in

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Secara Online/ Manual

Cara Buat Rayuan Program Matrikulasi KPM Sesi 2018-2019. Berita baik buat pelajar lepasan SPM yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2018 / 2019 ambilan pertama. Menurut FAQ Program Matrikulasi, pelajar boleh mengemukakan permohonan rayuan Matrikulasi 2018 bermula dari tarikh keputusan Matrik diumumkan iaitu 24 April 2018.

Pelajar boleh memilih salah satu daripada kaedah rayuan yang disediakan iaitu permohonan rayuan secara online/ atas talian atau menghantar surat rasmi rayuan ke Bahagian Matrikulasi dengan menyertakan dokumen yang diperlukan.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018 Secara Online/ Manual

Cara Buat Rayuan Kemasukan Ke Kolej Matrikulasi kPM Sesi 2018-2019

Berikut dikongsikan kaedah atau cara membuat permohonan Rayuan Matrikulasi KPM 2018-2019 seperti dikongsikan dari Soalan Lazim FAQ Program Matrikulasi.

Kaedah Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018

Dua kaedah rayuan yang disediakan adalah seperti berikut :-

i) Secara Online

Rayuan Matrikulasi secara online boleh dikemukakan terus menerusi

ii) Secara Manual Dengan Menulis Surat Rayuan Rasmi

Pelajar yang gagal juga boleh merayu dengan mengemukakan surat permohonan rayuan rasmi beserta salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan.

Surat rayuan yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat berikut :-

  • Pengarah
    Bahagian Matrikulasi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62604 Putrajaya
  • No Telefon: 03-8884 4083
    No Faks: 03-8884 4028
  • E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my

Keputusan Permohonan Rayuan Matrikulasi 2018

Pelajar yang telah membuat rayuan boleh mengetahui keputusan rayuan mereka melalui salah satu daripada cara berikut :

  1. Melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my, atau
  2. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. KP dan hantar kepada 15888, atau
  3. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang

Maklumat Lanjut

i) Permohonan menukar jurusan – Boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui Pengarah Kolej apabila pelajar mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

ii) Penangguhan Pendaftaran : Pelajar boleh menangguhkan pendaftaran tetapi tertakluk kepada syarat berikut:-

  • Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah (contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada pengarah kolej yang ditawarkan. Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

Selamat membuat permohonan rayuan Matrikulasi 2018 secara online dan menulis surat rayuan. Moga permohonan anda berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang 2018 Dan Imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang 2018 Dan Imsak

Harga Minyak

Harga Minyak Semasa Petrol Dan Diesel Tahun 2018