Permohonan DPLI 2020 UM Online (Diploma Pasca Siswazah Pendidikan). Cara mohon dan syarat kemasukan program diploma lepasan ijazah.

Permohonan DPLI UM 2020 Online (Diploma Pasca Siswazah Pendidikan)

Perhatian buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (Bukan Pendidikan) dan setaraf yang berminat menjadikan kerjaya guru sebagai profesion anda. Permohonan DPLI UM Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan September 2020 akan dibuka secara online.

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) Universiti Malaya tidak menjamin tempat pemohon sebagai guru kerana ia bergantung pada kekosongan yang ada. Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan adalah kursus melibatkan pengajian selama satu tahun dan kelas adalah mengikut masa yang fleksibel.

permohonan dpli um

Permohonan Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan UM Ambilan September 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan untuk Program Diploma Pasca Siswazah Pendidikan Universiti Malaya ambilan September 2020 yang memaparkan maklumat cara memohon, tarikh penting permohonan, bidang pengkhususan, syarat permohonan dan cara hubungi.

Untuk makluman, DPLI adalah satu pilihan buat lepasan Ijazah ke arah menjadi seorang guru. Ianya berbeza berbanding PISMP iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang ditawarkan di IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia buat lepasan SPM.

Tarikh Penting Permohonan

Berdasarkan ambilan sebelum ini, ianya dibuat pada kemasukan bulan September tahun berkenaan. Berikut adalah tarikh bagi permohonan boleh dilakukan:

  • 2020 : 15 Februari hingga 15 April 2020
  • 2018 : 31 Julai 2018 (tarikh tutup)

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum memohon, berikut adalah syarat kelayakan permohonan ambilan September 2020 sebagai rujukan :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun
  3. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara
  4. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan
  5. Perolehi kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di SPM/SPM(V)
  6. Untuk memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
  7. Pemohon/ Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini
  8. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia
  9. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon

Bidang Program Yang Ditawarkan

Diantara bidang-bidang pengkhususan yang ada ditawarkan pada Program DPLI UM ini adalah seperti berikut :-

  1. Bahasa Malaysia
  2. Matematik
  3. Kimia
  4. Biologi
  5. Fizik
  6. Teknologi Pengajaran
  7. Sains Komputer
  8. Kejuruteraan
  9. Pendidikan Islam
  10. Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan\
  11. Pendidikan Tahfiz

Langkah Membuat Permohonan Program DPLI

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan buat rujukan pemohon :-

  1. Layari Aplikasi Permohonan di pautan
  2. Daftar terlebih dahulu dengan Universiti Malaya jika anda belum mendaftar
    • Klik Create New Account
    • Boleh Log In selepas berjaya mendaftar
  3. Mulakan Pendaftaran Baru
    • Masukkan butiran diri seperti diperlukan
    • Klik Register setelah semua maklumat dilengkapkan
  4. Kod verifikasi akan dihantar ke email anda dan sila klik pada pautan link yang diberikan untuk langkah seterusnya
  5. Anda boleh Log In selepas pendaftaran sebagai pengguna baharu berjaya
  6. Klik ‘Add New Programme’
  7. Pastikan maklumat Permohonan seperti berikut :-
    • Mode of Programme : Course work
    • Intake : Semester 1, Session 2020/2021 (Sep 2020)
    • Academy/ Faculty : Education
    • Programme : PQH – Diploma in Education
  8. Isikan maklumat selengkapnya di borang permohonan
  9. Setelah semua maklumat/ butiran lengkap diisi, siila tandakan setuju kepada message ‘Tick here if you have read through and agreed with the above terms and conditions’

Diucapkan selamat membuat Permohonan untuk sesi ambilan September 2020 buat graduan yang berkelayakan. Moga permohonan anda berjaya.

Related : pendidikan lepasan ijazah dpli, laman web, program diploma pendidikan, lepasan program pengajian, program diploma pendidikan lepasan ijazah dpli, untuk menjadi, sekurang kurangnya, guru di sekolah,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *