Permohonan Program GENIUS Negara Di Pusat Anak Genius Negara. Cara mohon masuk ke PAGN KPM beserta pautan borang permohonan

Permohonan Program GENIUS Negara KPM

Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak berumur empat (4) tahun dan ke bawah. Adakah anda ingin menghantar anak menyertai program GENIUS negara Kementerian Pendidikan Malaysia KPM? Buat yang berminat dan berkelayakan, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GENIUS Negara di pusat anak genius di seluruh Malaysia buat rujukan semua.

Buat makluman semua, terdapat banyak Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang terletak di seluruh Malaysia. Bagi kanak-kanak yang ingin menyertai Program GENIUS Negara, mereka akan hadir ke PAGN berhampiran tempat tinggal masing-masing untuk mengikuti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.

Permohonan Program GENIUS Negara KPM

Permohonan Program GENIUS Negara KPM Di Pusat Anak Genius Di Seluruh Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program GENIUS Negara KPM. Info yang disediakan merangkumi tarikh-tarikh penting, kestimewaan program, syarat kelayakan, serta borang permohonan dan dokumen yang perlu disertakan.

Tarikh-Tarikh Penting Program GENIUS 

Tarikh tutup serta tarikh keputusan permohonan dikeluarkan adalah seperti berikut:

  • Tarikh Buka Permohonan: 1 Jun 2023
  • Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2023

Keistimewaan Program GENIUS Negara

Terdapat banyak kelebihan menyertai program GENIUS negara. Antaranya adalah:

  1. Ia merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik serta menyeluruh
  2. Menerapkan kurikulum yang mengintegrasikan asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik secara menyeluruh
  3. Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  4. Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing)
  5. Pendidik yang berkelayakan

Syarat Kelayakan Menyertai Program GENIUS Negara

Untuk menyertai program GENIUS negara, syarat kelayakan di bawah perlu dipenuhi:

  1. Anak merupakan warganegara Malaysia
  2. Anak berusia empat (4) tahun ke bawah
  3. Pendapatan isi rumah kurang dari RM4,000

Cara Memohon

Berikut dikongsikan langkah mudah untuk menghantar permohonan:

  • Langkah Pertama: Lengkapkan Borang Permohonan

Borang Permohonan Program GENIUS Negara

Muat turun borang permohonan dan senarai semakan GENIUS di pautan berikut:

Dokumen Penting Permohonan

Sewaktu menghantar permohonan, wajib untuk sertakan dokumen-dokumen penting berikut:

  1. Salinan surat beranak
  2. Salinan MyKid anak
  3. Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  4. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  5. Salinan pendapatan ibu bapa atau penjaga yang disahkan
  6. Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (jika bekerja sendiri)
  7. Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah
  • Langkah Kedua: Hantar borang permohonan lengkap ke Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) berhampiran

Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN)

Muat turun Senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) di pautan berikut:

Iklan Permohonan

iklan-permohonan-program-genius-negara-2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi butiran berikut:

Semoga perkongsian ini dapat memberikan penerangan kepada mereka yang berminat untuk menghantar anak-anak ke pusat GENIUS berhampiran. Diharapkan permohonan anda berjaya dan anak-anak anda dapat menyertai Program GENIUS yang dimahukan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *