Permohonan PTPTN Online (Cara Mohon Pembiayaan Pendidikan). Cara apply pinjaman PTPTN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional masuk UA Poli dsb.

Permohonan PTPTN Online (Pembiayaan Pendidikan)

Perhatian buat para pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajian di sekolah menengah dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi sama ada di Universiti Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Anda boleh membuat pembiayaan pendidikan bagi menampung kos pengajian di institusi tersebut menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Berikut adalah cara membuat Permohonan PTPTN Online iaitu cara mohon Pembiayaan Pendidikan.

PTPTN telah ditubuhkan sekitar tahun 1997 dengan tujuan memberikan pinjaman kewangan khusus untuk tujuan pengajian tinggi. Selain mengurus pinjaman dan mengutip bayaran balik pinjaman, PTPTN juga menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit bagi tujuan pendidikan tinggi serta melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Permohonan PTPTN Online

Permohonan PTPTN Online (Cara Mohon Pinjaman Pendidikan)

Para pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi tetapi tidak mempunyai situasi kewangan yang mengizinkan digalakkan untuk membuat permohonan pembiayaan pendidikan di PTPTN. Ianya merupakan antara dana pendidikan terbesar di dunia dan lebih 2.8 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan.

Dengan menyediakan pembiayaan yuran pengajian serta kos sara hidup bagi para pelajar, tidak ada lagi pelajar yang gagal untuk memasuki IPT atas masalah kewangan sesuai dengan hasrat kerajaan dan objektif PTPTN ditubuhkan.Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN, ianya boleh dibuat secara atas talian (online).

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:

-Nama: Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN

-Jenis: Pinjaman sepenuh atau sebahagian yuran pengajian serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian

-Terbuka kepada: Pelajar yang akan menyambung pengajian di UA, IPTA dan IPTS tempatan sahaja.

Skop Pinjaman Pendidikan

Berikut adalah skop pinjaman pendidikan mengikut peringkat pengajian yang dibenarkan membuat pinjaman:

-Diploma Sepenuh Masa : IPTA, IPTS dan Politeknik

-Diploma Separuh Masa : IPTA, IPTS dan Politeknik*

-Diploma PJJ : IPTA

-Diploma Lanjutan : IPTA dan Politeknik

-Ijazah Pertama Sepenuh Masa : IPTA dan IPTS

-Ijazah Pertama Separuh Masa : IPTA dan IPTS

-Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : IPTA

-Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/PJJ : IPTA

-Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ : IPTA

*Nota: Pinjaman pendidikan dikhususkan kepada pelajar IPTS di UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University dan Asia E University.

Syarat Kelayakan Memohon Pinjaman PTPTN

Berikut adalah syarat umum untuk membuat permohonan bantuan pendidikan PTPTN:

1.Berkewarganegaraan Malaysia

2. Berusia tidak lebih daripada 45 tahun pada tarikh membuat permohonan

3. Mendapat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan kemasukan yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada KPM dan berdaftar dengan PTPTN*

5. Untuk pelajar IPTS pula, kursus yang diikuti haruslah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta masih dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon

6. Untuk pelajar yang memiliki kelayakan berbeza, pengesahan perlu didapatkan daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas

7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun

8. Tidak mendapat tajaan daripada penaja lain

9. Telah membuka akaun SSPN-i**

* Hanya kursus yang diluluskan mendapat tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan pinjaman. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit

Langkah Membuat Permohonan Online Pinjaman Pendidikan

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan secara online bagi pembiayaan pendidikan PTPTN:

A. Pembukaan Akaun SSPN-i

-Terlebih dahulu pemohon perlu membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Agrobank, Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau cawangan PTPTN berhampiran untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i

B. Pembelian Nombor PIN PTPTN

Setelah mempunyai akaun SSPN-i, pemohon hendaklah membeli nombor PIN PTPTN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan berharga RM5.00 seunit. Nombor PIN in sah digunakan selama 6 bulan sahaja bermula tarikh pembelian dan perlu disimpan untuk kegunaan bagi membuat permohonan Pinjaman secara online.

Selain itu, pemohon juga boleh membeli No PIN secara online di Laman web menerusi pautan di bawah:

Pembelian No PIN PTPTN Online

-Klik pilihan “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”

-Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “DAFTAR”

-Klik butang “Bayar” bagi proses pembayaran

-Pilih jenis perbankan internet daripada bank yang anda gunakan

-Masukkan alamat emel yang sah dan klik butang “Bayar dengan FPX”

-Jika transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan ditunjukkan dan pemohon boleh terus mendaftar / memohon PTPTN

C. Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN

Langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran PTPTN secara online. Layari pautan yang disediakan di bawah:

Pendaftaran Permohonan

Bagi pengguna kali pertama, isikan No. Kad Pengenalan dan masukkan maklumat No. PTPTN yang dibeli daripada BSN dan klik butang “Daftar”

Bagi pengguna kali kedua, sila log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman tersebut dan klik “Log Masuk”.

Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan

Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu menunggu sehingga pihak PTPTN untuk meluluskan permohonan tersebut. Semakan status permohonan boleh dibuat di laman sesawang yang sama dengan login masuk ke akaun.

Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pemohon boleh memuat turun dokumen perjanjian dan melakukan urusan seterusnya di universiti nanti.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PTPTN online (pembiayaan pendidikan) sila rujuk manual pendaftaran dan FAQ yang disediakan PTPTN seperti pautan di bawah, atau hubungi terus butiran berikut:

Manual Pendaftaran Permohonan Pinjaman

Soalan Lazim Permohonan Pinjaman

Alamat: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000

Faks: 03 – 2193 1263

Diharapkan perkongsian berkaitan cara membuat permohonan pinjaman PTPTN online bagi pembiayaan pendidikan ini dapat memudahkan para pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi. Semoga terus cemerlang dan dapat menyumbang kepada negara.

Related : jumlah pinjaman, sebarang pertanyaan, tajaan ptptn berhampiran untuk menyemak nombor akaun sspn i 15 digit,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *