in

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Cara Membuat Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2018. Bagaimanakah cara buat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)? Berita baik buat wanita yang berkelayakan di Selangor. Melalui pembentangan Bajet 2018 negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif baru dalam  membantu golongan ibu dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Dengan KISS, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 2,400 setahun, atau RM 200 setiap bulan dan dikatakan lebih baik dari Bantuan BR1M.

Melalui Kad KISS, kira-kira 30,000 golongan ibu di Selangor akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung. Juga diberikan peralatan dan pakaian sekolah untuk anak-anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti.

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Pelaksanaan KISS merupakan sebahagian daripada Inisiatif Peduli Rakyat yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Selangor dengan implikasi kewangan sebanyak RM 72 juta. Golongan para ibu yang berpendapatan isu rumah di bawah RM2,000 sebulan layak memohon dan bakal menerima bantuan berjumlah RM200 sebulan atau bersamaan RM2,400 setahun.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, 1.7 peratus isi rumah di Selangor menerima pendapatan sebanyak RM1,999 ke bawah. Ianya membabitkan 108,800 isi rumah atau kira-kira 30,000 keluarga di Selangor.

Apa Itu KISS?

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu. Ianya adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program KISS adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas. Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor/ KISS 2018

Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memulakan Program Kasih Ibu SMART Selangor pada suku pertama tahun 2018.

  • Cara membuat permohonan/ cara daftar Kasih Ibu SMART Selangor (KISS) akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman rasmi dari Kerajaan Negeri

A. Borang KISS Online

Permohonan secara atas talian/ online KISS masih belum di buka lagi. Sila buat pendaftaran secara manual sehingga applikasi online diperkenalkan

B. Borang Manual : Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor

Pendaftaran melalui borang manual telah dibuka pada 13 Disember 2017. Borang pendaftaran KISS boleh di download atau di muat turun dari Laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di lokasi berikut :-

  1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
  2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
  3. Pusat Wanita Berdaya
  4. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri.

Syarat Kelayakan KISS

Diantara syarat asas kelayakan permohonan KISS adalah seperti berikut.

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun atau pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor 2018

Manfaat Kad KISS

​Berikut adalah manfaat yang diberikan :-

  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu : susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya​

Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih

Cara Hubungi

Untuk sebarang masalah/ pertanyaan /cadangan, sila hubungi :-

  • No Telefon : 03.5525.6600
  • No Faks: 03.5525.6900
  • Emel : admin@selcare.my
  • Borang Contact Us

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha membantu rakyat yang memerlukannnya. Usaha insiatif KISS ini selaras dengan kebergantungan institusi keluarga terhadap peranan ibu. Yang bukan sahaja mendidik dan membesarkan anak tetapi memikul tanggungjawab mengurus kewangan keluarga. Maklumat Permohonan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam

Jadual Gaji 2018 Kakitangan Awam Kerajaan

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Online