in

Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah

Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu hebahan memaklumkan yang Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah ambilan tahun 2018 kini dibuka. KPM mempelawa pelajar lepasan STAM yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah tahun 2018 memohon untuk mengikuti Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah (Isti’dadi) tahun 2018. Permohonan Isti’dadi hendaklah dibuat secara online.

Kursus Persediaan Pelajar ke Timur Tengah merupakan program pemantapan Bahasa Arab. Ianya dibangunkan sebagai persediaan pelajar lepasan STAM yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi di Timur Tengah serta menduduki Ujian Kelayakan Bahasa Arab (UKBA) tahun 2018.

Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah

Permohonan Isti’dadi Pengambilan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat pengambilan Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah ambilan tahun 2018 buat panduan pelajar lepasan STAM. Maklumat yang dikongsikan termasuk maklumat kursus, tarikh buka dan tutup permohonanm, syarat permohonan dan borang permohonan.

Tarikh Permohonan Isti’dadi 2018

Pelajar boleh membuat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah dengan mengisi borang permohonan secara online mengikut ketetapan tarikh berikut :-

  • 14 Disember : Tarikh Buka
  • 29 Disember 2017 – jam 12 tengahari : Tarikh Tutup

A. Syarat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Calon-calon yang ingin memohon kursus hendaklah :-

  1. Warganega MaIaysia yang berumur tidak melebihi 22 tahun pada 1 Januari 2018;
  2. Telah menduduki STAM pada tahun 2017 atau sebelumnya;
  3. Mendapat keputusan STAM/ Percubaan STAM sekurang-kurangnya pangkat Jayyid,
  4. Sihat tubuh badan; dan
  5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran MaIaysia (SPM) dengan mendapat lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adatah di peringkat KEPUJIAN dan selebihnya peringkat LULUS dalam satu peperiksaan,

B. Cara Membuat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah

Permohonan Isti’dadi hanya boleh dibuat secara dalam talian/ online dengan melayari laman sesawang di bawah bermula 14 Disember 2017 sehingga 29 Disember 2017 (jam 1200 tengahari).

Nota Penting : Calon yang didapati memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran kemasukan. Maklumat yang diberikan juga akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

C. Maklumat Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Kursus dilaksanakan selama 8 minggu bermula dari 17 Januari hingga 15 Mac 2018.

  1. Tempat Kursus: Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi & Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik Bandar Enstek, Nilai
  2. Bayaran bagi mengikuti kursus ini adalah sebanyak RM Empat ratus ringgit sahaja (RM400.00)
  3. Bayaran termasuk penginapan tetapi tidak tidak termasuk makan dan minum peserta sepanjang berkursus
  4. Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini akan diberikan sijil tahap penguasaan kemahiran berbahasa Arab, iaitu al-istima ‘ (mendengar), al-kalam (bertutur), al-gira’ah (membaca) dan al-kitabah (menulis).

D. Semakan Keputusan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah 2018

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel bermu!a atau pada 7 Januari 2018.

E. Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila hubungi alamat berikut :-

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

  • Aras Bawah & 2
    No 2251, Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan
    (u.p : Sektor Operasi Pendidikan Islam)
    No telefon : 03-8321 7319
    E-mel : fadzil.muslim@moe.gov.my

Institut Pendidikan Guru Malaysia, KPM

  • Aras 1-3, Blok 2250
    Jalan Usahawan 1
    63000 Cyberjaya
    Selangor Darul Ehsan
    (U.p : Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi)
    No telefon : 03-8312 6728
    E-mel : wahmadfaiz@ipgm.edu.my

Sumber : KPM

Selamat membuat Permohonan Kursus Persediaan Pelajar Ke Timur Tengah ambilan 2018 secara online. Tahniah kepada pelajar lepasan STAM yang berjaya dalam pengambilan Isti’dadi kali ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Semakan keputusan UPSI 2018-2019 online

Semakan Keputusan UPSI Online Ambilan Kedua 2018-2019

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor Online