in

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi RM350

Berita baik buat golongan anak muda di Selangor. Kerajaan negeri telah mengumumkan satu lagi bantuan dalam bentuk subsidi khusus bagi mereka yang berkelayakan untuk mengambil lesen motor yang dikenali sebagai program Roda Darul Ehsan (RIDE). Inisiatif ini telah diperkenalkan semasa Belanjawan Selangor 2020 yang telah diumumkan pada tahun lepas. Berikut adalah cara untuk membuat Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 iaitu Subsidi RM350 Pengambilan Lesen Motorsikal.

Kerajaan negeri Selangor amat mengambil berat tentang kesukaran yang dihadapi oleh rakyat yang tinggal di kawasan bandar khususnya anak-anak muda yang semakin tersepit dengan tekanan ekonomi. Justeru itu, kerajaan akan melaksanakan inisiatif RiDE bermula tahun 2020. Inisiatif ini adalah sebuah program subsidi lesen motor yang bernilai RM350 setiap seorang bagi mengurangkan beban kos mengambil lesen motor. Peruntukan sebanyak RM1 juta bakal dimanfaatkan oleh 3,000 warga kota.

Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE)

Keutamaan kelayakan penerima inisiatif RiDE ini akan diberikan kepada anak muda yang terdiri dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan atau miskin bandar. Menurut Menteri Besar Selangor, subsidi ini diberikan bukan sahaja bagi membantu anak muda memperolehi lesen motorsikal, tetapi untuk menggalakkan penerima menceburi bidang ‘e-hailing’ seperti Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Secara tak langsung ini dapat mengurangkan kadar pengangguran di Selangor.

Maklumat Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 Subsidi Lesen Motor RM350

Berikut disediakan cara untuk membuat permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) bagi tahun 2020. Ini termasuklah tarikh permohonan dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan serta maklumat lain berkaitan.

Tarikh Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Inisiatif ini telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2020 Selangor. Menurutnya permohonan akan dibuka pada Mac 2020.Berikut adalah tempoh permohonan bagi program Roda Darul Ehsan (RiDE):

  • 1 Mac 2020 : Tarikh buka
  • (akan dikemaskini) : Tarikh tutup

*Tarikh berikut adalah berdasarkan Portal Selangokini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Panduan Dan Borang Permohonan RIDE 2020 Roda Darul Ehsan

Seperti dimaklumkan oleh Portal Selangorkini, permohonan boleh dilakukan dengan cara pengisian borang permohonan di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN). Untuk membuat permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) tahun 2020, sila ikuti langkah yang disediakan seperti di bawah:

  1. Hadir ke mana-mana pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai tarikh permohonan dibuka
  2. Isi Borang Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 dan hantar.

NOTA: Exco Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Selangor menyatakan akan merancang untuk mengadakan beberapa program bagi mendapatkan peserta bagi program ini di kawasan tertentu. Pendaftaran secara terus di program tersebut mungkin boleh dilakukan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Syarat Kelayakan Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Program Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 ini dijangka memberi manfaat pada hampir 3,000 orang anak muda dari golongan miskin bandar.

Proses pemilihan akan dilakukan oleh Bahagian Pembangunan Generasi Muda Majlis Sukan Negeri Selangor. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

MEREKA YANG LAYAK MEMOHON RiDE 2020

No 1 Belia berumur 16 hingga 30 tahun
No 2 Berasal dari Selangor
No 3 Keutamaan diberikan kepada golongan miskin bandar
NOTA: Syarat kelayakan adalah berdasarkan portal Selangorkini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Kadar Bantuan Subsidi Lesen Motor Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020

Seperti yang telah diumumkan ketika Belanjawan Selangor 2020, kadar bantuan atau subsidi bagi lesen motorsikal di bawah Program Roda Darul Ehsan (RiDE) adalah:

  • Kadar Subsidi Lesen Motorsikal (RiDE) : RM350 seorang

Roda Darul Ehsan 1

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan mengenai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020, sila rujuk pautan yang disediakan berikut:

Semoga perkongsian mengenai Permohonan Roda Darul Ehsan (RiDE) 2020 ini dapat membantu memudahkan para belia dan golongan muda di Selangor untuk membuat permohonan. Diucapkan selamat maju jaya bagi yang membuat permohonan dan semoga dapat membantu meringankan beban.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

UPUPocket 2.0 Aplikasi Mobile UPU e-Panduan & Semakan

format baharu spm

Format Baharu SPM Mulai 2021