in

Permohonan Kemasukan UMK Februari 2019

Permohonan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ambilan Februari 2019. Perhatian buat pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang berminat serta berkelayakan dan telah menamatkan pengajian. Permohonan kemasukan UMK (Universiti Malaysia Kelantan) ambilan Februari 2019 kini dibuka. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang secara manual dan boleh dimuat turun pada link yang dikongsikan di bawah ini.

Permohonan UMK Februari adalah salah satu pengambilan kedua oleh Universiti Awam (UA) di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda. Di antara UA yang ada menawarkan second intake (semester 2) adalah UiTM, UTHM, UPSI, UUM, UM, Unimap dan UTM.

Permohonan Kemasukan UMK Februari 2019

Permohonan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ambilan Februari 2019

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan kemasukan UMK ambilan Februari 2019 untuk program Ijazah Sarjana Muda. Borang permohonan, syarat kemasukan dan program yang ditawarkan juga ada dikongsikan untuk panduan pemohon.

  • Tarikh Buka Permohonan : November 2018
  • Tarikh Tutup : 31 Disember 2018
  • Pendaftaran Pelajar : 17 Februari 2019
  • Syarat Am : Terbuka Kepada pelajar lepasan Diploma/ setaraf yang telah menamatkan pengajian

Borang Permohonan Kemasukan UMK Februari 2019

Pemohon dari kalangan lepasan Diploma/ setaraf perlu mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun/ di download di

Arahan Kepada Pemohon

Borang permohonan UMK yang telah lengkap di isi hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan dokumen seperti berikut:-

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
  3. Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa
  4. Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/ Setaraf Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan

Nota : Semua dokumen di atas hendaklah disahkan

Cara Menghantar Permohonan Kemasukan UMK

Sila cetak borang yang telah lengkap dan pos/ e-mail bersama-sama dengan salinan Kad Pengenalan Pemohon, Kad Pengenalan Ibu dan Bapa, Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa, Sijil dan Transkrip Diploma, Sijil Pelajaran Malaysia, Slip Keputusan MUET/ Setaraf dan Sijil-sijil Ko-Korikulum yang berkaitan yang telah disahkan kepada :-

  • Bahagian Pentadbiran Akademik
    Univerrsiti Malaysia Kelantan
    Kampus Bachok, Beg berkunci No. 01
    16300 Bachok Kelantan
  • Tel : 09-7797003 / 7010 / / 7027 / 7028
    Faks : 09-7797002
  • E-mail : akademik@umk.edu.my

Nota : Borang permohonan berserta dokumen yang lengkap mestilah sampai sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Disember 2018.

Program Pengajian UMK Yang Ditawarkan Pada Februari 2018

Sebelum membuat permohonan, pastikan pemohon telah terlebih dahulu mengenal pasti senarai program yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan am dan khas program pilihan yang telah ditetapkan.

Nota : *Sila pastikan pemilihan setiap program memenuhi keperluan Syarat Am dan Syarat Khas Kemasukan.

Diantara Program pengajian Ijazah Sarjana Muda yang ada ditawarkan pada ambilan kedua Februari 2019 adalah seperti berikut :-

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN (PROGRAM TEMUDUGA)**

  1. SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (PERUNCITAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. KEUSAHAWANAN (PERDAGANGAN) DENGAN KEPUJIAN
  4. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (LOGISTIK & PERNIAGAAN PENGEDARAN) DENGAN KEPUJIAN
  5. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN DENGAN KEPUJIAN**

FAKULTI HOSPITALITI, PELANCONGAN DAN KESEJAHTERAAN

  1. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (HOSPITALITI) DENGAN KEPUJIAN
  2. KEUSAHAWANAN (PELANCONGAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA KEUSAHAWANAN (KEUSAHAWANAN KESIHATAN) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

  1. SARJANA MUDA TEKNOLOGI KREATIF DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA PENGAJIAN WARISAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PERUBATAN VETERINAR (PROGRAM TEMUDUGA)

  1. DOKTOR PERUBATAN VETERINAR

FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS PETERNAKAN) DENGAN KEPUJIAN
  2. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
  3. SAINS GUNAAN (AGROTEKNOLOGI) DENGAN KEPUJIAN
  4. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (JAMINAN MAKANAN) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI SAINS BUMI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (GEOSAINS) DENGAN KEPUJIAN
  2. SAINS GUNAAN (SAINS KELESTARIAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (SAINS SUMBER ASLI) DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI BIOKEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI

  1. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BIOINDUSTRI) DENGAN KEPUJIAN
  2. SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI BAHAN) DENGAN KEPUJIAN
  3. SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (TEKNOLOGI SUMBER HUTAN) DENGAN KEPUJIAN

Diucapkan selamat membuat Permohonan kemasukan UMK ambilan Februari 2019. Semoga anda semua berjaya dalam permohonan dan seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Univeristi Malaysia Kelantan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda yang dipohon.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan UTM 2019 Online (Second Intake)

Permohonan UTM 2019 Online (Second Intake)

Ujian MUET on Demand (MoD)

Ujian MUET on Demand (MoD) Mulai April 2018