Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 Online, Cara mohon program KKM bertaraf diploma dan sijil sesi januari dan julai.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 Online

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil Tahun 2024. Sedang mencari kerja kerajaan? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk mecari jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Menerusi makluman Portal Rasmi SPA, berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan Julai 2024 Online di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebanyak 2,910 kekosongan jawatan untuk Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil ada diiklankan sehingga 8 Januari 2024 (Isnin).

Apa itu separa perubatan? Latihan Separa Perubatan merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelajar lepasan SPM yang berusia daripada 17 tahun hingga 25 tahun. Terdapat sebanyak 11 latihan ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil bagi tahun 2024.

  • Pengambilan separa perubatan dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai. Senarai Kolej Di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia klik Kolej KKM

Permohonan Latihan Separa Perubatan

Cara Mohon Latihan Separa Perubatan 2024 KKM Online

Berikut dikongsikan maklumat permohonan latihan KKM tahun 2024. Tempoh pengajian Kursus Separa Perubatan adalah selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil pula mengambil masa selama 2 tahun sahaja.

Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan yang kondusif di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

A. Permohonan Latihan Separa Perubatan Tahun 2024 Secara Online

Kepada lepasan SPM yang berminat, berikut dikongikan cara membuat permohonan bertaraf Diploma dan Sijil Januari dan Julai 2024. Maklumat yang dikongsikan termasuk senarai program, link aplikasi permohonan dan syarat kelayakan.

  • Cara memohon latihan separa perubatan adalah melalui Portal Rasmi SPA. Berikut adalah cara mudah dalam membuat permohonan Latihan bertaraf Diploma dan Sijil di KKM secara online.

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA9. Panduan permohonan klik Permohonan SPA9 (SPA8i). Link URL permohonan adalah seperti berikut :-

  1. Sistem Permohonan SPA9

Semakan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan boleh disemak di putan berikut :-

i) Nota Penting Permohonan Program Latihan Separa Perubatan SPA

  1. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  2. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun
  4. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
  5. Calon-calon yang telah mendaftarakan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada 8 Januari 2024 (Isnin) jam 1159 malam.

B. Senarai Program Latihan Separa Perubatan 2024

Berikut adalah senarai jawatan program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil untuk tahun 2024.

i) Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Program jawatan yang ditawarkan dalam Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma adalah seperti berikut:-

  1. Jururawat
  2. Jururawat (PSL)
  3. Penolong Pegawai Perubatan
  4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  5. Juru X-ray (Diagnostik)
  6. Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  7. Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan
  9. Penolong Pegawai Famasi
  10. Juruterapi Pergigian
  11. Juruteknologi Pergigian

Untuk program bertaraf sijil pula adalah:

  1. Pembantu Kesihatan Awam
  2. Pembantu Pembedahan Pergigian

ii) Syarat Kelayakan Permohonan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

iii) Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Program yang ditawarkan untuk peringkat Sijil sebanyak 250 kekosongan adalah :-

  1. Pembantu Kesihatan Awam
  2. Pembantu Pembedahan Pergigian

iv) Syarat Kelayakan Bertaraf Sijil

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

C. Iklan Permohonan Latihan Separa Perubatan KKM 2024

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan permohonan tahun 2024 di bawah ini :-

Januari 2024

iklan-latihan-separa-perubatan-spa-januari-2024

Julai 2024

Iklan-latihan-separa-perubatan-spa-julai-2024

Maklumat Lanjut

Sila layari laman di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini permohonan.

Selamat membuat Permohonan Latihan Separa Perubatan 2024 bertaraf Diploma dan Sijil secara Online. Moga permohonan anda untuk menyertai Sektor Perkhidmatan Awam berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *