in

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET? Pasti calon peperiksaan MUET ada yang bercadang untuk membuat Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET atas beberapa perkara. Jadi apakah syarat permohonan pertukaran dan bagaimana mendapatkan borang permohonan?

Untuk membuat Permohonan Pindah Pusat Ujian MUET, calon MUET adalah dikehendaki untuk mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM. Calon perlu mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua bulan sebelum tarikh peperiksaan bermula.

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET (Cara Tukar Lokasi)

Berikut dikongsikan cara membuat pertukaran tukar tempat lokasi ujian peperiksaan MUET meliputi syarat dan perkongsian borang permohonan. Untuk makluman, perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian MUET yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan.

Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperolehi dan dicetak daripada Portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

  • Borang permohonan boleh dimuat turun atau di download dalam PDF di Borang MUET/C2

Nota Penting Permohonan Tukar Pusat Ujian MUET

  1. Borang permohonan hendaklah diisi dalam 2 salinan. Salinan pertama dihantar ke ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). Salinan kedua pula perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri.
  2. Permohonan dibuka dalam tempoh dua (2) minggu selepas Slip Daftar (MUET/D) dimuat naik ke portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Sila sertakan Kiriman Wang/Wang Pos RM25.00 atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia bersama borang ini.
  3. Jika permohonan perpindahan pusat ujian tidak diluluskan, maka bayaran sebanyak RM25.00 akan dikembalikan.
  4. Permohonan yang dihantar lewat tidak akan dipertimbangkan.
  5. Perpindahan dalam bandar yang sama tidak akan dilayan.
  6. Calon sekolah/institusi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengetua/ Setiausaha Peperiksaan/Penyelaras MUET
  7. Kelulusan permohonan boleh dirujuk melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my

Selamat membuat Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET. Semoga permohonan tukar tempat Ujian MUET anda ini nanti diluluskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit

Permohonan Bayaran Balik PTPTN Melalui Direct Debit

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

Permohonan GIATMARA 2019 Online