in

Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik

Berita baik buat semua warga dan penduduk Negeri Perak yang berminat dan berkelayakan untuk memiliki rumah Kos Rendah, Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik di Negeri Perak. Permohonan Rumah Perakku boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara atas talian/ online di Portal Rasmi PLHP (Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak).

Menyediakan rumah yang selesa, berkualiti, mampu dimiliki dan mencukupi untuk golongan berpendapatan rendah adalah tanggungjawab yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak dari masa kesemasa melalui LPHP.

Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik online

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP)

Diantara peranan utama LPHP adalah seperti berikut :-

  1. Melaksanakan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) disewa dan dimiliki
  2. Menguruskan penjualan rumah PPR dimiliki
  3. Memproses urusan pindah milik Rancangan Perumahan Awam
  4. Membuat tawaran semula Rancangan Perumahan Awam
  5. Mengurus penyewaan Program Perumahan Rakyat Disewa
  6. Mendaftar permohonan membeli Rumah Kos Rendah melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT)

Borang Permohonan Rumah Perakku (Pendaftaran Rumah Mampu Milik Negeri Perak)

Berikut dikongsikan maklumat permohonan rumah mampu milik Perak meliputi borang permohonan, syarat permohonan, salinan dokuman yang diperlukan dan cara hubungi.

Kategori Rumah Dipohon

Berikut adalah kategori permohonan rumah mampu milik Negeri Perak :-

  1. Sewa
  2. Perumahan Perwira
  3. Rumah Kos Rendah
  4. Rumah Kos Sederhana
  5. Program Perumahan Rakyat
  6. Rumah Mampu Milik
  7. My Beautiful New Home

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda melepasi syarat kelayakan seperti berikut :-

Pra Syarat Permohonan Rumah Perakku

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
  3. Pendapatan isirumah tidak melebihi : RM 3,000.00 sebulan

Borang permohonan Program Perumahan Perakku boleh di akses melalui pautan berikut :-

Arahan Pengisian Borang Rumah Mampu Milik Perak

A. Sila pastikan borang diisi dengan sempurna

B. Sila lampirkan salinan dokumen yang diperlukan speerti berikut :-

  1. Kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/ suami
  2. Sijil nikah / Daftar perkahwinan
  3. Sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan
  4. Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  5. Slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/ suami
  6. Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/ suami dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri
  7. Sekeping gambar warna Ukuran pasport (Terbaru).

Nota

  • Pemohon boleh mengimbas dokumen-dokumen di kedai fotostat berhampiran
  • Sekiranya borang tidak lengkap, permohonan akan ditolak
  • Pemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga.

Senarai Projek Rumah Mampu Milik Perak

Melalui makluman Facebook LPHP,  pihak LPHP akan membangunkan rumah-rumah mampu milik di kawasan-kawasan berikut :

  1. Chemor Ipoh Perak – Rumah Bandar (Town House) – 56 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
  2. Tanah Hitam, Chemor – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
  3. Malim Nawar Kampar Perak – 62 unit – Rumah Teres Setingkat – Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
  4. Kg. Serdang Setiawan – Rumah Teres Setingkat – 100 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00
  5. Batu 10, Lekir Setiawan – 340 unit – Rumah Teres Setingkat – 340 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 85,000.00
  6. Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak – Rumah Belia – Teres Setingkat – 92 unit Keluasan Bangunan 860 Kps – Harga RM 70,000.00

Pihak LPHP sedang merancang banyak lagi pembangunan perumahan yang berharga RM 70,000 – RM 100,000.00 di setiap daerah di Negeri Perak.

Maklumat Lanjut & Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai permohonan atau pendaftaran Rumah PerakKu boleh terus menghubungi atau faks kepada pihak LPHP melalui :-

  • Tel : 05 – 209 5540 / 05 – 209 5054 / 05 – 209 5053
  • Faks : 05 – 2530001

Selamat membuat permohonan rumah Perakku iaitu pendaftaran rumah Mampu Milik Negeri Perak. Moga permohonan anda untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat sejarah kertas 3 spm

Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan kertas 3

Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan