Permohonan Pembaharuan Pasport Online, Cara Memperbaharui Pasport Secara Online, MyOnline Pasport, renew passport malaysia online, myimms, status pasport,

Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew Passport

Cara Memperbaharui Pasport Secara Online Menggunakan “MyOnline Pasport”. Panduan buat mereka yang bercadang untuk memperbaharui Passport Malaysia.  Pengguna kini mempunyai pilihan dalam membuat pembaharuan passport dengan menggunakan perkhidmatan atas talian atau online dikenali sebagai MyOnline Pasport atau MyIMMs-eServices.  Oleh itu bagaimanakah cara untuk membuat Permohonan Pembaharuan Pasport secara Online?

Perkhidmatan ‘MyOnline Pasport’ telah diperkenalkan pada 1 September 2016. Sistem online ini memberikan kemudahan buat orang ramai dalam memperbaharui pasport mereka secara online atau dalam talian. Ianya dapat mengurangkan kesesakan di kaunter Imigresen (jabatan imigresen) dan sekaligus menjimatkan masa pengguna yang kini mempunyai pilihan yang lebih canggih dan mudah,

Permohonan Pasport Malaysia Online & Cara Renew Passport

Permohonan pembaharuan pasport kini lebih mudah dan boleh dibuat secara online. Pemohon perlu mengisi butiran permohonan dan seterusnya membuat pembayaran (kad kredit atau debit terus – FPX) secara dalam talian sebelum mengambil pasport mereka di Kaunter Imigresen yang dibenarkan.

Untuk makluman, permohonan untuk pembaharuan pasport secara online boleh dilakukan dari mana-mana sahaja. Ianya termasuk melalui telefon bimbit, tidak kira masa atau hari.

Permohonan Pembaharuan Pasport Secara Atas Talian/ Online

Berikut adalah cara-cara memohon pembaharuan pasport secara online menggunakan ‘MyOnline Pasport’ :

  1. Layari MyOnline Pasport (https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?passportPMA)
  2. Baca Terma dan Syarat Permohonan
  3. Sila Klik SETUJU jika bersetuju dengan terma dan syarat
  4. Isikan Jenis Permohonan serta maklumat lain yang diperlukan
  5. Isikan Passport No, No KP, Jenis Pasport, Kategori KP dan pilih pejabat pungutan
  6. Pemohon mesti memuatnaik gambar/ foto bersaiz pasport yang terbaru
  7. Seterusnya pemohon perlu menekan kotak persetujuan pada pengakuan-pengakuan yang ditulis
  8. Klik pada butang Teruskan Kepada Bayaran untuk membuat pembayaran menggunakan FPX, kad kredit atau kad debit.
  9. Simpan resit bayaran dan transaksi yang dibuat sebagai bukti. Pejabat pungutan, tarikh dan masa kutipan akan dipaparkan dalam resit pembayaran

NOTA : Satu notifikasi melalui emel akan diterima oleh pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja. Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang notifikasi selepas tempoh tersebut, pemohon boleh hadir ke pejabat pungutan yang dipilih

Semasa membuat pungutan pasport yang telah siap, sila bawa bersama resit, kada pengenalan dan pasport asal. Bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, pastikan bawa kad pengenalan penjaga dan surat beranak. Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kategori Permohonan Secara Walk In

Untuk makluman, hanya permohonan pembaharuan pasport sahaj yang boleh dibuat secara online, permohonan-permohonan lain seperti di bawah perlu berurusan secara Walk In di pejabat Imigresen Malaysia :

  • Permohonan kali pertama
  • Permohonan pelanjutan kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah
  • Pasport hilang atau rosak
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • OKU
  • Pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah menyambung pelajaran peringkat Ijazah di luar negara
  • Jemaah Haji

Fi Pembaharuan Pasport Malaysia

Kadar yang dikenakan untuk pembaharuan pasport adalah seperti berikut :-

  • RM200 untuk Permohonan Biasa 13 – 59 tahun dan
  • RM100 untuk Warga Emas (60 tahun ke atas)
  • RM100 untuk kanak-kanak (12 tahun ke bawah)
  • RM100 untuk pelajar mengikuti program ijazah di luar negara (21 tahun dan ke bawah)
  • RM100 untuk jemaah haji yang mendapat surat penegsahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik

Maklumat Lanjut MyOnline Pasport

Diantara maklumat penting berkaitan Applikasi Permohonan MyOnline Pasport adalah seperti berikut :-

  1. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
  2. Waktu serahan pasport – Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
  3. Pemohon yang mempunyai masalah cap jari boleh meneruskan pembayaran dan hadir terus ke pejabat pemungut yang dipilih bagi pengambilan cap jari
  4. Pasport yang tidak dituntut selepas tiga bulan daripada tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.
  5. Pemohon juga boleh membuat pertanyaan status permohonan melalui MyIMMs

Semakan Status Permohonan Pembaharuan Passport

Pemohon boleh membuat pertanyaan status permohonan dengan mengkases PERTANYAAN STATUS PERMOHONAN.

Semoga kewujudan MyOnline Passport dapat memudahkan pengguna dalam membuat Permohonan Pembaharuan Pasport secara online. Kini semuanya lebih mudah dan pantas dengan adanya perkhidmatan Kerajaan atas talian.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *