Permohonan IKB MAIWP 2024 Online. Borang application atas talian beserta syarat kelayakan dan senarai kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP

Permohonan IKB MAIWP 2024 Online Dan Senarai Kursus

Panduan buat pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Permohonan IKB MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) sesi kemasukan 2024 akan dibuka secara online. Untuk makluman, Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam. Juga dikongsikan senarai Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP yang ditawarkan buat rujukan pelajar.

Syarat permohonan dan senarai kursus yang ditawarkan di IKB MAIWP boleh dirujuk di bawah ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2023.

Permohonan IKB MAIWP Kursus Institut Kemahiran Baitumal

Cara Mohon Kemasukan Ke IKB Institut Kemahiran Baitulmal

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan ke IKB MAIWP sesi 2023/2024. Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Syarat Kelayakan IKB Baitulmal

Syarat kelayakan permohonan yang lain adalah seperti berikut :-

1. Berumur 18 hingga 35 tahun

2. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis) kecuali Kursus Kejuruteraan Elektrik

3. Terbuka kepada lelaki dan wanita

4. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP

5. Sihat tubuh badan & Berminat

6. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

Kursus Yang Ditawarkan Di IKB

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKB :-

1. Kursus Kejuruteraan Elektrik (Sijil)

2. Kursus Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan (Sijil)

3. Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki (Sijil)

4. Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita (Sijil)

5. Kursus Teknologi Binaan Bangunan (Sijil)

6. Kursus Seni Reka Grafik Komputer (Sijil)

7. Teknologi Reka Bentuk Fesyen (Diploma)

Maklumat lengkap kursus yang ditawarkan dan penganugerahan yang dierima boleh dirujuk seperti berikut :-

IKB MAIWP telah ditubuhkan pada tahun 1991 bertujuan sebagai salah satu usaha untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya. IKB dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB).

Kursus Pengajian Yang Ditawarkan Di IKB MAIWP

Pemohon yang berkelayakan berpeluang untuk menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun dengan harapan mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. IKB ada menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Perincian Kursus Institut Kemahiran Baitumal MAIWP Peringkat Sijil Dan SKM

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan di IKB MAIWP beserta dengan penganugerahan selepas tamat pengajian.

1. KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan

2. SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa

3. SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa

4. Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)

5. Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB

2. KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan

2. SKM Tahap 2 & 3

3. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan

2. Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki

3. SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan

4. Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki

4. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita

2. Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan

3. SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita

4. SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita

5. KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan

6. KURSUS TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan

2. Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

7. KURSUS SENI GRAFIK KOMPUTER (SGK)

Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :

1. Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan

2. Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB

Tempoh Pengajian Di IKB MAIWP

Tempoh kursus adalah selama 2 tahun atau 4 semester. Kelas pengajian diadakah pada hari Isnin hingga Jumaat. Masa kelas adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ahad, Sabtu dan Cuti Umum adalah cuti.

Keistimewaan Untuk Bakal Pelatih

1. Yuran pengajian percuma

2. Penginapan serta makan dan minum disediakan

3. Bantuan elaun bulanan

4. Pakaian korporat dan teknikal disediakan

Permohonan IKB MAIWP Sesi Kemasukan 2024 Secara Online

Permohonan IKB hanya boleh dibuat secara online dengan mengkases applikasi permohonan

Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP ONLINE / Program Diploma

**Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temuduga

*Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Oktober 2023

Arahan Mengisi Borang Permohonan IKB Online

Sila pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul dan tepat

1. Data yang diisi hendaklah betul dan tepat

2. Ruangan yang bertanda ** adalah wajib diisi

3. Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses

4. Pemohon diminta untuk memasukkan email yang sah dan masih digunapakai kerana sebarang maklum balas adalah melalui email

5. Sila cetak borang permohonan setelah selesai mengisi borang permohonan

6. Bagi pemohon yang berjaya ke sesi temu duga, sila sediakan dokumen yang berkaitan

7. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini maklumat permohonan sekiranya ada kesilapan

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut berkiatan permohonan, sila hubungi pihak institut di ikbmaiwp91@gmail.com atau ditalian 03-92830385 / 0198 atau

Bangunan IKB Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR

Facebook IKB MAWIP

Selamat membuat Permohonan IKB MAIWP 2024 Online. Semoga permohonan anda untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran yang dipohon berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *