in

Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 SPA

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 SPA. Berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam? Berita baik buat anda yang sedang mencari kerja di Sektor Perkhidmatan Awam. Menerusi makluman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 di Jabatan Pendaftaran Negara kini dibuka sehingga tarikh tutup permohonan pada 24 September 2017 jam 1159 malam,

Pemohon yang berkelayakan SPM/ SKM/ SVM yang berminat dan berkelayakan dengan Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM) boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi SPA iaitu melauli pendaftaran secara online melalui SPA8i. Panduan mendaftar sila klik (Pendaftaran SPA8i).

Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Pendaftaran Online Jawatan Kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Berikut dikongsikan maklumat jawatan kosong SPA bulan September 2017 yang menawarkan kekosongan jawatan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia seperti berikut. Sebanyak 23 kekosongan jawatan ada ditawarkan.

1. Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19 (Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia – JPNM)

  • Kekosongan : 23

Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan Jawatan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan diterima melalui online sahaja.

Nota Permohonan Pekerjaan

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan.
  2. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun.
  3. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga.
  4. Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawataan-jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
  5. Namun demikian, sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
  6. Tarikh tutup untuk permohonan baru adalah sebelum atau pada 24 September 2017 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Berikut adalah iklan permohonan jawatan kosong di SPA untuk bulan September 2017. Iklan yang jelas boleh di rujuk di FB SPA.

Permohonan Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Deskripsi Tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19

Berikut dikongsikan deskripsi tugas Pembantu Pendaftaran Gred KP19 yang memaparkan syarat lantikan, jadual gaji dan tugas. Tugas utama adalah :-

Memproses permohonan-permohonan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, Sijil Kewarganegaraan, Sijil Perkahwinan dan Penceraian dan Sijil Pindaan Butiran dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kementerian/Jabatan : Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,355.00
  • Gaji Maksimum : RM4007.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan Pembantu Pendaftaran

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • (a) warganegara Malaysia;
  • (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)  Akademik

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  3. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Selamat membuat permohonan dan pendaftaran jawatan kosong Pembantu Pendaftaran Gred KP19 di JPNM secara online. Semoga permohonan anda berjaya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat Johor

Senarai Kursus ADTEC Batu Pahat Johor

Senarai Kursus GIATMARA Kuala Lumpur

Senarai Kursus GIATMARA Kuala Lumpur