Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2024 Online, Cara mohon ikbn julai & januari 2024 borang Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan.

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2024

Anda lepasan SPM dan berminat menyambung pengajian bidang kemahiran di Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS)? Berikut dikongsikan maklumat Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2024 Online sesi 1 yang memaparkan tarikh permohonan, syarat kemasukan dan cara membuat permohonan online kemasukan. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

Permohonan kemasukan ke ILKBS  sesi 1 2024 akan dibuka dari 30 Oktober 2023. Sebagai rujukan, sesi pengambilan Julai 2023 adalah melalui UPU online dari 15 Mei 2023 hingga 13 Jun 2023. Calon pelajar yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran dipelawa untuk memohon/ mendaftar.

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2019 Online

Permohonan Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2024 dan 2 2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan ILKBS sesi 1 2024 yang meliputi permohonan kemasukan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Individu Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS sesi 1 2024 melalui permohonan secara online.

Permohonan ILKBS 1 2024 Online Melalui Applikasi eKAMPUS

Berikut adalah maklumat permohonan ILKBS ambilan sesi 1 2024 :-

  1. Tarikh Buka : 30 Oktober 2023
  2. Tarikh Tutup : 30 November 2023
  3. Applikasi Permohonan online : Klik Sistem Permohonan eKampus
  4. Panduan ringkas permohonan : Klik Panduan eKAMPUS
  5. Senarai ILKBS (IKBN, IKTBN dan AKBG klik Lokasi ILKBS Seluruh Malaysia

Tarikh Penting Kemasukan Ke ILKBS Sesi 1 2024

Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2024 :-

  1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 30 Oktober hingga 30 November 2023
  2. Panggilan Temuduga : 14 hingga 21 November 2023 dan 1 hingga 12 Disember 2023 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja – Lepasan SKM/ ST/ DKM)
  3. Result kemasukan ke ILKBS sesi 1 2024 : 22 November 2023 dan 12 Disember 2023
  4. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS :  22 hingga 29 November 2023 dan 12 hingga 19 Disember 2023
  5. Permohonan rayuan : akan dikemaskini
  6. Keputusan rayuan : akan dikemaskini
  7. Pendaftaran pelajar baharu sesi 1 2024 : 5 Februari 2024

Kemasukan ILKBS Sesi 2 2023

Permohonan adalah melalui portal rasmi eKampus KBS di https://ekampus.kbs.gov.my/ bermula 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.

Berikut adalah tarikh penting ILKBS sesi 2 2023 :-

  1. Jualan unik ID UPU di BSN  : 24 Februari 2020
  2. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka : 15 Mei 2023
  3. Permohonan UPUskills untuk calon Sijil Lepasan SKM/ ST atau Diploma Kemahiran Malaysia untuk sambung tahap : ?
  4. Panggilan Temuduga : 14 – 20 Jun 2023 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja) :
    • di https://ekampus.kbs.gov.my/
  5. Result kemasukan ke ILKBS sesi Julai 2023 : 8 Julai 2023
  6. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 8 – 16 Julai 2023
  7. Pendaftaran pelajar baharu sesi 2 2023 : 14 Ogos 2023

Syarat Umum Permohonan IKBN

Berikut adalah diantara syarat umum permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  5. Belum berkahwin atau bujang
  6. Sihat tubuh badan

Syarat Lain Kemasukan ILKBS

  1. Pemohon tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
  2. Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
  3. Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon

Program Yang Ditawarkan Di ILKBS

Berikut adalah program pengajian yang ada ditawarkan di ILKBS :-

  1. Diploma MQA
  2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
  3. Persijilan JKKP
  4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILKBS, pemohon boleh menyemak Senarai Program, Tempoh Pengajian, Syarat lengkap dan Institut yang menawarkan kursus di

Cara Hubungi ILKBS

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.

Selamat membuat Permohonan ILKBS sesi 1 2024 dan 2 2023 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IKBN, ILTBN dan AKBG.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *