Permohonan ILJTM Sesi 1/2024 Online - ILP, ADTEC Dan JMTi. Maklumat terkini cara mohon Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia Sesi 1/2024.

Permohonan ILJTM 2024 Online – ILP, ADTEC Dan JMTi

Menyambung pengajian di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia atau ringkasnya ILJTM adalah salah satu pilihan buat pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Untuk makluman, permohonan ILJTM (permohonan ILP) untuk program sepenuh masa adalah dibuat dalam 2 sesi setiap tahun iaitu pada sesi Julai dan Januari.

Diantara ILJTM yang terlibat dalam permohonan/ intake adalah Institut Latihan Perindustrian (ILP), ADTEC dan JMTI. Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan ke ILJTM secara online. Tarikh permohonan sesi Januari akan dibuka sekitar hujung bulan September/ Oktober manakala sesi Julai pada bulan Februari hingga April.

Permohonan ILJTM Online - ILP, ADTEC Dan JMTi

Permohonan Ke ILP, ADTEC Dan JMTi 2024 Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).

  • Pengambilan ILJTM Terkini : Permohonan pelajar baru ke ILJTM Sesi 2/2024 akan dibuka bermula 4 Mac 2024 hingga 14 Mei 2024 pada sistem permohonan JTMOnline

Permohonan ILJTM Online

Pengambilan ke institusi latihan jabatan tenaga manusia iljtm untuk kursus sepenuh masa dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.

Permohonan ke ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :-

  1. Permohonan Sesi 2/2024: Melalui Laman Web JTM (www.jtm.gov.my/online). Untuk lepasan SPM dan lepasan SKM/ ST
  2. Bagi calon SPM 2022, anda dipohon untuk membuat permohonan melalui sistem UPU Online mulai 7 Februari 2023
  3. Sesi Julai melalui
    • UPUonline : Melalui UPU di pautan https://upu.mohe.gov.my/
    • UPUskills : https://online.moe.gov.my/upu/skills/
    • Calon CBBPDBKP Penjawat Awam

Tarikh Penting Permohonan Online ILJTM

Sesi 1/2024

Berikut dikongsikan tarikh penting permohonan ILJTM sesi 1 2024.

  • 25 Oktober 2023 : Sistem Sistem Permohonan dibuka
  • 24 November 2023 : Sistem Permohonan ditutup
  • 30 November – 4 Disember 2023 : Panggilan Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
  • 5 – 6 Disember 2023 : Sesi Temuduga (kursus bertanda # bagi Lepasan SPM & Lepasan SKM/ST)
  • 20 Disember 2023 : Hebahan Jaya Permohonan
  • 3 Januari 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
  • ?  : Tempoh Rayuan (terus ke ILJTM)
  • 29 Janauri 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 1 2024

PERINGATAN : Semua makluman mengenai temuduga dan result permohonan ILP, JMTI dan ADTEC perlu dicheck di laman web JTM sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Sesi 2/2024

Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi 2/ 2024 :-

  1. 4 Mac 2024 : Sistem Permohonan Online dibuka
  2. 14 Mei 2024 : Sistem Permohonan Online ditutup
  3. 15 Mei 2024 : Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
  4. 20 – 24 Mei 2024 : Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
  5. 26 Jun 2024 : Hebahan Result Permohonan & check surat tawaran di aplikasi ILJTM
  6. 5 Julai 2024 : Cetakan Surat Tawaran
  7. 5 Julai 2024 : Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
  8. ? : Tempoh Rayuan Kemasukan (Tertakluk kepada kekosongan tempat)
  9. 22 Julai 2024 : Pendaftaran Pelajar Baharu

*Peringatan: Segala makluman berkaitan temuduga dan result permohonan perlu dicheck di laman web jtm sahaja (www.jtm.gov.my/online). Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.

Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan

Pada masa kini terdapat 32 buah pusat latihan jabatan tenaga manusia iljtm iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK – nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek – subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.

JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.

Halatuju Pelajar Lepasan ILJTM

Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.

Kesemua kursus – kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus – kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.

ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.

Cara Hubungi

Maklumat lanjut, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengurusan Latihan
    Jabatan Tenaga Manusia
    Kementerian Sumber Manusia
    Aras 6, Blok D4, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya
  • Tel : 03-8886 5555 sambungan 5551, 5556, 2418, 6484
  • Fax 03-8889 2417
    emel : jtm@mohr.gov.my

Selamat membuat permohonan ke ILJTM ambilan tahun 2024 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ke Institusi Latihan JTM yang dihajati samada ILP, ADTEC ataupun JMTi.

Related : buah institut latihan perindustrian, buah institut teknikal jepun malaysia jmti,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *