Panduan buat rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40) yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Adakah anda ingin atau layak menikmati bantuan Program Subsidi Petrol (PSP) tetapi mendapat status TIDAK LAYAK semasa membuat semakan kelayakan PSP online? Sekiranya begitu, berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara membuat Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP) iaitu secara atas talian/ online.
Terkini : 11 Oktober 2019: Penambahan kategori layak terima PSP iaitu bukan penerima BSH bermula Januari 2020 diumumkan ketika Pembentangan Belanjawan 2020.
Umum mengetahui bahawa subsidi petrol yang diberikan menerusi PSP dan diperincikan semasa Bajet 2020 adalah secara bersasar. Pelaksanaan ini dilakukan sebagai langkah untuk memastikan bahawa golongan yang benar-benar layak sahaja dapat menikmati subsidi tersebut dan bukan golongan yang tidak berkelayakan seperti warga asing, kumpulan berpendapatan tinggi mahupun syarikat komersial.
Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol (PSP) Secara Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan rayuan Subsidi Petrol yang merangkumi pautan permohonan online, cara-cara membuat permohonan dan sebagainya.
Tarikh Permohonan Rayuan Subsidi Petrol (PSP)
Tarikh permohonan rayuan PSP dibuka adalah sama dengan tarikh semakan kelayakan terima PSP iaitu bermula pada tarikh berikut :-
- Tarikh Buka Permohonan : 15 Oktober 2019
- Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2019
Cara Membuat Permohonan Rayuan PSP
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk melengkapkan permohonan rayuan Subsidi Petrol (PSP) :
1. Untuk membuat permohonan rayuan, para pemohon perlu melengkapkan proses semakan kelayakan dahulu bagi menyemak samada nama tersenarai sebagai penerima bantuan dengan menggunakan pautan yang disediakan di bawah:
- Sistem Semakan Kelayakan & Permohonan Rayuan PSP Online
- Rujuk Soalan Lazim (FAQ) untuk sebarang masalah berkaitan
|
2. Untuk membuat semakan kelayakan, klik SEMAK KELAYAKAN
3. Isikan No. MyKAD di dalam ruangan yang disediakan
4. Tandakan kotak Saya faham dan bersetuju
5. Klik SEMAK
6. Maklumat penerima akan dipaparkan
7. Sekiranya status kelayakan pemohon adalah LAYAK, ia bermakna pemohon akan menerima bantuan subsidi petrol bermula suku pertama tahun 2020 nanti dan TIADA permohonan rayuan Subsidi Petrol perlu dibuat
*Nota: Kepada mereka yang mendapat status TIDAK LAYAK setelah melakukan semakan kelayakan, anda boleh membuat permohonan rayuan PSP seperti di bawah
|
8. Permohonan rayuan PSP hanya boleh dilakukan sekiranya status kelayakan yang terpapar setelah klik SEMAK adalah TIDAK LAYAK
