in

Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Iklan Dan Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 Tahun 2018 Online. Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 adalah jawatan yang popular di kalangan pencari kerja yang berkelulusan atau kelayakan SPM/ SKM/ SVM. Menerusi makluman dari Portal Rasmi dan FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut dikongsikan panduan Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 secara online buat panduan pemohon. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018.

Untuk pemohon yang berminat dan berkelayakan, pelaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i secara online di Portal SPA. Kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah sebanyak 415 kekosongan.

Permohonan Pegawai Imigresen gred kp19 online

Iklan Jawatan Kosong Jawatan Imigresen Malaysia 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan iklan jawatan kosong SPA untuk bulan Mac 2018 beserta panduan untuk membuat permohonan. Kekosongan jawatan terkini di SPA adalah di Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:-

  1. Pegawai Imigresen Gred KP19, Jabatan Imigresen Malaysia : 415 kekosongan
  2. Deskripsi Tugas (skop kerja), Syarat Lantikan dan Jadual Gaji : Pegawai Imigresen Gred KP19

Borang Permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19 Online

Cara membuat permohonan jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia adalah melalui Portal Rasmi SPA. Berikut adalah cara mudah dalam membuat permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19 secara online.

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i (Panduan permohonan boleh dirujuk di Permohonan SPA8i)

Pautan URL adalah seperti berikut :-

  1. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  2. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Nota Penting Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen KP19 Secara Online

  1. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  2. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun
  4. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
  5. Calon-calon yang telah mendaftarakan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun dari tarikh mendaftar

Tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada 25 Mac 2018 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia : Pegawai Imigresen Gred KP19

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Pegawai Imigresen Gred KP19, sila rujuk kepada iklan permohonan di bawah ini :-

iklan jawatan kosong pegawai imigresen gred kp 19 spa

Sumber SPA

Maklumat Lanjut

Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut adalah dipelawa untuk memphon :-

  1. Mempunyai keterampilan yang baik
  2. Punyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Mempunyai bakat kepimpinan dan ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  4. Mempunyai kelayakan/ profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Untuk makluman, semakan keputusan peperiksaan dan panggilan/ keputusan temuduga boleh di semak secara online di Semakan SPA Online

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP19 tahun 2018 secara online dengan mendaftar pekerjaan di Portal SPA. Semoga permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong di Jabatan Imigresen Malaysia berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Semakan BR1M 2018 Keputusan Permohonan Dan Rayuan

Semakan BR1M 2018 Status Permohonan Dan Rayuan

Jadual Peperiksaan PT3 2019 Pentaksiran Tingkatan 3