in

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Bilakah tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 4 ambilan 2019 secara Online dibuka dan ditutup? Panduan buat pelajar PT3 tahun 2018. Menerusi makluman Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2019, Maktab Rendah Sains MARA akan di buka bermula dari 9 September sehingga 15 Disember 2018 30 November 2018 iaitu tarikh lanjutan menerusi pengumuman Portal Rasmi MARA. 4 Disember 2018 pula adalah tarikh tutup baharu untuk permohonan Tingkatan 1.

Untuk makluman, Tarikh peperiksaan PT3 2018 akan diadakan dari 1 hingga 4 Oktober 2018. Oleh itu, pelajar mempunyai masa yang cukup untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup. MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019

Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

MARA mempelawa pelajar TlNGKATAN TIGA 2018 yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2019. Keutamaan adalah diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.  Berikut dikongsikan maklumat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2019 secara online.

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MRSM 2019

TARIKH BUKA
PERMOHONAN DI TUTUP
 9 SEPTEMBER 2018
 15 DISEMBER 2018
*Nota : Tarikh Permohonan dilanjutkan selepas ditutup pada 30 November 2018 yang lalu

Syarat Kelayakan Memohon MRSM Tingkatan 4

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan umum dan akademik seperti di bawah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)
  4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online
  5. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  6. Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  7. Calon mestilah berminat belajar di MRSM
  8. Memperolehi keputusan akademik yang cemerlang. Tahun sebelumnya adalah :-
    • Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2018 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).
    • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
  9. Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

Program Yang Ditawarkan (Aliran) Di MRSM Tingkatan 4

Terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ada dilaksanakan di MRSM iaitu:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA. Senarai MRSM yang menawarkan program ini adalah seperti berikut :-

MRSM yang menawarkan program ini pada peringkat Tingkatan 4 adalah:-

  1. Arau, Perlis
  2. Beseri, Perlis
  3. Merbok, Kedah
  4. Pendang, Kedah
  5. Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang
  6. Felda, Trolak Perak
  7. Lenggong, Perak
  8. Gerik, Perak
  9. Pengkalan Hulu, Perak
  10. Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
  11. Jeli, Kelantan
  12. Kuala Krai, Kelantan
  13. Pasir Tumboh, Kelantan
  14. Kuala Berang, Terengganu
  15. Kuala Terengganu, Terengganu
  16. Muadzam Shah, Pahang
  17. Tun Chazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
  18. Mersing, Johor
  19. Muar, Johor
  20. Kota Kinabalu, Sabah
  21. Mukah, Sarawak
  22. Betong, Sarawak
  23. Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  24. Semporna, Sabah
  25. Sungai Besar, Selangor
  26. Besut, Terengganu
  27. PDRM Kulim, Kedah
  28. Terendak, Melaka

ii. MRSM Program Khas Pendidikan (MRSM PKP)

Program yang memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). Ciri-ciri bestari ini dipamerkan melalui interaksi tiga dimensi perlakuan iaitu berkebolehan tinggi (above average) dalam bidang am atau spesifik (termasuk bidang akademik), komitmen dan kreativiti yang tinggi untuk meyempurnakan sesuatu tugasan yang bermakna kepada masyarakat.

Program PKP ada ditawarkan di MRSM berikut :-

  1. Tun Ghafar Baba, Melaka
  2. Pengakalan Chepa, Kelantan
  3. Taiping, Perak

iii. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan

SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Pelajar yang memilih program ini perlu memahami beberapa perkara iaitu

  1. Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5
  2. Pelajar wajib menghabiskan Program Sains Keusahawanan bermula daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
  3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Sains Keusahawanan

Program SPMRSM Sains Keusahawanan ada ditawarkan di Imtiaz YT Ketengah, Terengganu.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Secara Online

A. CARA MEMOHON KATA LALUAN DAN MENGISI BORANG ONLINE

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) mela|ui laman web seperti berikut: Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online me|a|ui laman web yang sama :

Nota Pengisian Borang MRSM Form 4

  1. Permohonan kata laluan adalah percuma.
  2. Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  3. Pilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.
  4. Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

B. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Pemohon perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai ^ Akan dikemaskini (19 September hingga 31 Oktober 2017).

C. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM 2019

Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM jangkaan pada bulan Februari 2019. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga bulan April 2019, permohonan dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan PelajarMRSM adalah muktamad.

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini:-

Rayuan MRSM 2019

Keputusan permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 boleh disemak pada ^ Akan dikemaskini (22 Januari 2018). Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat semakan terkini di Laman Web Rasmi MARA.

Rayuan bagi pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan MRSM boleh dibuat secara online bermula pada tarikh keputusan diumumkan. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online

  • Applikasi rayuan sama dengan applikasi semakan keputusan
  • Untuk permohonan rayuan MRSM, jika tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan keputusan, pemohon boleh mencuba menulis surat rasmi permohonan rayuan secara bertulis kepada pihak MARA seperti maklumat panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar.
  • Contoh surat rayuan kemasukan MRSM boleh dirujuk di Surat Rayuan MRSM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila hubungi :-

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-26132000 sambungan 39070, 34494, 34517, 35073, 34578

Selamat membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online. Semoga permohonan anda berjaya seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019.

11 Comments

Leave a Reply
  1. cam mana kalau kita tak buat test lagi, tapi dah send permohonan, bagai mana caranya nak bukak balik dan nak buat test tersebut,
    sekian terima kasih

  2. Assalam….saya ada buat ujian OLSA lepas isi untuk permohonan ke MRSM ….tetapi semasa saya buat ujian tersebut….saya tak sempat jawab semua sebab internet perlahan….jadi boleh ke saya buat balik ujian OLSA tu balik?

  3. Saya ada tempah masa untuk buat ujian OLSA tapi tak dapat masuk pada masa yang ditempah. Sudah 3 kali saya buat tempahan masa. Bagaimana kalau tidak menjawab soalan tersebut, adakah permohonan ini tidak dikira atau ditolak?

  4. Telah mengisi borang secara online tp x sempat nak hantar. Blh lg ke mendapat peluang untuk menghantar semula atau ada lanjutan masa sekiranya diberi peluang. T.kasih.

  5. Lepas dpt result pt3..masih bole memohon ke?? Sbb sy dh terlepas dgn tarikh permohonan dibuka?? Harap pihak mrsm mempertimbangkan untuk membuka permohonan buat sekali lagi..

  6. duduk sbp tapi nak mohon jugak walau tahu takkan dapat. mana tahu ada yang tercelah ke mohon miracle things happen. korang yang cemerlang tu mohon laa sbp & mrsm yer sbb mmg byk peluang for your further study. good luck !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tema Maal Hijrah 2017/ 1439H Dan Tarikh

Tema Maal Hijrah 2018/ 1440H Dan Tarikh Sambutan

Senarai Program MRSM Jenis Aliran yang ditawarkan

Senarai Program MRSM Jenis Aliran