Permohonan i-Lestari Online KWSP Pengeluaran Wang EPF

Cara Keluarkan Duit Akaun 2 Permohonan i-Lestari KWSP. Susulan daripada krisis wabak COVID-19, Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah memperkenalkan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. Antaranya adalah penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan serta kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan ini membolehkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun untuk membuat permohonan sebagai pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing berjumlah RM500 sebulan maksimum untuk tempoh 12 bulan. Berikut dikongsikan maklumat, status permohonan dan panduan cara permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 untuk rujukan mereka yang berminat dan berkelayakan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula pada 18 Mac 2020, telah memberikan impak terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah yang kehilangan sumber pendapatan. Peniaga-peniaga kecil terpaksa menutup kedai, pemandu teksi dan grab kehilangan pelanggan, pekerja bergaji harian tidak menerima gaji. Malah para majikan juga ramai yang menanggung kerugian kerana perusahaan dan perniagaan mereka terpaksa ditutup buat sementara waktu. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif ini untuk membantu rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

permohonan i-lestari kwsp akaun 2 online dan manual

Permohonan i-Lestari Online KWSP Mohon Pengeluaran Wang Akaun 2 EPF

Tujuan i-Lestari diperkenalkan adalah untuk membantu ahli/ pencarum untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa. Pada ketika ini, impak pandemik COVID-19 dijangkakan akan reda selepas tempoh setahun.

Untuk makluman semua, permohonan pengeluaran i-Lestari wang simpanan dalam akaun 2 KWSP boleh dikeluarkan pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Panduan Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP Wang Akaun 2

Berikut adalah syarat-syarat pengeluaran wang di akaun 2 KWSP seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media pada 23 Mac 2020 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi. Jumlah pengeluaran dianggarkan bernilai RM40 billion.

Syarat Pengeluaran

  1. Merupakan Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
  2. Berumur di bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
  4. Had pengeluaran adalah pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan (kelayakan bilangan bulan pengeluaran)

Tempoh Permohonan

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i Lestari daripada akaun 2 mulai:

  • 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 – tarikh tamat tempoh kuatkuasa pengeluaran. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)

Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.

Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.

Kaedah Permohonan i-Lestari KWSP

1. Secara Online

Berikut adalah kaedah bagi mengeluarkan wang KWSP Akaun 2. Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:-

  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020
    • Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi (Masukkan nombor, mengesahkan bahawa)
    • Khidmat pesanan ringkas sms akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dalam permohonan sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat
    • Sila pastikan nombor mykad dan nombor telefon bimbit adalah betul dan tepat

Satu penambahbaikan baru telah diperkenalkan oleh KWSP iaitu i-Lestari Online. Berikut adalah antara manfaat yang bakal anda nikmati:

  • Tidak perlu borang
  • Tidak perlu pergi cawangan atau beratur
  • Semua dalam talian
  • Pos akan mengambil masa

i lestari online permohonan dan semakan status
Layari Laman Web KWSP untuk mengkases Permohonan melalui

Terdapat 4 menu pilihan kepada ahli/ pencarum iaitu :-

  1. Permohonan Baharu
  2. Semak Permohonan
  3. Panduan Pengguna (Infografik)
  4. Soalan Lazim (FAQ)

2. Secara Pos

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
    • Ahli perlu menghantar permohonan pengeluaran melalui pos dan dokumen sokongan seperti di bawah dan dihantar melalui pos/ pos berdaftar/ kurier :
      • Borang permohonan yang lengkap diisi berserta cap ibu jari
      • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang) yang jelas
      • Salinan pasport (untuk Ahli bukan warganegara Malaysia)
      • Salinan buku bank/ penyata akaun bank (simpanan/ semasa) Ahli yang AKTIF
    • Dokumen tersebut hendaklah dihantar ke alamat:
      • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
      • Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
    • Permohonan melalui emel, pos akan mengambil masa proses pengesahan

Borang Permohonan i-Lestari KWSP Manual (Pos)

Untuk makluman, kini tandatangan diterima bagi tujuan pengesahan Pengeluaran i-Lestari dan penambahbaikan ini akan memudahkan urusan permohonan ahli. Jangan risau, sekiranya anda telah menghantar permohonan dengan menggunakan borang yang terdahulu, ianya tetap akan diproses

  • Ahli boleh memuat turun borang permohonan Pengeluaran i-Lestari dari laman sesawang KWSP. Klik BORANG TERKINI
  • Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli
  • Ahli juga tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari (CIJ) untuk permohonan melalui e-Pengeluaran dan secara manual (pos & e-mel)

Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan 5 iaitu bermula 4 Mei 2020. Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

Maklumat Lanjut, rujuk video berikut dari Harian Metro serta Soalan Lazim (FAQ) di bawah ini:-

AHLI KWSP 55 TAHUN KE BAWAH BOLEH KELUARKAN WANG DARIPADA AKAUN 2

Soalan Lazim i-Lestari KWSP (FAQ)

Berikut adalah sebahagian daripada soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP buat rujukan ahli/ pencarum KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

  • Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2. Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli setelah check status permohonan dibuat di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:-

  • i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:
    • Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat
    • Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021
  • ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)
  • iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020 sebagai pengesahan pengkreditan pengeluaran telah dibuat

3. Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

  • Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.
  • Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

4. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

  • Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

5. Apakah senarai bank panel KWSP?

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank Berhad
  • Alliance Bank Berhad
  • Al-Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
  • AM Bank Berhad
  • Bank Islam Berhad
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Bank Muamalat Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citi Bank Berhad
  • Hong Leong Bank Berhad
  • HSBC Amanah Malaysia Berhad
    HSBC Bank Berhad
  • Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
  • Maybank Berhad
  • OCBC Bank Berhad
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Berhad
  • Standard Chartered Sadiq Berhad
  • United Overseas Bank Berhad

6. Perlukah Ahli membuat permohonan i-Lestari bagi setiap bulan?

  • Tidak; Ahli hanya perlu membuat permohonan pengeluaran satu (1) kali sahaja. Permohonan Pengeluaran i-Lestari adalah berkonsepkan secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya.

7. Bilakah tarikh akhir untuk menghantar borang Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat?

  • Tarikh akhir permohonan Pengeluaran i-Lestari hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021

8. Adakah Ahli akan dimaklumkan mengenai status permohonan Pengeluaran i-Lestari?

  • Bagi permohonan yang dibuat melalui e-Pengeluaran, Ahli boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli).
  • Manakala permohonan yang dibuat secara manual melalui pos/ kurier/ e-mel, Ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.
  • Bagi proses check status permohonan bagi emel pos mengambil masa
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan, Ahli boleh mengemukakannya melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my.

9. Apakah kaedah bayaran Pengeluaran i-Lestari kepada Ahli yang tiada akaun bank?

  • Bayaran pengeluaran boleh dibuat secara Arahan Bayaran. Walau bagaimanapun, Ahli adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank di mana-mana panel bank KWSP bagi mempercepatkan proses bayaran secara pengkreditan terus.

10. Bilakah bayaran berulang untuk bulan-bulan pengeluaran berikutnya akan dibayar kepada Ahli?

  • Bayaran berulang untuk bulan-bulan pengeluaran berikutnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank Ahli sebelum akhir bulan pengeluaran yang berkenaan dan tertakluk kepada baki Akaun 2.

Untuk maklumat yang lengkap, sila muat turun FAQ di pautan Soalan Lazim Asas i-Lestari

Inisiatif Lain KWSP Akibat Wabak COVID-19

Sebelum ini, Kerajaan pada hujung Februari lalu juga telah mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP daripada 11% kepada 7% akibat penularan wabak COVID-19. Pengurangan sebanyak 4% yang akan dilaksanakan berkuatkuasa pada bulan April 2020 sehingga hujung tahun.

Ianya bagi membolehkan pekerja yang terlibat meraih duit gaji yang lebih berbanding sebelum ini. Ia adalah langkah bagi membantu pekerja yang terkesan. Untuk membeli barang keperluan seperti makanan dan minuman sepanjang krisis wabak COVID-19 ini.

Maklumat Lanjut i-Lestari KWSP

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP Akaun 2, sila layari:

Semoga perkongsian berkaitan Permohonan i-Lestari pengeluaran wang KWSP Akaun 2 berjumlah RM500 sebulan dapat membantu anda yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Diharapkan semua inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan digunakan sebaiknya oleh rakyat.

Tinggalkan Komen