Permohonan KV 2024 Kolej Vokasional Dan SMT Online, permohonan kolej vokasional dan permohonan sekolah menengah teknik 2024, https://sptv.moe.gov.my,

Permohonan KV 2024 Kolej Vokasional Dan SMT Online

Cara Permohonan Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan Mac tahun 2024. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran (mengikuti aliran) dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 yang sepatutnya menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tetapi dibatalkan. Berikut dikongsikan maklumat Permohonan KV Kolej Vokasional 2024 Dan SMT secara Online.

Murid yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan 2024 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh buka permohonan KV/ SMT pada tahun 2024 adalah dari 1 Ogos sehingga 17 September 2023.

  1. Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
  2. Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional
  3. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan Untuk Program Kemahiran bagi Murid Tingkatan 3 PAV ke Kolej Vokasional

permohonan kv dan smt kolej vokasional dan sekolah teknik

Permohonan Kemasukan KV Dan SMT Ambilan Mac 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan KV Kolej Vokasional 2024 Dan SMT secara Online:-

KPM akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan ke Sekolah terpilih seperti Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Satu sistem permohonan telah dibangunkan dan semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di pusat pentaksiran yang ditetapkan seluruh Malaysia.

Pentaksiran yang akan dijalankan merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%) dan Kecerdasan Intelektual (70%) secara dalam talian serta Artikulasi Penulisan (10%) secara bertulis. Maklumat lanjut berkaitan pentaksiran ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Penting Permohonan KV & SMT 2024

Tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik ambilan Mac 2024 adalah seperti berikut:

TARIKH BUKATARIKH TUTUPPERKARA
1 Ogos 202317 September 2023Permohonan Kemasukan Online
25 September 202313 Oktober 2023Semakan Pusat Pentaksiran 
2 Oktober 202313 Oktober 2023Pelaksanaan Pentaksiran
??Pemilihan & Sesi Temubual (bergantung kepada KV/SMT)
1 Mac 20241 Mac 2024Check Tawaran Kemasukan
18 Mac 202418 Mac 2024Sesi Pendaftaran Aliran Perdana
?Sesi Pendaftaran Aliran PAV
?Sesi Rayuan Aliran Perdana
?Sesi Rayuan Aliran PAV

Program KV & SMT Yang Ditawarkan

Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2023 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Mac 2024 seperti berikut :-

1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

  • Di Kolej Vokasional KPM

2. Aliran Teknikal

  • Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

3. Program Kemahiran/Apprenticeship Di Kolej Vokasional

di :-

  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  3. GIATMARA

Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2024 Secara Online (Pautan Borang)

Pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Aplikasi Permohonan KV Dan SMT 2024 :

Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2023 seperti berikut:-

A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  1. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
  2. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  3. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

B. Murid Lepasan PAV

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

C. Murid Yang Bersekolah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM

  • Klik Carta Alir Dan Borang Permohonan

Makluman Permohonan

Makluman berkaitan proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Jika calon gagal mengakses sistem, sila kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK.
  2. Kursus tertakluk kepada perubahan semasa.
  3. Permohonan secara atas talian hanya dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.

Nota Penting Permohonan Online

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon. Sila masukkan kesemua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online.

  1. Sila pastikan semua bertanda * diisi
  2. Rujuk Panduan bagi maklumat yang memerlukan rujukan untuk pengisian data
  3. Klik simpan dan pergi ke muka surat seterusnya.
  4. Sila buat “checking” dan klik kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini
    permohonan dapat dilakukan sehingga tarikh tutup permohonan.
  5. Cetak Permohonan untuk simpanan pemohon.
  6. Sila pastikan perisian Adobe Reader dipasang untuk mencetak borang permohonan online.

Kelayakan Mohon KV Dan SMT 2024

Berikut adalah kelayakan umum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2024 sebagai rujukan :-

  1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada tahun 2023
  3. Murid mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan SK KPM
  4. Murid telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2023 yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  5. Calon sihat tubuh badan
  6. Mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  7. Mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
  8. Calon berminat dengan program dipohon

Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT

Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan. Pelajar boleh menghubungi BPTV di

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(No telefon : Hubungi 03-80008000 atau u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-8000 8000, 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Check Tawaran Ke KV Dan SMT 2024

Menerusi FAQ permohonan, Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat https://spskt4.moe.gov.my/spat4_mohon/index.cfm seperti tarikh penting berikut :-

  • 2024 : 1 Mac 2024
  • 2023 : 17 Mac 2023
  • 2022 : 15 Mac 2022
  • 2021 : 23 Mac 2021
  • 2020 : 20 Januari sehingga 27 Januari 2020
  • 2019 : 18 Januari 2019 sehingga 22 Januari 2019

Panduan tarikh penting dan maklumat tawaran KV klik Status application KV / SMT 2024.

Calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan pada tarikh yang ditetapkan. Pada tahun 2021, rayuan boleh dibuat mulai 29 Januari hingga 28 Februari 2020 (Aliran Perdana) dan 12 Februari hingga 28 Februari 2020 (Aliran PAV).

Walk-in / rayuan kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan requirement yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid. Untuk makluman, Asrama ada disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama di setiap institusi.

Selamat membuat Permohonan KV Kolej Vokasional 2024 Dan SMT Online. Semoga permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *