Borang Permohonan GKP Geran Khas Prihatin Online. Adakah anda pemilik PKS yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia? Sekiranya ya, Kerajaan Malaysia melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) telah memperkenalkan geran khas bagi membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro secara berperingkat. Berikut dikongsikan Permohonan GKP 2.0 Geran Khas Prihatin dan semakan GKP secara online mulai 1 Oktober 2020 15 Jun untuk panduan semua.
Bantuan yang akan dikawal selia oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mensasarkan lebih 700 000 PKS mikro di seluruh Malaysia yang akan menikmati manfaat ini. Inisiatif yang diusahakan adalah bagi membantu aliran tunai perniagaan PKS mikro kekal positif berikutan PKP dan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara secara khusus dan dunia secara amnya.
Isi Kandungan
Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) Bantuan RM3,000 Secara One-Off Kepada PKS Mikro
Terkini: Menurut perutusan khas daripada Perdana Menteri, melalui program KITA PRIHATIN, GKP akan dibuka semula permohonan bermula 1 Oktober 2020 hingga 31 Oktober 2020. Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa
Geran Khas PRIHATIN adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Di bawah adalah maklumat berkaitan permohonan dan untuk membuat semakan GKP seperti syarat-syarat permohonan, tarikh, cara mohon serta semakan keputusan, permohonan rayuan untuk rujukan semua.
Sebelum membuat permohonan, anda perlu menepati syarat-syarat kelayakan (layak memohon) seperti berikut:
Syarat Permohonan GKP 2.0 | |||
1. Bukan penerima GKP sebelum ini | |||
2. Pemohon berstatus warganegara Malaysia | |||
3. Pemohon menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
| |||
4. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada | |||
5. Perniagaan masih berlangsung dan aktif semasa permohonan dibuat | |||
6. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia. |
Seterusnya, permohonan boleh dibuat bermula dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDNM yang boleh dibuat bermula seperti di bawah:
Tempoh Permohonan GKP 2.0 | |||
TARIKH BUKA | TARIKH TUTUP | ||
Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa. |
Kadar bayaran yang bakal diterima oleh pemohon adalah sebanyak:-
Kadar Bantuan | ||||
One Off : RM 3,000 sahaja | ||||
*Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang layak dan akaun bank hendaklah aktif. |
Panduan membuat permohonan GKP 2.0 adalah seperti di bawah:-
Borang Mohon Geran Khas Prihatin 2.0 Online |
Jika anda melepasi syarat-syarat yang telah dinyatakan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut :-
- 1. Sila layari portal rasmi yang disediakan oleh LHDNM pada pautan berikut:
- Klik Borang GKP (https gkp.hasil.gov.my : Sistem diaktifkan pada
1 Mei 20201 Oktober 2020, jam 900 pagi)
- Klik Borang GKP (https gkp.hasil.gov.my : Sistem diaktifkan pada
- 2. Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dan tiada permohonan secara borang manual
Untuk memudahkan pengguna dalam membuat permohonan dan pendaftaran, sila rujuk panduan pengguna di pautan berikut :-
Semakan GKP Keputusan Geran Khas Prihatin
Pemohon boleh menyemak status permohonan mereka pada tarikh penting berikut :-
- Proses semakan dibuat bermula pada
3 Jun 202027 November 2020 22 Jun(permohonan rayuan)
Pemohon yang layak akan menerima pembayaran pada tarikh pembayaran geran khas prihatin berikut:-
- Dijangka Mulai 30 November 2020
- Jangkaan mulai
29 Jun 2020(Untuk permohonan rayuan)
Berikut adalah paparan bagi Permohonan yang Berjaya dihantar.
Status Permohonan :
- Permohonan Diterima : Permohonan baharu telah diisi dan berjaya dihantar. Pemohon tidak perlu melakukan permohonan semula, tunggu sehingga keputusan permohonan dipaparkan mulai
15 Jun15 November 2020 - Dalam Proses – Permohonan yang telah diterima sedang diproses verifikasi/ semakan agensi. Semasa status ini, pemohon tidak boleh melakukan pengemaskinian maklumat di dalam borang.
- Lulus/ Tidak Lulus :-
- Lulus (Layak menerima bantuan dan akan dikredikan ke akaun yang telah didaftarkan semasa dalam borang permohonan, tarikh pengkreditan akan dimaklumkan.
- Tidak Lulus (Tidak layak menerima bantuan)
Klik butang kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat yang perlu dilakukan di borang permohonan yang telah dihantar.
Permohonan Rayuan GKP
Pemohon yang gagal dalam permohonan awal boleh membuat permohonan rayuan mulai 7 hingga 21 Disember 2020 melalui portal rasmi GKP.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut atau menghadapi sebarang masalah, sila hubungi:
- Soalan Lazim
- Hasil Care Line: 03 8911 1000/ 603-8911 1100 (Luar Negara) juga beroperasi pada 1 & 2 Mei 2020, 9.00 pagi – 4.30 petang.
- Facebook LHDNM
- Portal Rasmi LHDNM
Diharapkan perkongsian, sebarang pertanyaan berkaitan Permohonan GKP 2.0 Geran Khas Prihatin Online dapat membantu semua PKS Mikro yang terkesan akibat PKP. Semoga permohonan anda berjaya.