Permohonan Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024 Online. Borang Maahad Tahfiz Pahang kemasukan ke Tingkatan 1 ambilan tahun 2024.

Permohonan Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024

Bilakah tarikh bagi permohonan Maahad Tahfiz Negeri Pahang akan dibuka? Peluang baik buat pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka di peringkat menengah di Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk ambilan 2024. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) adalah sebuah insititusi pengajian swasta milik sepenuhnya oleh Yayasan Pahang. Tahfiz Pahang Sdn Bhd. merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Pahang yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mentadbir MTNP sepenuhnya.

Permohonan Maahad Tahfiz Negeri Pahang online

Permohonan Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2024 Secara Online

Pelajar yang berminat untuk membuat permohonan bagi kemasukan ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang untuk ambilan ke 2024 boleh merujuk maklumat yang dikongsikan di bawah:

Tarikh Permohonan

Berikut adalah tarikh permohonan bagi sesi ambilan 2024:

  • Tarikh Buka : 3 Oktober 2023
  • Tarikh Tutup : 24 Oktober 2023

Ambilan 2023

  • Tarikh Buka : 1 November 2022
  • Tarikh Tutup : 20 November 2022

Cara Memohon Kemasukan ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Pelajar atau ibu bapa yang berminat untuk anak mereka memasuki MTNP boleh memohon dengan melayari portal aplikasi permohonan MTNP seperti pautan yang disediakan di bawah :

Syarat Kelayakan Kemasukan ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang 

Berikut dinyatakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan kemasukan ke MTNP untuk panduan dan rujukan ibu bapa serta pelajar sebelum membuat permohonan.

A. Program Tajaan Penuh Yayasan Pahang

  1. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang
  2. Tidak melebihi usia 13 tahun ketika permohonan dilakukan iaitu lahir [ada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
  3. Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun Enam yang terkini bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  4. Mampu membaca al-Quran dengan baik dan mempunyai minat untuk menghafal al-Quran
  5. Mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak gagal dalam sesi temuduga
  8. Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
  9. Mempunyai kecenderungan minat dalam bidang Sains dan Teknologi
  10. Tiada yuran bulanan dikenakan

B. Program Tajaan Yayasan Pahang Bersyarat

  1. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Pahang
  2. Tidak melebihi usia 13 tahun ketika permohonan dilakukan iaitu lahir [ada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
  3. Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun Enam yang terkini bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  4. Mampu membaca al-Quran dengan baik dan mempunyai minat untuk menghafal al-Quran
  5. Mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak gagal dalam sesi temuduga
  8. Yuran dikenakan untuk pendapatan isi rumah RM8,001 hingga RM20,000
  9. Yuran bulanan sebanyak RM400 dikenakan
  10. Sekiranya pendapatan isi rumah RM20,001 ke atas, Sila rujuk PROGRAM PEMBIAYAAAN SENDIRI

C. Program Pembiayaan Sendiri

  1. Warganegara Malaysia layak untuk memohon
  2. Tidak melebihi usia 13 tahun ketika permohonan dilakukan iaitu lahir [ada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
  3. Mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun Enam yang terkini bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
  4. Mampu membaca al-Quran dengan baik dan mempunyai minat untuk menghafal al-Quran
  5. Mempunyai personaliti dan sahsiah yang baik
  6. Sihat tubuh badan
  7. Tidak gagal dalam sesi temuduga
  8. Yuran bulanan sebanyak RM1,650 dikenakan untuk pendapatan isi rumah RM20,001 atau lebih

*Nota : Buat yang bukan anak negeri Pahang, yuran bulanan RM2,150 akan dikenakan tanpa mengira pendapatan isi rumah

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi maklumat berikut:

  • Telefon: +609 – 534 3333
  • Faks: +609-5343000
  • Emel: infoadmin@tahfizpahang.edu.my
  • Alamat: Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kampus Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
  • Facebook MTNP

Selamat membuat Permohonan ambilan tahun 2024. Moga permohonan anda berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *