in

Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online

Pasti ramai yang bercita-cita untuk menjadi Polis. Jadi bagaimanakah cara memohon menjadi anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Menerusi makluman Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang memakluman TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM. Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan Polis DiRaja Malaysia (jawatan kosong) secara online.

Sebelum ini, pemohon boleh memohon dengan membuat pendaftaran secara ‘online’ di Borang SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012. Kini, permohonan boleh dibuat terus melalui laman sesawang Polis Diraja Malaysia iaitu e-pengambilan PDRM. Pemohon boleh menyemak status permohonan pengambilan PDRM secara online di SEMAK PDRM.

Permohonan Polis

Cara Membuat Permohonan Jawatan Kosong PDRM 2020 Melalui e-Pengambilan Polis DiRaja Malaysia

Berikut adalah maklumat permohonan pengambilan jawatan kosong Polis terkini meliputi tarikh penting permohonan, jawatan kosong yang diiklankan serta pautan borang permohonan secara online.

Permohonan Polis/ Pengambilan Jawatan Kosong PDRM Terkini (Januari 2020)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan pengambilan bagi Jawatan Konstabel Gred YA1 bermula 1 Januari 2020 melalui sistem e-Pengambilan PDRM.

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN KOSONG POLIS (KONSTABEL GRED YA1)

TARIKH BUKA
TARIKH TUTUP
1 JANUARI 2020 (RABU)
 14 JANUARI 2020 (SELASA)
*Nota : Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dijemput untuk membuat permohonan Jawatan Kosong bagi Jawatan Konstabel YA1 (Lelaki) PDRM. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8348. Facebook : Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia

Jawatan kosong PDRM boleh dibuat menerusi sistem e-Pengambilan PDRM di mana sebelum ini ianya adalah melalui permohonan SPA8i. Pautan aplikasi sistem permohonan terkini adalah seperti berikut:

Pemohon perlu membuat pendaftaran sebelum boleh membuat permohonan jawatan kosong. Berikut dikongsikan manual pengguna buat rujukan:

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON (SKIM JAWATAN POLIS)

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan polis mengikut jawatan meliputi syarat kelayakan akademik dan fizikal serta syarat umur yang perlu dipatuhi oleh para pemohon. Juga dikongsikan maklumat senarai tugas (deskripsi tugas) jawatan:

1) KONSTABEL POLIS YA1

Syarat-syarat permohonan Polis jawatan Konstabel Polis Gred YA1 adalah seperti berikut:-

  • a) Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  • b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online;
  • c) Kelayakan Akademik:

    • i) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
      • Dua (2) kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain atau ;
    • ii) Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; dan
      • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ;
        • a) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
        • b) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan;
        • c) Teknologi Kejuruteraan Awam;
        • d) Perniagaan;
        • e) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau;
        • f) Teknologi Kejuruteraan Marin atau;
    • iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];
    • iv) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (seperti para i) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,573.02];
  • d) Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  • ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  • vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Deskripsi Tugas Konstabel YA1

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

  • Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;

Jadual Gaji Konstabel YA1

  • Gred YA1 : Gaji Minimum RM 1,441.00 – Gaji Maksimum RM 4,152.00
  • Kadar Gaji Tahunan : RM 105.00

Elaun dan kemudahan Konstabel YA1

  • Elaun Tetap Perumahan : RM 300
  • Elaun Cola : RM100 – RM 350
  • Elaun Khidmat Awam : RM 115
  • Elaun Khas PDRM : RM 200
  • Elaun Seragam PRP/ Konstabel : RM 690
  • Elaun Kasut : RM 300
  • Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah/Sarawak dan sebaliknya) diberi berdasarkan peratusan gaji yang diterima

2) INSPEKTOR POLIS YA13

Syarat-syarat permohonan Polis – Inspektor YA13:-

  • a). Terdiri dari Warganegara Malaysia;
  • b). Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PhD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
  • c). Kelayakan Akademik:

    • i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,502.00]; atau
    • ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,646.88]; atau
    • iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM2,792.63]; atau
    • iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]: RM2,938.39; atau
    • v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
    • vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
    • vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,229.91]; atau
    • viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,084.15]; atau
    • ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA13: RM3,375.67];
    • xii). Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • d). Kelayakan Fizikal Permohonan Polis (Inspektor)

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  • i). Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;
  • ii). Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;
  • iii). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • iv). Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);
  • v). Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;
  • vi). Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Jadual Gaji Inspektor Polis YA13

  • Gred YA13 : Gaji Minimum RM 2,502.00 – Gaji Maksimum RM 9,803.00
  • Kadar Gaji Tahunan : RM 230.00

Senarai jawatan serta maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan adalah dari sumber e-Pengambilan Polis DiRaja Malaysia di bahagian Tab – Skim Jawatan.

Maklumat jawatan untuk jawatan polis yang lain boleh dirujuk di pautan berikut :-

  1. SARJAN POLIS YA5
  2. KONSTABEL POLIS YT1
  3. KONSTABEL POLIS ORANG ASLI YP1

Nota

Permohonan polis jawatan kosong di PDRM terdahulu sebelum melalui e-Pengambilan PDRM adalah melalui pendaftaran Borang SPA8i. Berikut dikongsikan cara-cara membuat pendaftaran pekerjaan di SPA melalui Pendaftaran Borang SPA8i ataupun dikenali sebagai Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam.

Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang SPA8i di URL yang dikongsikan di bawah ini:-

Pemohon perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang ingin mendaftar dan tidak mempunyai ID, anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i. MyID adalah nombor kad pengenalan anda.

Syarat Permohonan Borang SPA8i

Syarat terkini SPA adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa :

  • (a). Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun
  • (b). Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja
  • (c). Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu
    Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja. Pemohon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  • (d). Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
  • (e). Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • (f). Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian / Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November.

  1. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  2. Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga

Selamat membuat Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM Online. Semoga hasrat anda menjadi seorang warga PDRM bakal tercapai.

One Comment

Leave a Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2018

Permohonan Sekolah Rancangan Khas Perak 2020

Semakan MAIDAM Online Status Bantuan Zakat Terengganu