in

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Online

Permohonan Pegawai Penilaian Gred W41 Melalui Borang SPA8i Online. Berita baik buat pencari kerja yang berminat dan berkelayakan untuk berkhidmat di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Gred W41 kini dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 27 Ogos 2017 jam 1159 malam,

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan Pegawai Penilaian boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Pendaftaran SPA8i). Panduan cara memohon dikongsikan di bawah ini.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Online

Cara Memohon Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Gred W41 Online

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong SPA bulan Ogos 2017 yang menawarkan kekosongan jawatan di dua jabatan seperti berikut :-

1. Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Gred W41 (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta – JPPH)

  • Kekosongan : 51

Bidang Pengkhususan

  1. Pengurusan Hartanah (Estate Management)
  2. (Property Management) Pengurusan Harta Benda
  3. Pengurusan Harta Tanah
  4. Penilaian

2. Akauntan Gred WA41 (Jabatan Akauntan Negara Malaysia)

Bidang Pengkhususan : Perakaunan

Kelayakan Lain

  • Lulus peperiksaan akhir Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau
  • Lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Pegawai Penilaian Gred W41

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

Nota Permohonan Pekerjaan

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  6. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 27 Ogos 2017 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penilaian Gred W41

Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan Ogos 2017. Iklan yag jelas boleh di rujuk di FB SPA.

permohonan jawatan kosong pegawai penilaian

Deskripsi Tugas Pegawai Penilaian Gred W41

Berikut dikongsikan maklumat jawatan Pegawai Penilaian Gred W41 yang dipetik dari Portal SPA merangkumi kumpulan, kelayakan, tangga gaji dan senarai tugas.

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Deskripsi Tugas

Tugas utama ialah membuat ukur periksa, menyelidik dan menganalisis butir-butir mengenai harta tanah bagi tujuan menyediakan laporan penilaian. Di samping itu menyelia dan melatih kakitangan bawahan.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM2,094.00
  • Gaji Maksimum : RM9,585.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan  RM225.00

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • (c) Ijazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred W41 : RM2,508.29)

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penilaian Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • (a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c);
  • atau lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian I, Bahagian II dan Bahagian III anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;
  • atau berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Selamat membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Penilaian Gred W41 secara online. Semoga anda berjaya ditawarkan jawatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata

Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41