9. Alasan status kelayakan akan dipaparkan. Contoh: KOD01 – TIADA REKOD PENERIMA BSH
10. Klik Ingin Merayu untuk memulakan permohonan rayuan
11. Kemaskini maklumat permohonan seperti Nama, Nama Bank dan No. Akaun.
12. Klik Simpan
13. Rekod rayuan pemohon akan disimpan di dalam sistem
14. Pengemaskinian maklumat adalah berbeza mengikut KOD Alasan tidak layak. Berikut dikongsikan maklumat yang perlu dikemaskini berdasarkan KOD Alasan tidak layak masing-masing:
MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI MENGIKUT KOD | |||||
KOD | ALASAN | MAKLUMAT PERLU DIKEMASKINI | |||
KOD01 | Tiada rekod sebagai penerima BSH | Nama Pemohon, Nama Bank, No. Akaun Terkini | |||
KOD02 | Alamat pemohon di Sabah/Sarawak/Labuan | Alamat Pemohon, Negeri, Poskod | |||
KOD03 | Tiada kenderaan berdaftar dengan JPJ | Jenis Kenderaan, No. Pendaftaran Kenderaan Terkini | |||
KOD04 | Tidak menepati kriteria kelayakan kenderaan | Jenis Kenderaan, No. Pendaftaran Kenderaan Terkini | |||
KOD05 | Melebihi Kelayakan Pemilikan Kenderaan | – |
Manual Penggunaan Sistem Semakan dan Rayuan PSP
Kepada mereka yang menghadapi kesulitan dalam proses semakan kelayakan serta permohonan rayuan PSP, berikut dikongsikan manual pengguna yang boleh dimuat turun sebagai rujukan:
Semakan Keputusan Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol
Setelah selesai melengkapkan permohonan rayuan, keputusan rayuan tersebut boleh diketahui pada tarikh berikut:
- Tarikh Buka Semakan : Akan dikemaskini
Jumlah Bayaran Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Program Subsidi Petrol (PSP) akan dibayar mengikut jenis kenderaan dan kapasiti enjin seperti berikut:
KADAR BAYARAN PROGRAM SUBSIDI PETROL | ||
JENIS KENDERAAN | KAPASITI ENJIN | SUBSIDI |
Kereta | 1, 600 cc dan ke bawah | RM30 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 100 liter) |
Melebihi 1, 600 cc dan berusia 10 tahun dan ke atas | ||
Motosikal | 150 cc dan ke bawah | RM12 sebulan (30 sen seliter terhad kepada 40 liter) |
Melebihi 150 cc dan berusia 7 tahun dan ke atas |
Maklumat Terkini Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Maklumat yang telah dikemaskini berkaitan Program Subsidi Petrol (PSP) selepas pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019 termasuklah perkara berikut:
- PSP akan dilaksanakan mulai Januari 2020 di Semenanjung Malaysia. Dua kategori yang akan menikmati subsidi tersebut adalah:
- Penerima BSH (B40) yang berkelayakan
- Bukan penerima BSH yang berkelayakan
MAKLUMAT PEMBAYARAN PROGRAM SUBSIDI PETROL
GOLONGAN KADAR SUBSIDI PELAKSANAAN Penerima BSH (B40) RM30 sebulan (kereta) Dalam bentuk pemindahan tunai dan dikreditkan terus ke akaun bank setiap empat bulan sekali RM12 sebulan (motosikal) Bukan Penerima BSH 30 sen per liter dengan had 100 liter sebulan (kereta) Dalam bentuk KAD95 30 sen per liter dengan had 40 liter sebulan (motosikal) - Bagi penerima BSH, pembayaran pertama akan dilakukan pada bulan April 2020 (untuk subsidi tempoh Januari sehingga April 2020)
- Bagi pemegang KAD95 pula, pembayaran subsidi akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama 2020
- Peruntukan sejumlah RM2.2 bilion diberikan kerajaan bagi skim PSP dijangka memanfaatkan kira-kira 8 juta pemandu dan penunggang
- Subsidi layak diberikan sekiranya harga pasaran RON95 yang ditentukan oleh Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM) lebih daripada RM2.08 seliter dan sekiranya harga di bawah RM2.08 seliter, tiada subsidi diberikan
- Sabah dan Sarawak masih terus menikmati petrol bersubsidi dengan harga siling RM2.08 seliter (RON95) dan RM2.18 (diesel) tetapi jika kerajaan Sabah dan Sarawak ingin menyertai skim PSP, Kerajaan Persekutuan bersedia untuk menerima permintaan mereka
Kriteria Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP) 2020
Bagi golongan yang layak menerima PSP daripada penerima BSH, kriteria kelayakan adalah seperti yang digariskan di bawah. Namun bagi kategori baru yang dimaklumkan ketika Belanjawan 2020 iaitu penerima bukan BSH, kriteria kelayakan akan dikemaskini setelah diumumkan kerajaan.
KRITERIA KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) | |||
Program Subsidi Petrol hanya layak diterima oleh mereka yang melepasi syarat dan kriteria kelayakan PSP seperti yang digariskan oleh (KPDNHEP) iaitu: | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]() | |||
![]()
| |||
![]() |
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut yang ingin diperolehi berkaitan Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol, rujuk butiran yang disediakan di bawah:
- Hotline KPDNHEP : 1-800-886-800
- E-mel : psp@kpdnhep.gov.my
- Whatsapp : 019-278 6356
Semoga dengan perkongsian maklumat berkaitan Permohonan Rayuan Program Subsidi Petrol ini urusan anda dipermudahkan. Selamat berjaya membuat permohonan dan semoga layak menerima subsidi petrol yang diimpikan!