Permohonan Protege Online, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs dahulunya SL1M, Cara isi borang dan syarat kelayakan

Permohonan Protege (Borang Pendaftaran Peserta) Online

Apa itu program Protege? Berita baik buat para lepasan sekolah, Asasi, Diploma, Ijazah ataupun PhD yang sedang menganggur, bekerja tidak setaraf dengan kelayakan, mahupun bekerja setara dengan kelayakan mereka. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Protege online iaitu cara mendaftar borang Pendaftaran Peserta. Buat makluman semua, Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) adalah penambahbaikan kepada Skim Latihan 1Malaysia (Sl1M) dan telah dilancarkan pada 28 Januari 2019.

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan berkata 70% yang terlibat dalam Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sebelum ini berjaya mendapat pekerjaan. Namun begitu, 30% daripada mereka gagal meraih sebarang pekerjaan, dan pengambilan pekerja boleh berkurangan pada masa akan datang.

Permohonan Protege (Borang Pendaftaran)

Maka, kerajaan berpendapat bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk melatih lebih ramai graduan menjadi usahawan agar tidak terlalu bergantung kepada pekerjaan makan gaji. Buat anda yang berminat dan berkelayakan, pendaftaran Protege boleh dilakukan secara online dengan mengisi borang Pendaftaran Peserta di laman web rasmi Protege.

Permohonan Protege Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat penting dalam membuat pendaftaran Protege meliputi apa itu Protege, kumpulan sasaran dan borang permohonan.

Apa Itu Protege?

Menurut Portal Rasmi Protege, Protege adalah sebuah program yang bertujuan untuk membentuk dan membimbing para belia menerusi latihan keusahawanan dan kebolehpasaran. Berbekalkan kerjasama pakar industri, Protege berusaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif serta bersedia menempuhi pasaran global di samping melahirkan pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Kumpulan sasaran adalah golongan:

  1. Lepasan Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PhD
  2. Berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman
  3. Ingin mendapatkan latihan dalam bidang usahawan dan pekerjaan

Bagaimana Cara Membuat Permohonan Protege Atau Pendaftaran Secara Online?

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Protege online.

Syarat Kelayakan Protege

Peserta mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut sebelum mengisi borang pendaftaran:-

  1. Seorang warganegara Malaysia yang memiliki keperibadian positif serta komited.
  2. Pemohon mestilah menghadiri temuduga Protege. Sekiranya graduan tidak memberi maklumbalas atau tidak menghadiri temuduga, graduan dianggap tidak berminat dan tidak memerlukan bantuan menerusi Program Protege. Maka butiran peserta akan dikeluarkan daripada senarai peserta aktif bagi tujuan suai padan dengan syarikat.
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dan ke atas (untuk Protege RTW CSR) dan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (untuk Protege RTW 1PP/PK1.2)
  4. Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia (untuk RTW sahaja)
  5. Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (untuk Protege RTW 1PP/PK1.2)

Cara Mendaftar Peserta Protege (Permohonan Protege Online)

Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran seperti syarat kelayakan diatas, anda boleh membuat pendaftaran sebagai peserta Protege seperti berikut :-

  1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
  2. Isi maklumat lengkap dan sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan

Borang Permohonan Protege boleh didapati di pautan berikut :-

Struktur Latihan Dan Modul Protege

Berikut dikongsikan struktur latihan untuk program Protege yang terbahagi kepada dua iaitu Latihan Keusahawanan dan Latihan Kebolehpasaran.

Latihan Keusahawanan

1) Protege Entrepreneurship Intern

Empat (4) bulan penempatan latihan bersama IDE Start-up atau Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ia berobjektif untuk mendedahkan para peserta kepada dunia operasi perniagaan sebenar

2) Protege Boot-Camp

Tiga (3) hari boot-camp yang diadakan untuk membimbing usahawan baru membangunkan pelan perniagaan selain memperoleh pembiayaan dari Institusi Pembangunan Kewangan sehingga perniagaan berjaya dimulakan

3) Protege Business Accelerator

Latihan akselerator perniagaan intensif buat peserta yang sudah memulakan perniagaan mereka. Ia merangkumi latihan khusus yang disesuaikan untuk mengisi jurang pengetahuan dan kemahiran para peserta ini

4) Protege Co-op

Menyediakan latihan yang relevan untuk membimbing belia membentuk Koperasi

5) Protege In ICT

Melatih peserta yang cenderung ke arah keusahawanan untuk menggunakan platform berasaskan teknologi yang terdiri daripada perniagaan dalam talian dan lain-lain

Latihan Kebolehpasaran

1) Protege Ready To Work (RTW)

Mempersiapkan peserta dengan latihan professional yang merangkumi pengenalan kepada modul kemahiran Keusahawanan. Pengenalan ini dilaksanakan menerusi Latihan Kemahiran Insaniah dan Latihan Perindustrian bersama Syarikat Pelaksana untuk pengalaman pekerjaan

2) Protege Booster

Tujuh (7) modul Latihan Kemahiran Insaniah yang komprehensif buat graduan. Ia dilaksanakan dalam jangka masa pendek sebagai persediaan menghadiri temuduga segera bersama Industri

3) Protege For Industry

Membekalkan peluang pekerjaan untuk graduan dengan Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui sistem padanan kerja dalam talian PROTÉGÉ

Modul Protege : Ready To Work (RTW)

Protege Ready To Work (RTW) terbahagi kepada dua dari segi pelaksanaan iaitu Pelaksanaan Secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Pelaksanaan Berasarkan Arahan 1PP/PK 1.2. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Protege RTW:

CSR

Kumpulan Sasaran:

  1. Graduan yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman
  2. Graduan lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dari universitI tempatan atau luar Negara yang masih menganggur selepas tamat pengajian

Elauan Bulanan Minima:

  1. Diploma : RM1,000
  2. Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas : RM1,500

Syarat Penyertaan Peserta

  1. Seorang warganegara Malaysia yang memiliki keperibadian positif serta komited
  2. Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya Diploma dan ke atas
  4. Pemohon mestilah menghadiri temuduga Protege. Sekiranya graduan tidak memberi maklumbalas atau tidak menghadiri temuduga, graduan dianggap tidak berminat dan tidak memerlukan bantuan menerusi Program Protege. Maka butiran peserta akan dikeluarkan daripada senarai peserta aktif bagi tujuan suai padan dengan syarikat

Struktur Latihan

Permohonan Protege (Borang Pendaftaran Peserta)

1PP/PK 1.2

Kumpulan Sasaran

  1. Graduan yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah (B40) atau tinggal di kawasan pedalaman
  2. Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari universitI tempatan atau luar Negara yang masih menganggur selepas tamat pengajian

Elaun Bulanan

  1. Diploma : RM1,000
  2. Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas : RM2,000

Syarat Penyertaan Peserta

  1. Seorang warganegara Malaysia yang memiliki keperibadian positif serta komited
  2. Graduan merupakan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dari dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain dari Kerajaan Malaysia
  3. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  4. Pemohon mestilah menghadiri temuduga Protege. Sekiranya graduan tidak memberi maklumbalas atau tidak menghadiri temuduga, graduan dianggap tidak berminat dan tidak memerlukan bantuan menerusi Program Protege. Maka butiran peserta akan dikeluarkan daripada senarai peserta aktif bagi tujuan suai padan dengan syarikat
  5. Telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima

Struktur Latihan

Permohonan Protege (Borang Pendaftaran Peserta)

Maklumat Lanjut Protege

Rujuk butiran di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan program Protege:

Laman Web

No Tel

  • 03-9993 6173/03-8883 6407

Facebook

Maklumat Berkaitan SL1M

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan SL1M yang merangkumi program dan struktur latihan untuk peserta SL1M sebelum ini buat rujukan semua:

Latihan Kemahiran Insaniah (2 Bulan)

  1. Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah adalah sebanyak minimum RM 1,000
  2. Komunikasi
  3. Kemahiran berfikir, menganalisa dan kreatif
  4. Penyesuaian Organisasi
  5. Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  6. Etika korporat, pemakaian dan adab
  7. Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat

Latihan Di Dalam Kelas

  1. Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  2. Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Keusahawanan
  5. Penguasaan Motivasi Diri
  6. Penguasaan Disiplin Diri
  7. Pemantapan Rohani dan Jasmani
  8. Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Latihan Di Luar Kelas

  1. Penerapan Semangat Berpasukan
  2. Aktiviti Pengurusan Acara/ Majlis
  3. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  4. Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  5. Taekwondo
  6. Aktiviti Berkawad
  7. Sukan dan Kokurikulum Luar
  8. Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan

  1. Minimum enam bulan dan maksimum 10 bulan
  2. Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra Pekerjaan – minimum RM 1,000

Penempatan Pekerjaan

  • Peserta akan dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

Info Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) ini mendapat kerjasama dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang menjalankan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebagai tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Jawatan-jawatan yang ada ditawarkan termasuklah dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terlibat adalah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.

  • Perdana Menteri, mengumumkan kadar elaun bulanan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) akan dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,500. Pengumuman telah dibuat ketika PM berucap untuk merasmikan Perasmian Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang pada 24 Februari 2018
  • Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web SL1M atau merujuk kepada soalan lazim (FAQ) SL1M.

Kepada graduan yang berkelayakan, selamat membuat Permohonan Protege secara online melalui borang pendaftaran Protege. Semoga latihan yang diberikan akan menjadikan anda seorang yang berjaya dalam karier anda.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *