Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 SPA Online : Permohonan & Tugas, Cara mohon jawatan kosong ptd gred m41 meliputi skop kerja & syarat.

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 : Permohonan & Tugas

Permohonan Jawatan Kosong PTD M41 Online. Berita baik buat pencari kerja di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 (PTD) kini dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 7 Jun 2021 (Isnin) jam 1159 malam, Juga dikongsikan tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41.

Pemohon yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan ini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA (Pendaftaran SPA9). Panduan cara memohon dan membuat pendaftaran pekerjaan ada dikongsikan di bawah ini.

Permohonan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 spa

Pendaftaran Online Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong SPA bulan Jun 2021 yang menawarkan kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam seperti berikut. Diantara kekosongan jawatan di bulan yang sama adalah Pengajar Gred U41 dan Pembantu Tadbir N19.

  • Kekosongan : 400
  • 50 simpanan

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan PTD Gred M41

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

  • Sila daftar permohonan pekerjaaan anda di : SPA9

Nota Permohonan Pekerjaan

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  6. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 7 Jun 2021 (Isnin) jam 1159 malam

Iklan Permohonan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan Jun 2021. Iklan yang jelas boleh di rujuk di FB SPA.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 & Syarat Lantikan/ Skala Gaji

Berikut dikongsikan syarat bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik yang telah ditetapkan dalam syarat skim perkhidmatan. Ianya masih kekal seperti sebelumnya iaitu :-

Syarat Lantikan PTD

  • a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia
  • b) Mencapai umur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c) Kelayakan
    • i) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM2,422.00); atau
    • ii) Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM 2,733.14); atau
    • iii) Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji awal bermula pada Gred M41 iaitu RM 3,044.48); dan
  • d) Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
  • e) Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Berikut adalah tanggungjawab dan skop kerja PTD Gred M41:-

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Kenyataan Rasmi SPA

Berikut adalah kenyataan rasmi SPA yang memaklumkan akan syarat pelantkan PTD yang MASIH KEKAL dan bukan hanya untuk calon yang mempunyai Ijazah Pertama sahaja.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Skala Gaji PTD

Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan seorang PTD Gred M41 adalah seperti berikut :-

  • Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
  • Kementerian/ Jabatan : Jabatan Perkhidmatan Awam
    • Gaji Minimum : RM 2,422.00
    • Gaji Maksimum : RM 9,631.00
    • Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 225.00

Selamat membuat permohonan dan pendaftaran jawatan kosong Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 secara online. Semoga permohonan anda berjaya diterima dengan jayanya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *