Permohonan Rayuan Haji 2024/ 1445H Aplikasi THIJARI, Bakal haji tidak perlu lagi menulis surat atau hadir ke pejabat TH untuk merayu.

Permohonan Rayuan Haji 2024/ 1445H Menerusi Aplikasi THIJARI

Bakal haji tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH). Rayuan tahun 2024 adalah melalui aplikasi THIJARI.

Sebelum ini untuk tahun sebelumnya, proses rayuan adalah melalui penghantaran surat rayuan haji terus ke kaunter-kaunter cawangan Tabung Haji termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran atau melalui pos.

Permohonan Rayuan Haji 2021/ 1442H THIJARI

Tarikh Dan Permohonan Rayuan Mengerjakan Fardhu Haji Tahun 2024/ 1445H

TERKINI : Melalui pemakluman di Facebook Rasmi Tabung Haji,

Perhatian kepada bakal-bakal haji.

Rayuan haji 1445H/2024M akan dibuka mulai hari Jumaat, 26 Januari 2024. Tiga pengecualian kos penuh akan diberikan kepada rayuan :-

i) Mahram

ii) Pembantu Jemaah Lanjut Usia dan

iii) Pembantu Jemaah Kelainan Upaya (OKU)

Bagi jemaah haji sudah terpilih.

Layari www.thijari.com.my untuk membuat rayuan.

rayuan-haji-2024-1445H.

Cara Mohon Rayuan Haji

Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji bagi musim 1445H atau tahun 2024 masihi, anda boleh lakukannya dengan melayari laman THiJARI pada pautan berikut:

  1. Sila layari Laman Rasmi THiJARI
  2. Pastikan anda telah register akaun THiJARI
  3. Log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji
  4. Seterusnya klik Rayuan Haji
  5. Klik Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya
  6. Baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji dan klik Saya Faham
  7. Masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji
  8. Fahami soalan yang diberikan dan pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito’ah)
  9. Klik hantar untuk kemukakan rayuan
  10. Akhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji

Video Tutorial Proses Rayuan Haji Melalui Aplikasi THiJARI

Seperti dimaklumkan dan untuk tahun 2021, 2022, 2023 & 2024, bakal haji perlu menggunakan aplikasi THIJARI dan tidak perlu lagi membuat rayuan haji secara tradisi dengan menulis surat rayuan atau hadir ke cawangan Lembaga Tabung Haji (TH).

Maklumat Lanjut Permohonan Rayuan Haji

Sekiranya anda ada kemusykilan atau pertanyaan lanjut tentang permohonan rayuan Haji tahun 2023/1444H, anda boleh terus menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) di talian 03- 6207 1919.

Berikut adalah kos mengerjakan Haji terkini tahun 2024/ 1445H buat panduan semua. Menurut TH, kos untuk jemaah Muassasah pada tahun 2024 akan bertambah sehingga RM33,3000

Jenis Jemaah: Muassasah

Kos Haji (RM)

Tanggungan Kos Haji/ Subsidi (RM)

Bayaran Haji

1. Kumpulan B40RM 33,300RM 20,944*RM 12,356
2. Kumpulan M40RM 33,300RM 14,148RM 19,152
3. Kumpulan T20RM 33,300TiadaRM 33,300
4. Kumpulan Rayuan Tunai Haji Luar GiliranRM 33,300TiadaRM 33,300

* Termasuk bantuan Kerajaan Malaysia sebanyak RM1,000

** Tidak tertakluk kepada peraturan pengeluaran visa semasa, jika dikuatkuasakan

SUMBER : Tabung Haji

Semoga perkongsian ini tentang aplikasi THIJARI dapat membantu bakal jemaah Haji untuk membuat rayuan haji tersebut.

Rel : akaun th, membuat permohonan rayuan haji, kerajaan arab saudi, jemaah haji muassasah, terpilih pada tahun semasa, menteri di jabatan perdana menteri, musim haji, untuk menunaikan haji pada tahun,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *