Berita baik bagi pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan dalam membayar kos pengajian tersebut. Anda boleh membuat pinjaman pelajaran daripada Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai MARA. Berikut dikongsikan panduan untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA secara Online.
Pinjaman pelajaran MARA diperkenalkan bertujuan untuk membantu pelajar bumiputera khususnya di kawasan luar bandar yang berkelayakan dan mempunyai potensi yang memerlukan bantuan kewangan dalam menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang seperti Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran, Pengurusan Perniagaan dan lain-lain.
Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) MARA bertanggungajawab dalam menguruskan pinjaman ini. BPP memberi kemudahan Pinjaman Pelajaran MARA dalam bentuk pinjaman boleh ubah bagi pelbagai tahap pengajian. Ini selaras dengan Transformasi Sektor Pendidikan di bawah Pelan Strategik MARA 2011-2020 yang berhasrat melahirkan bakal usahawan dalam kalangan graduan yang mampu menjana kekayaan dan tenaga kerja kompeten dalam industri berimpak tinggi.
Jumlah Kadar Pembiayaan Pinjaman Pendidikan MARA
Berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tetap tertakluk kepada peruntukan kewangan MARA.
Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPiP)
Melalui Portal Rasmi Pinjaman Pelajaran MARA, pengumuman telah dikeluarkan bagi Skim Pinjaman Pelajaran MARA (SPiP). Pinjaman ini dibuka bagi pemohon yang akan mengikuti pengajian ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan negara.
Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online MyEduloan
Berikut adalah pautan untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran MARA secara atas talian:
- https://myeduloan.mara.gov.my/
- Sila buat pendaftaran dan ikuti arahan selanjutnya.
Individu Yang Layak Membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA
Individu yang layak untuk membuat permohonan Pinjaman Pelajaran MARA adalah pelajar yang melepasi syarat pinjaman pendidikan MARA. Berikut adalah syarat-syarat tersebut:
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN MARA | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() | |
![]() |
Bidang Pengajian Yang Boleh Dimohon
Tawaran pinjaman pelajaran MARA ini hanya terhad kepada bidang pengajian yang berikut sahaja. Senarai bidang pengajian ini boleh berubah daripada semasa ke semasa bergantung kepada MARA.
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi
- Optometri
- Bioteknologi
- Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal, Kimia)
- Sains Aktuari
- Teknologi Informasi / Sains Komputer / ICT
- Sains Tulen (Biologi, Kimia, Fizik)
- Senibina
- Undang-undang
- Pelancongan
- Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan
- Ekonomi Islam, Pentadbiran Perniagaan Islam, Kewangan Islam.
- Sains
- Sastera
- Pendidikan
Maklumat Lanjut Pinjaman Pelajaran MARA MyEduloan
Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk atau hubungi maklumat berkenaan:
- Alamat : Education Sponsorship Division, 3rd Floor, MARA Head Office, 21, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur.
- BPP Hunting Line : 03-26132087 / 32050 / 32092 / 32053 / 32073
- Email : myeduloan@mara.gov.my
Semoga perkongsian panduan membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA bermanfaat buat semua pelajar dan ibu bapa serta penjaga.