

  • 1.1.1 Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  • 1.1.2 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai; dan
  • 1.1.3 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Sejarah bagi calon (SPM) bermula tahun 2013.

1.2 Calon Bekerja

  • 1.2.1 Lulus Tiga(3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atu Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai; dan
  • 1.2.2 Mempunyai pengalaman melebihi Tiga(3) tahun dalam bidang pendidikan.
  • Sekiranya kredit tidak mencukupi, calon pelajar perlu mengambil Ujian Pengkreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL)
    Permohonan boleh dibuat ke Laman Web Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan menghantar portfolio calon dan bayaran sebanyak RM155.00
    Keputusan yang diperolehi perlu disertakan sekali untu tujuan dokumentasi dan tapisan

Permohonan DPAKK UPSI Ambilan 2017

Tarikh permohonan dibuka adalah seperti berikut :-

  • 1 Ogos 2017 – 16 Oktober 2017
  • Kod Program : A2520
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian/online sahaja dengan menggunakan No.Kad Pengenalan dan No. ID UPSIHOLDINGS (dibeli dari Bank Simpanan Nasional (BSN)) mulai 01 Ogos 2017 selepas jam 12.00 tengah hari di laman web UPSIHOLDINGS

Untuk memohon, sila klik applikasi permohon di URL berikut :-

Iklan Permohonan Dan Struktur Program DPAKK UPSI

Pelajar perlu melengkapkan sejumlah 91 kredit untuk melayakkan diri untuk tujuan penganugerahan Diploma Eksekutif. Mereka mesti lulus semua kursus yang ditetapkan sebagaimana kursus wajib dan kursus teras.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Program DPAKK UPSI dijalankan secara konvesional dimana pelajar perlu menghadiri kuliah bersemuka pada setiap hujung minggu selama 14 mingu di pusat pembelajaran yang di tetapkan seperti berikut:

Senarai Kod pusat seperti berikut:

  • 01 – Johor
  • 02 – Kuala Lumpur
  • 03 – Perak
  • 04 – Kedah

Pusat di negeri lain akan dibuka sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Senat UPSI iaitu 40 orang pelajar satu pusat dan Sabah dan Sarawak 60 orang pelajar.

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :

Selamat membuat Permohonan DPAKK UPSI 2017 Online. Moga hasrat anda untuk mendapatkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) akan berjaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan Keputusan Guru Tabika KEMAS 2017 Online

Semakan Keputusan Guru Tabika KEMAS 2019 Online

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar emkoko Online

Semakan Markah Kokurikulum Pelajar Online