in

Permohonan Rayuan Kemasukan KV Dan SMT 2018

Cara Buat Rayuan Kolej Vokasional KV Dan SMT Ambilan Tahun 2018. Bagaimana cara membuat permohonan rayuan kemasukan KV dan SMT?Perhatian buat pelajar yang telah membuat semakan keputusan KV, SMT, GIATMARA dan Wisdec ambilan tahun 2018. Berita baik kepada mereka yang tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk mendapat tawaran dengan mengemukakan permohonan rayuan.kemasukan KV dan SMT.

Syaratnya mudah, anda perlu datang ke mana-mana KV/ SMT dengan membawa dokumen yang diperlukan untuk merayu pada tarikh yang ditetapkan. Permohonan rayuan aliran perdana adalah dari 24 Januari sehingga 20 Februari 2018, Untuk aliran PAV pula, tarikh rayuan adalah dari 13 hingga 28 Februari 2018.

Permohonan Rayuan Kemasukan KV Dan SMT 2018

Cara Buat Rayuan Kemasukan Ke KV Kolej Vokasional Dan SMT 2018

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT ambilan tahun 2018. Mereka yang gagal dalam mendapat tawaran boleh membuat rayuan dengan datang sendiri (walk-in) ke mana-mana institusi pendidikan yang terlibat atau yang dipohon.

Dipetik dari FAQ (Soalan Lazim) KV/ SMT, pemohon boleh merayu seperti panduan berikut :-

Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya TIDAK BERJAYA DITAWARKAN?

  • Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai 24 Januari hingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan 13 hingga 29 Februari 2018 (Aliran PAV).

Permohonan Rayuan Kemasukan KV Kolej Vokasional Dan SMT 2018

Berikut adalah cara membuat rayuan kemasukan ke KV dan SMT untuk pelajar yang gagal dalam permohonan. Dokumen rayuan yang lengkap hendaklah dikepilkan bersama surat rayuan ke mana-mana KV / SMT / GIATMARA / WISDEC seperti berikut :-

  1. Borang walk-in / rayuan
  2. Salinan Kad Pengenalan Murid (yang telah disahkan)
  3. Salinan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2017 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
  4. Contoh surat rayuan KV & SMT

Tarikh Rayuan

Berikut adalah tarikh penting permohonan rayuan KV dan SMT beserta dengan tarikh pendaftaran.

Aliran Perdana

  • 24 Januari sehingga 20 Februari 2018 : Rayuan Walk- in/rayuan
  • 23 Januari 2018 : Pendaftaran Murid Aliran Perdana

Aliran PAV

  • 12 Februari 2018 : Pendaftaran Murid Lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • 13 Februari Hingga 28 Februari 2018 : Walk- in/ rayuan di mana-mana GIATMARA / WISDEC

Maklumat Lanjut Rayuan KV Dan SMT

Kelazimannya, keputusan rayuan kemauskan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran. Pemohon yang berjaya dalam tempoh rayuan akan dihubungi oleh institusi pengajian yang berkenaan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di :-

  • Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E
  • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
  • 62604 Putrajaya
  • (No telefon : 03-8000 8000)

Selamat membuat permohonan rayuan kemasukan KV dan SMT untuk pelajar yang gagal mendapat tawaran. Anda masih berpeluang untuk menyambung pelajaran kemahiran. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang berjaya,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

semakan keputusan peperiksaan spa online dan temuduga

Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Dan Temuduga

Jadual Kursus Asas Haji 2018 KAH

Jadual Kursus Asas Haji 2018 Tarikh Dan Lokasi