Permohonan Residensi Wilayah Online (Rumah Mampu Milik WP), cara mohon rumah mampu milik wilayah persekutuan syarat kelayakan dan borang.

Permohonan Residensi Wilayah Online (Rumah Mampu Milik)

Berita baik buat warga Wilayah Persekutuan yang mengidamkan rumah mampu milik. Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Residensi Wilayah Online yang menggantikan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan, anda boleh memohon secara atas talian atau online.

Apa Itu Residensi Wilayah? Menurut FAQ, Ianya adalah penjenamaan semula atau pengganti kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Permohonan Residensi Wilayah Online

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Residensi Wilayah

Penyediaan rumah mampu milik oleh pihak kerajaan dan pemaju adalah perlu pada waktu sekarang. Kos kehidupan yang tinggi dengan harga rumah yang mahal di bandaraya menyukarkan orang ramai untuk memiliki rumah sendiri. Dengan adanya projek rumah ini, impian anda untuk memiliki rumah sendiri bakal terlaksana.

Permohonan Residensi Wilayah Online (Mohon Atas Talian)

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Permohonan beserta syarat kelayakan, borang permohonan dan panduan penting lain.

Syarat Kelayakan

Sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan permohonan seperti berikut sebelum memohon :-

1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika permohonan dilakukan.

2. Dilahirkan, telah bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan

3. Pendapatan kasar bulanan di bawah RM10,000 (Bujang) dan RM15,000 (Suami Isteri)

4. Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan

5. Satu permohonan sahaja yang dibenarkan bagi setiap isi rumah

6. Sekatan jualan (moratorium) adalah selama 10 tahun

7. Pemohon mestilah berdaftar di Portal Residensi Wilayah

Borang Permohonan Residensi Wilayah

Borang boleh diakses di URL:

https://residensiwilayah.kwp.gov.my

Klik Daftar kemudian klik Saya Layak sekiranya anda menepati kriteria kelayakan

Teruskan proses pendaftaran yang selanjutnya

Manual Pengguna Permohonan

Manual Pengguna boleh dirujuk di PDF.

Ciri-Ciri Residensi Wilayah

1. Ianya adalah program rumah mampu milik yang hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja

2. Rumah yang ditawarkan merangkumi tiga (3) buah bilik tidur, dua (2) bilik air, dapur, ruang makan, ruang tamu, dan yard serta dalam bentuk rumah berstrata

Garis Panduan Permohonan

Berikut dikongsikan garis panduan buat rujukan pemohon :-

1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini profil peribadi mereka sebelum membuat permohonan projek

2. Untuk permohonan yang telah berdaftar sebelum 28 Jun 2019, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan kepada pihak pemaju yang berkaitan.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan kepada pihak pemaju adalah seperti di bawah:

Pemohon

1. Surat Akuan Sumpah (salinan asal)

2. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (MyKad) pemohon

3. Slip ​Penyata Gaji Terbaharu Pemohon (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)

4. Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP

5. Surat Pengesahan Majikan Pemohon atau Sijil Pendaftaran Syarikat untuk yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat)

6. Bil Elektrik dan Bil Air Tempat Tinggal atau dokumen lain sebagai bukti kediaman (mandatori)

7. Salinan Kad OKU Pemohon

8. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki/geran (jika berkaitan)

Pasangan

1. Slip Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan bagi permohonan yang tiada KWSP (EA/EC Form) ; atau Penjawat Awam hendaklah mengemukakan Penyata Cukai Pendapatan (e-BE Form) sekiranya tidak mencarum KWSP

2. Penyata Gaji Terbaharu Pasangan (atau penyata bank 3 bulan terbaharu ​bagi permohonan tiada slip gaji)

3. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Pasport Pasangan

4. Surat Pengesahan Majikan Pasangan atau surat akuan sumpah jika suami tidak bekerja atau Sijil Pendaftaran Syarikat untuk yang bekerja sendiri (jika mempunyai syarikat)

5. Sijil Kelahiran (MyKid) Anak

6. Salinan Kad OKU Pasangan / Anak (jika berkaitan)

7. Copy Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian

8. Salinan Perjanjian Jual Beli Hartanah yang dimiliki/ geran (jika berkaitan)

Penama Kedua (Selain Pasangan)

