Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online secara atas talian, Cara Mohon Pembantu Rumah warga Asing SMO melalui sistem maid

Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online

Satu lagi sistem permohonan atas talian/ online diperkenalkan kepada rakyat Malaysia susulan pengumuman Bajet 2018. Mulai 1 Januari 2018, Sistem Maid Online (SMO) oleh Jabatan Imigresen Malaysia akan mempercepatkan proses pengambilan pembantu rumah asing (PRA) kepada hanya 10 hari berbanding tempoh lama sebelum ini selain ianya tepat dan jimat. Permohonan Pembantu Rumah Asing MAID Online boleh dibuat secara terus secara online oleh majikan di Laman Sesawang Sistem MAID online.

Untuk makluman, majikan boleh mengemukan permohanan Pembantu Rumah Asing daripada sembilan buah negara sumber seperti yang telah ditetapkan iaitu warganegara Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, India, Laos, Nepal, Vietnam dan Kemboja.

Permohonan Pembantu Rumah Asing maid online

Permohonan Pembantu Rumah Asing Melalui Sistem MAID Online (SMO)

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Permohonan melalui MAID online bermula dari 1 Januari 2018. Maklumat memaparkan prosedur dan link applikasi permohonan, syarat kelayakan PRA, syarat kelayakan majikan dan soalan lazim (FAQ).

A. Prosedur Pengambilan PRA Online

Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan melalui SMO

Langkah 1 hingga 3 dilakukan oleh majikan

  1. Pendaftaran dalam talian bagi majikan (Daftar masuk). Aplikasi Permohonan Online di MAID ONLINE
  2. Login masuk, daftar majikan dan maklumat PRA
  3. Muat naik keputusan FOMEMA

Langkah 4 hingga 9 oleh Jabatan Imigresen

  • 4. Muat naik dokumen dan hantar permohonan
  • 5. Semakan dokumen
  • 6. Kelulusan
  • 7. Notifikasi keputusan
  • 8. Bayaran secara dalam talian
  • 9. Cetakan PLKS

Nota Penting : Sebaik sahaja permohonan penggajian PRA lulus dan majikan sudah membuat pembayaran, majikan perlu hadir ke Jabatan Imigresen bersama PRA mereka bagi pengambilan data biometrik. Pihak Imigresen seterusnya akan mengeluarkan PLKS dan i-Kad (kad identiti pekerja asing mengikut sektor) kepada PRA.

permohonan pembantu rumah asing melalui sistem maid online

B. Tempoh Masa Permohonan PRA Online

Prosedur permohonan oleh majikan termasuk keputusan saringan kesihatan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) dijangka mengambil masa tiga hingga lima hari manakala proses oleh Jabatan Imigresen mengambil masa maksimum lima hari.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada syarat kelayakan permohonan di bawah ini.

C. Syarat Kelayakan PRA

  1. Bakal PRA mestilah perempuan yang berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi umur 45 tahun semasa permohonan.
  2. Bakal PRA mesti diambil daripada sembilan negara sumber yang dibenarkan seperti berikut:
    • a) Indonesia
    • b) Filipina
    • c) Sri Lanka
    • d) Thailand
    • e) India
    • f) Laos
    • g) Nepal
    • h) Vietnam
    • i) Kemboja
  3. Bakal PRA hendaklah bebas daripada senarai syak dan senarai hitam Jabatan Imigresen.
  4. Bakal PRA tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang aktif dengan majikan lain.

Majikan juga boleh memohon menggaji pembantu rumah asing yang sudah tinggal lebih masa di negara ini iaitu bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis 2017 atas Pas Lawatan Sosial.

D. Syarat Kelayakan Majikan

  • 1. Majikan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia sahaja.
  • 2. Majikan mestilah terdiri daripada suami dan isteri yang mempunyai:
  • Anak berumur di bawah usia 15 tahun (yang memerlukan jagaan dan perhatian)
  • Anak kelainan upaya (tiada had umur)
  • Majikan/ isteri majikan yang sakit/ uzur
  • Ibu bapa yang uzur/ sakit; atau
  • Ahli keluarga terdekat yang uzur/ sakit (adik beradik, datuk atau nenek sahaja)
  • 3. Bagi tujuan menjaga ibu bapa atau ahli keluarga yang uzur/ sakit, surat pengesahan daripada pegawai pakar perubatan adalah diperlukan. Majikan yang mengambil PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat hendaklah mengemukakan bukti pertalian secara jelas
  • 4. Permohonan PRA bagi tujuan menjaga ibu/ bapa/ keluarga terdekat adalah terhad kepada ibu/ bapa/ keluarga yang tidak mempunyai pendapatan tetap sahaja
  • 5. Kelayakan pendapatan bulanan majikan adalah berdasarkan kepada jumlah pendapatan suami dan isteri. Kelayakan pendapatan isi rumah majikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000 (mengikut negara sumber)
  • 6. Majikan yang terdiri daripada suami dan isteri hanya boleh menggaji seorang PRA sahaja pada satu-satu masa
  • 7. Bagi permohonan PRA yang dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, keutamaan hendaklah diberi supaya nama suami digunakan sebagai majikan utama.
  • 8. Ibu atau bapa tunggal yang memenuhi syarat dan mempunyai kelayakan pendapatan dibenarkan untuk menggajikan PRA. Bagi majikan yang berstatus bujang dibenarkan untuk menggaji PRA khusus untuk menjaga ibu bapa sakit/ uzur sahaja.
  • 9. Majikan berikut tidak layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan PRA:
  • Diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa
  • Disenarai hitam oleh Jabatan Tenaga Kerja atau
  • Mempunyai kes-kes yang belum diselesaikan dengan Jabatan Imigresen Malaysia
  • Majikan beragama Islam hanya dibenarkan menggaji PRA yang beragama Islam sahaja dan
  • Majikan hendaklah melengkapkan kontrak kerja antara majikan kontrak kerja antara majikan dengan PRA. Sekiranya permohonan dikemukakan oleh pasangan suami/ isteri, kontrak kerja hendaklah dilengkapkan oleh majikan utama.

E. Kelayakan Gaji Majikan

Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:-

Negara Sumber : Jumlah Pendapatan Majikan

  1. Indonesia RM 3,000.00
  2. Filipina : RM 5,000.00
  3. Sri Lanka : RM 5,000.00
  4. Thailand : RM 3,000.00
  5. Kemboja : RM 3,000.00
  6. India : RM 5,000.00
  7. Laos : RM 3,000.00
  8. Vietnam : RM 3,000.00
  9. Nepal : RM 5,000.00

F. Kelebihan Sistem MAID Online

Melalui SMO, kelebihan menggunakan sistem online permohonan permbantu rumah asing ini adalah :-

  1. Permohonan PRA menjadi lebih cepat dan jimat kerana boleh dilakukan dalam masa singkat jika tiada sebarang masalah, berbanding mengambil masa berbulan, malah bertahun sebelum ini.
  2. SMO juga lebih tepat kerana majikan akan memasukkan sendiri maklumat dan perincian peribadi dan PRA yang mahu digaji berbanding oleh ejen sebelum ini
  3. Kos yang lebih murah iaitu RM1,635 berbanding RM12,000 hingga RM18,000 sebelum ini

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan boleh berhubung terus melalui :-

Alamat

  • Unit Pembantu Rumah Asing,
  • Jabatan Imigresen Malaysia,
  • No.15, Tingkat 2 (Podium),
  • Persiaran Perdana, Presint 2,
  • 62550, Putrajaya

SUMBER : MAID Online

Semoga dengan adanya sistem MAID Online ini dapat memudahkan para majikan sekaligus menjimatkan kos pengambilan. Moga sistem MAID online akan terus diperbaiki dari masa kesemasa untuk kemudahan rakyat Malaysia.

Related : untuk memohon,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *