in

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Permohonan Akauntan Gred W41 Melalui Pendaftaran Borang SPA8i Online. Sedang mencari kerja kosong? Berita baik buat mereka yang sedang mencari kerja dan berminat serta berkelayakan untuk berkhidmat di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41 kini dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 27 Ogos 2017 jam 1159 malam,

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan Akauntan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Pendaftaran SPA8i). Panduan cara memohon dan membuat pendaftaran pekerjaan ada dikongsikan di bawah ini.

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Pendaftaran Online Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41 

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong SPA bulan Ogos 2017 yang menawarkan kekosongan jawatan di dua jabatan seperti berikut :-

1. Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Gred W41 (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta – JPPH)

Bidang Pengkhususan

  1. Pengurusan Hartanah (Estate Management)
  2. (Property Management) Pengurusan Harta Benda
  3. Pengurusan Harta Tanah
  4. Penilaian

2. Akauntan Gred WA41 (Jabatan Akauntan Negara Malaysia)

  • Kekososngan : 32

Bidang Pengkhususan : Perakaunan

Kelayakan Lain

  • Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
  • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan Akauntan Gred WA41

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

Nota Permohonan Pekerjaan

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  6. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 27 Ogos 2017 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan Ogos 2017. Iklan yang jelas boleh di rujuk di FB SPA.

permohonan jawatan kosong akauntan wa41

Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41

Tugas utama Akauntan adalah mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan.

Selamat membuat permohonan dan pendaftaran jawatan kosong Akauntan Gred WA41 secara online. Semoga permohonan anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Online

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Online

Permohonan Kemasukan UniKL 2017 Online

Permohonan Kemasukan UniKL 2019 Online