in

Permohonan RELA Online MyRELA

Cara Mohon Menjadi Anggota RELA Secara Online. Anda berminat menjadi anggota RELA?Berita baik, mereka yang berkelayakan boleh membuat Permohonan RELA secara Online melalui sistem pengurusan maklumat iaitu MyRELA. Semakan status permohonan RELA juga boleh dibuat secara online melalui sistem yang sama.

Ramai yang berminat menjadi Ahli RELA yang diberikan kemudahan-kemudahan seperti dikongsikan di bawah ini. Juga dikongsikan syarat permohonan, cara memohon, link URL sistem permohonan dan cara membuat semakan status permohonan.

Permohonan RELA Online MyRELA

Cara Mohon Menjadi Ahli RELA Melalui MyRELA

Berikut dikongsikan panduan permohonan untuk menjadi anggota RELA di Malaysia meliputi syarat permohonan, applikasi permohonan dan semakan status.

Syarat Permohonan RELA

Berikut adalah syarat am permohonan menjadi ahli RELA :-

  1. Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak untuk menjadi seorang anggota RELA.
  2. Selain itu, mereka mestilah sihat tubuh badan dan sedia berkhidmat dengan semangat kesukarelaan yang tulen.

KECUALI

  1. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
  2. Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
  3. Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
  4. Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
  5. Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja dalam perkhidmatan itu.
  6. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
  7. Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
  8. Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
  9. Anggota-anggota Pasukan Polis.
  10. Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  11. Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
  12. Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
  13. Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.

Permohonan RELA Secara Online Di MyRELA

Pemohon boleh melayari sistem permohonan online RELA di url http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/permohonan_online

  1. Pengguna perlu menggunakan browser firefox sahaja.
  2. Selepas itu paparan system Myrela akan di paparkan. Sila klik pada menu Permohonan online untuk membuat permohonan secara online
  3. Selepas itu borang daftar anggota akan di paparkan.
  4. Sila pastikan anda mengisi pada maklumat yang bertanda * berwarna merah.
  5. Selepas anda isi semua maklumat yang di perlukan anda perlu klik butang Hantar.
  6. Selepas itu mesej akan dipaparkan maklumat anda Berjaya di hantar. Dengan itu permohonan anda telah Berjaya di hantar.
  7. Sekiranya ada ralat seperti permohonan anda telah wujud atau sebarang ralat ini menandakan
    permohonan anda tidak Berjaya di hantar

Semakan Status Permohonan RELA online

Pemohon boleh membuat semakan status permohonan menjadi Ahli RELA dengan melayari link URL http://myrela.moha.gov.my/myrela/index.php/online/semak_permohonan_online

  1. Masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang semak.
  2. Dengan itu status permohonan anda akan di paparkan samada berjaya atau tidak

Untuk mencetak maklumat atau status permohonan anda secara online. pemohon boleh klik pada pautan CETAK.

Fungsi Dan Tugas RELA

Berikut adalah senarai fungsi dan tugas Ahli RELA :-

  1. Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  2. Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  3. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
  4. Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian.

Faedah Keahlian RELA

Keahlian Anggota RELA akan mendapat kelebihan dari segi :-

  1. Pakaian seragam/ uniform operasi secara percuma.
  2. Peluang mengikuti kursus dan latihan secara percuma dengan dibayar elaun dan disediakan tempat penginapan dan makanan secara percuma.
  3. Meningkatkan peluang kerjaya dengan lain-lain agensi dan syarikat keselamatan
  4. Caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota-anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
  5. Perlindungan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
  6. Latihan percuma di pusat-pusat latihan.
  7. Elaun latihan dan bertugas RM6 sejam.
  8. Keahlian adalah percuma.

Sumber RELA

Selamat membuat Permohonan RELA secara Online melalui sistem pengurusan maklumat MyRELA. Semoga permohonan anda menjadi ahli RELA berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 Dan SPM

Permohonan Jawatan Kosong Polis

Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM Online