in

Permohonan Guru Ganti 2019 Online : Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Perhatian buat mereka yang berkelayakan dan berminat untuk menjadi guru ganti atau cikgu ganti di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Permohonan adalah dibuka melalui Pejabat Pendidikan Negeri setiap daerah mengikut kekosongan yang ada sepanjang tahun. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Guru Ganti 2019 Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah.

Lazimnya akan berlaku kekosongan sementara di sekolah apabila guru-guru terlatih tiada di sekolah dalam satu tempoh tertentu atas hal-hal yang dibenarkan. Maka untuk mengisi kekosongan sementara tersebut, guru ganti akan dilantik yang terdiri daripada rakyat Malaysia berkelulusan SPM, STPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang tidak memiliki latihan ikhtisas perguruan ataupun pengalaman pernah dilantik secara kontrak bagi satu tempoh yang tidak lebih daripada tiga bulan berturut-turut.

Permohonan Guru Ganti Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Definisi Guru Ganti

Sebagai penjelasan, Guru Ganti adalah guru yang tidak terlatih dan ditempatkan di sesebuah sekolah untuk mengisi kekosongan sementara guru disebabkan hal-hal yang dibenarkan antaranya seperti berikut:

  • Berkursus
  • Cuti bersalin
  • Cuti sakit
  • Cuti mengerjakan haji

Permohonan Guru Ganti 2019 Untuk Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Seperti yang dimaklumkan, untuk membuat permohonan guru ganti bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, bolehlah dibuat menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri masing-masing. Penempatan guru pula adalah bergantung kepada kekosongan kawasan atau sekolah yang ada. Tarikh membuat permohonan juga bergantung kepada setiap negeri. Berikut dikongsikan iklan kekosongan jawatan bagi Permohonan Guru Ganti 2019:

Permohonan Guru Ganti 2019 Pulau Pinang

Bagi permohonan guru ganti di kawasan Pulau Pinang, keterangan lanjut adalah seperti berikut:

  • Nama majikan: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
  • Lokasi kekosongan: Pulau Pinang (Daerah Timur Laut)
  • Tarikh Permohonan: Dibuka Sepanjang Tahun

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Guru Ganti Pulau Pinang 2019 boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui pautan berikut:

  • Borang Permohonan Online Guru Ganti Pulau Pinang
  • Sila daftar terlebih dahulu sekiranya membuat permohonan kali pertama dan ikuti langkah selanjutnya
    • Tarikh permohonan adalah sepanjang tahun disebabkan atas faktor jawatan adalah secara kontrak

Pemohon hendaklah mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem tersebut. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat di Kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dengan mengisi borang permohonan berwarna biru. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil bagi sesi temuduga.

Syarat Permohonan Guru Ganti Pulau Pinang

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan untuk menjadi guru ganti Pulau Pinang :-

Kelayakan Akademik

1. SPM
  • Sijil SPM / Matriks / A-level 
  • SK / SJKC / SJKT
  • SMK / SMJK
  • Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Empat (4) Subjek Lain Termasuk yang akan diajar
  • B.Cina / B.Tamil 
  • Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina / Bahasa Tamil dan Dua (2) Subjek Lain
  • Pendidikan Islam / Bahasa Arab 
  • Lulus dalam Ujian Lisan Bahasa Melayu 
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab / Pendidikan Islam dan Dua (2) Subjek Lain
  • Subjek Dual Language Program : Matematik / Matematik Tambahan / Sains / Biologi / Kimia / Fizik
  • Lulus dalam ujian Lisan Bahasa Melayu, Bagasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan atau Sains / Biologi / Kimia / Fizik
2. STPM / STAM
  • Sijil SPM / Matriks / A-level 
  • Lulus Pengajian Am dan tiga (3) subjek lain (Minimum C NGMP 2.00)
3. DIPLOMA
  • Sijil Diploma (Transkrip Peperiksaan / Surat Tamat Pengajian atau Konvokesyen Tidak Diterima)
4. IJAZAH
  • Sijil Ijazah (Transkrip Peperiksaan / Surat Tamat Pengajian atau Konvokesyen Tidak Diterima)

Kelayakan Am:

  1. Warganegara Malaysia (Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal di daerah Timur Laut, Pulau Pinang)
  2. Memiliki tubuh badan yang sihat
  3. Berumur: 18-30 tahun (bukan siswazah) dan 18-35 tahun (siswazah)
  4. Syarat Tambahan:
    • Telah bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di daerah Timur Laut, Pulau Pinang
    • Boleh mengajar bagi sesi pagi atau petang
    • Memiliki transport sendiri untuk hadir ke sekolah yang ditempatkan

Status Jawatan

Jawatan Guru Ganti adalah bertaraf Pekerja Sambilan Harian atau Kontrak. Tempoh lantikan adalah paling kurang satu (1) bulan dan paling lama dua (2) bulan bagi setiap kali lantikan serta tidak boleh melebihi tiga (3) bulan dari tarikh lantikan. Sekiranya terdapat kekosongan dan peruntukan, calon boleh dilantik semula.

Kadar Elaun

Kadar elaun atau upah dikira secara harian mengikut kelayakan akademik atau kelulusan tertinggi dengan pembuktian melalui dokumen yang sah serta bersesuaian dengan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan. Berikut adalah kadar elaun berdasarkan kelayakan akademik:

  • SPM: RM54/hari
  • STPM/Diploma: RM72/hari
  • Ijazah: RM100/hari

Berikut adalah gambar iklan bagi permohonan jawatan Guru Ganti Pulau Pinang bagi tahun 2019:

Permohonan Guru Ganti online

Semoga perkongsian mengenai permohonan guru ganti sekolah rendah dan sekolah menengah ini dapat membantu memudahkan mereka yang berminat dan berkelayakan menjadi guru ganti untuk membuat permohonan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Masalah Pengangkutan Awam di Malaysia

Permohonan PTPTN (Pembiayaan Pendidikan)

Permohonan PTPTN Online (Pembiayaan Pendidikan)