in

Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Tahun 2018 Online. Berminat untuk bekerja di Jabatan Kastam Dan DiRaja Malaysia? Berita baik buat anda yang berkelulusan Diploma dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menerusi makluman dari Portal Rasmi SPA dan FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 secara onlinedi mana tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Mac 2018.

Untuk pemohon yang berminat dan berkelayakan, pelaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i secara online di Portal SPA. Kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah sebanyak 40 kekosongan dengan 80 simpanan.

Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Kastam DiRaja Malaysia 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan iklan jawatan kosong SPA untuk bulan Mac 2018 beserta panduan untuk membuat permohonan. Kekosongan jawatan terkini di SPA adalah di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia seperti berikut:-

  1. Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia : 40 kekosongan
  2. Deskripsi Tugas (skop kerja), Syarat Lantikan dan Jadual Gaji : Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Borang Permohonan Online Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Permohonan jawatan kosong di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia adalah melalui Portal Rasmi SPA. Berikut adalah cara mudah dalam membuat permohonan jawatan kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 secara online.

Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i (Panduan permohonan boleh dirujuk di Permohonan SPA8i)

Pautan URL untuk membuat pendaftaran pekerjaan adalah seperti berikut :-

  1. https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
  2. https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Nota Penting Permohonan Penolong Penguasa Kastam WK29 Secara Online

  1. Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  2. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan
  3. Tempoh sah laku permohonan adalah setahun
  4. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
  5. Calon-calon yang telah mendaftarakan permohonan bagi jawatan diatas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun dari tarikh mendaftar

Tarikh tutup permohonan baru adalah sebelum atau pada 25 Mac 2018 (Ahad) jam 1159 malam

Iklan Jawatan Kosong Jabatan Kastam DiRaja Malaysia : Permohonan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan Penolong Penguasa Kastam WK29, sila rujuk kepada iklan permohonan di bawah ini :-

Penolong Penguasa Kastam Gred WK29

Sumber SPA

Maklumat Lanjut

Mereka yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam dan mempunyai ciri-ciri keperibadian berikut adalah dipelawa untuk memphon :-

  1. Mempunyai keterampilan yang baik
  2. Punyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  3. Mempunyai bakat kepimpinan dan ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  4. Mempunyai kelayakan/ profesionalisme yang bersesuaian dengan jawatan

Untuk makluman, semakan keputusan peperiksaan dan panggilan/ keputusan temuduga boleh di semak secara online di

Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 tahun 2018 secara online dengan mendaftar pekerjaan di Portal SPA. Semoga permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Permohonan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD)

pengambilan kadet akademi laut malaysia (Alam)

Permohonan Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2018 Online