in

Permohonan PPA1M Online (Borang/ Syarat Kelayakan)

Borang Permohonan Online PPA1M. Apakah syarat permohonan/ kelayakan dan bagaimana cara untuk membuat permohonan PPA1M secara online? Berita baik buat kakitangan awam kerajaan yang ingin memiliki rumah sendiri terutama di bandar-bandar besar yang berharga terlalu mahal. Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2013 bakal menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam terutama buat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada kakitangan awam terutamanya yang di dalam kategori pendapatan rendah serta sederhana untuk membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit terutamanya di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia.

Permohonan PPA1M Online

Permohonan Online Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Menurut Portal Rasmi PPA1M, Skim PPA1M adalah bertujuan untuk membantu penjawat awam khususnya golongan muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Ianya adalah satu skim perumahan mampu milik untuk kakitangan kerajaan yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian. Kesemua projek PPA1M dikendalikan oleh unit PPA1M, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menerusi pembentangan Bajet 2018, Kerajaan bakal memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion untuk perumahan mampu milik termasuk 210,000 PR1MA, 25,000 unit PPA1M, 17,300 PPR dan 3,000 rumah mesra rakyat.

Spesifikasi Rumah PPA1M

Rumah yang ditawarkan oleh PPA1M adalah dari jenis apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo (sesebuah). Berikut dikongsikan di antara spesifikasi rumah PPA1M :-

  1. Jenis rumah (Type) : Bertingkat/ apartmen atau bertanah. Semua jenis apartmen hendaklah perlu disediakan kemudahan lif
  2. Saiz rumah : Keluasan hendaklah sekurang-kurangnya 850 kaki persegi (kp). Setiap rumah pula perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  3. Reka bentuk: konsep perlu mengambil kira penjimatan kos pembinaan dan penyelenggaraan, keselesaan penghuni dari segi pencahayaan dan pengudaraan
  4. Kemudahan perumahan adalah seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  5. Harga rumah bermula dari RM90,000 sehingga RM300,00

Borang Permohonan PPA1M Online

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan PPA1M/ pendaftaran secara online buat panduan penjawat awam yang berminat. Ianya meliputi maklumat syarat kelayakan, borang permohonan online, cara hubungi, projek PPA1M terkini dan panduan pemohonan. Untuk makluman, Projek PPA1M kini dibina di bandar-bandar utama seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada kakitangan kerajaan yang berhasrat untuk miliki rumah sendiri.

Permohonan dan pendaftaran PPA1M boleh dilakukan secara atas talian atau Online di pautan berikut :-

  • Borang PPA1M
  • Sila ikuti langkah-langkah permohonan seperti arahan dalam borang permohonan
  • Setelah berjaya mendaftar akaun dan mendapat kata nama dan kata laluan yang dihantar menerusi email, pemohon boleh mengakses sistem aplikasi borang permohonan PPA1M secara online
  • Sila gunakan kata nama serta kata laluan yang di terima menerusi email untuk mengakses sistem maklumat yang berkaitan

Syarat Kelayakan Permohonan PPA1M Online

Semua kakitangan awam termasuk yang bekerja di tempat yang disenaraikan di bawah ini adalah layak untuk memohon skim perumahan PPA1M.

  1. Kerajaan Persekutuan
  2. Kerajaan Negeri
  3. Pihak Berkuasa Negeri/ Tempatan
  4. Badan Berkanun Persekutuan
  5. Badan Berkanun Negeri

Syarat kelayakan permohonan yang lain termasuklah :-

  1. Kakitangan awam dari kesemua gred jawatan layak memohon termasuklah yang sudah berpencen dan kontrak
  2. Pemohon boleh memohon lebih dari satu projek pada satu-satu masa namun pemohon boleh ditawarkan salah satu produk sahaja bagi setiap isi rumah (sekiranya berjaya)
  3. Moratorium selama 10 tahun dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran Kerajaan kecuali kepada waris terdekat seperti suami/isteri dan anak-anak

Panduan Permohonan PPA1M Online

Untuk maklumat lanjut berkaitan Permohonan PPA1M, berikut adalah grafik proses permohonan PPA1M dari awal hingga akhir :-

Langkah 1 Hingga 3

  • Pendaftaran>pelancaran>permohonan

Langkah 4 Hingga 6

  • Pilihan Projek>Pengundian>Penawaran

Permohonan PPA1M Online (Borang/ Syarat Kelayakan)

Langkah 7 Hingga 9

  • Perjanjian Jual Beli>Pembiayaan>Penyerahan Kunci

Permohonan PPA1M Online (Borang/ Syarat Kelayakan)

Maklumat Lanjut PPA1M

Berikut adalah pautan penting buat rujukan pemohon dalam mendapatkan maklumat berkaitan PPA1M.

  1. Manual Pengguna
  2. Soalan Lazim PPA1M (FAQ)
  3. Senarai Projek PPA1M

Alamat/ No Telefon & Fax

  • Unit PPA1M
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
    Presint 2, No 18, Persiaran Perdana
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62652 PUTRAJAYA
    Telefon : 603-88805118
    Faks : 603-88805119
    Email: support.ppa1m@jpm.gov.my

Waktu Perkhidmatan

  • Isnin hingga Jumaat (08:00 Pagi hingga 05:00 Petang)

Diucapkan selamat membuat Permohonan online PPA1M. Sila baca syarat kelayakan permohonan sebelum memohon. Semoga hasrat anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

senarai alamat dan alamat laman web jpn negeri

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Di Malaysia

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2018 Online

Permohonan ILKBS (IKBN, IKTBN Dan AKBG) 2019