1. Salinan Surat Kelahiran Pemohon

2. Salinan Surat Kelahiran Penama Kedua

3. Penyata Gaji 3 bulan terkini Penama Kedua atau penyata bank 3 bulan terkini untuk Penama Kedua yang tiada slip gaji

4. Salinan Kad Pengenalan Penama Kedua

Peringatan: Pemohon hendaklah menyimpan dokumen permohonan hard copy sendiri untuk rujukan. Portal Rasmi boleh diakses untuk pemohon menyemak status permohonan semasa

Nota Penting

Antara perkara penting yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:

1. Dokumen sokongan tidak boleh dihantar melalui emel, tetapi perlu dimuat naik ke dalam Portal Rasmi

2. Pemohon perlu memuat turun surat akaun sumpah dari Portal Rasmi. Surat tersebut perlu ditandatangani di hadapan Hakim/Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah

3. Pihak Urus Setia RESIDENSI WILAYAH hanya menerima pengesahan oleh Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960 sahaja. Pengesahan oleh mana-mana badan atau individu yang tidak dinyatakan adalah tidak diterima

4. Jika berjaya ditawarkan unit, pemohon perlu mengemukakan bayaran sejumlah 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani antara pembeli dan pemaju untuk urusan jual beli selanjutnya

5. Permohonan mempunyai tempoh sah laku selama 12 bulan (setahun) dari tarikh dokumen sokongan lengkap dimuatnaik

Permohonan Residensi Prihatin Online 

Pada 22 Februari 2021, Kementerian Wilayah persekutuan telah memperkenalkan Residensi Prihatin bagi membantu golongan B40 di Kuala Lumur dan Putrajaya untuk memiliki rumah pertama. Sebanyak 12,253 unit rumah yang membabitkan 10 projek perumahan ini dijangka siap menjelang tahun 2025.

Permohonan Residensi Prihatin akan diutamakan kepada pemohon rumah pertama dan mereka yang masih belum memiliki rumah. Ia juga akan mengutamakan penjawat awam dan pembeli rumah yang terdiri daripada kumpulan keluarga muda.

Kriteria Permohonan Residensi Prihatin

Berikut adalah kriteria yang digariskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk pemohon:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Pendapatan kasar bulana RM5,000 ke bawah

4. Keutamaan pemohon yang lahir, menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

5. Berdaftar di portal Residensi Prihatin

6. Permohonan rumah pertama sahaja

7. Sekatan jualan (moratorium 10 tahun)

Cara Mohon Residensi Prihatin

Sekiranya anda memenuhi kriteria yang ditetapkan, permohonan Residensi Prihatin boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

1. Layari dan daftar di Portal Residensi Prihatin

2. Masukkan maklumat diri dengan lengkap

3. Pilih projek yang diminati

4. Muat turun surat akuan sumpah dan tandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah

5. Muat naik Dokumen yang diperlukan

6. Sahkan profil dan dokumen sokongan anda

Maklumat Lanjut 

Pemohon boleh merujuk kepada maklumat lanjut berkaitan seperti berikut:

Soalan Lazim Residensi Wilayah di FAQ

Soalan Lazim Residensi Prihatin di FAQ

Cara Hubungi 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

Urus Setia Residensi Wilayah/ Prihatin 

Unit Residensi Wilayah,
Bahagian Sosio Ekonomi,
Aras 5, Blok 2,
Menara Seri Wilayah,
Presint 2,
Kementerian Wilayah Persekutuan,
62100 Putrajaya.

Waktu Urusan

Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Urus Setia Residensi Wilayah DBKL

Aras 25, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Tel : 03-2617 9154

Waktu Urusan : Isnin – Jumaat ( 9.30 pagi – 4.30 petang )
Waktu Rehat : Isnin – Khamis ( 1.00 petang – 2.00 petang )
Jumaat ( 12.00 tengahari – 3.00 petang)
Sabtu dan Ahad (Tutup)

Faks

03-8889 7640

Emel

urusetiaresidensiwilayah@kwp.gov.my

urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my

Selamat membuat Permohonan. Semoga hajat anda untuk memiliki rumah sendiri di Wilayah Persekutuan berjaya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *